21/08/2026
Sejarah Baharu Silat Pulut Utara
Alhamdulillah, hari ini satu sejarah telah tercipta apabila cadangan Gabungan Silat Pulut Zon Utara berjaya dibentuk melalui Mesyuarat Muafakat Silat Pulut.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para guru, penggiat, jurulatih, pesilat serta pewaris Silat Pulut yang hadir dan bersama-sama menjayakan usaha ini.
Semoga gabungan ini menjadi platform penyelarasan dan ekosistem pembangunan Silat Pulut yang lebih tersusun menyatukan komuniti, berkongsi kepakaran, menghormati kepelbagaian aliran, memelihara adab serta mengangkat martabat warisan bangsa.
Antara usaha yang akan diberi perhatian ialah pembentukan format, piawaian dan sistem penghakiman pertandingan Silat Pulut yang lebih teratur dan efisien, di samping memperkukuh dokumentasi, sokongan serta pelestarian warisan ini.
Semoga langkah kecil ini menjadi permulaan kepada penyatuan yang lebih besar, daripada peringkat negeri hingga ke peringkat kebangsaan.
Doakan usaha ini dipermudahkan dan berjaya. Demi Silat Pulut, demi warisan bangsa.