19/11/2025
๐ Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Poster Pizza ๐
Tahniah kepada semua murid yang menyertai pertandingan melukis poster pizza anjuran Pizza Hut Cawangan Alor Setar!
Seramai 5 pemenang dari setiap kelas telah dipilih dan masing-masing menerima hadiah pizza istimewa. Semua hadiah dan tempahan pizza ditaja sepenuhnya oleh pihak Pizza Hut. Terima kasih atas sokongan padu kepada program sekolah!. Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Mimi Misyana binti Moslim, Guru Besar SK Tunku Abdul Halim.
Program ini berjaya mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menghasilkan poster bertema pizza mengikut imaginasi mereka sendiri.
Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua peserta! ๐๐จโจ
24/07/2025
โจ "Bakti Disanjung, Budi Dijunjung" โจ
Majlis Persaraan Guru Besar
Puan Faridah binti Salleh
๐
Khamis | 24 Julai 2025
๐ Dewan SK Tunku Abdul Halim
Setelah 36 tahun menabur bakti dalam dunia pendidikan, tibalah masa untuk kita mengucapkan selamat bersara kepada insan hebat yang banyak berjasa. Puan Faridah binti Salleh bukan sekadar seorang pemimpin, malah seorang ibu, sahabat, dan inspirasi kepada seluruh warga sekolah.
Jasamu mendidik, membimbing dan memimpin akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sekolah ini. Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada fasa kehidupan yang lebih damai, sihat dan bermakna.
๐ธ Selamat Bersara, Puan. Terima kasih atas segalanya. ๐ธ
21/05/2025
โญ๏ธSAMBUTAN HARI GURU 2025โญ๏ธ
๐ Warna-warni Kesultanan Melayu๐
Tanggal indah bertemakan Kesultanan Melayu, para guru Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim tampil anggun persis putera dan puteri istana dalam Acara Guru Istana Takeishi.
Majlis bermula dengan penuh semangat menerusi nyanyian lagu โKami Guru Malaysiaโ dan ikrar keramat warga pendidik, disusuli dengan alunan merdu qasidah โYa Maulaโ yang menggetarkan jiwa.
Acara diteruskan dengan pelbagai cabaran mencuit hati seperti:
๐ Susun Cawan "Istana Takeishi"
๐ Belon Berantai
๐ฅค Botol Flip Challenge
Gelak tawa, semangat ukhwah, dan warisan bangsa bersatu dalam satu majlis penuh makna.
Semoga kenangan ini kekal terpatri dalam ingatan warga SKTAH.
23/04/2025
๐ธMajlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2025๐ธ
๐
Hari/Tarikh: Rabu, 23 April 2025
๐ Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
Syukur alhamdulillah Majlis Watikah Pelantikan Pemimoi. Muda 2025 berjalan lancar hari ini.
Jutaan terima kasih kepada Supt. Tuan Syed Basri Bin Syed Ali.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan Sub Insp. Ab. Latif Bin Hamzah Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Alor Setar atas kesudian merasmikan dan menyampaikan watikah pelantikan kepada pemimpin muda.
Tahniah kepada barisan pemimpin muda baharu. Pikullah amanah dengan penuh kejujuran dan dedikasi. Semoga kalian terus menjadi teladan, membimbing rakan dengan semangat yang positif!
23/04/2025
Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang
Tarikh : 20 April 2023
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
Masa : 7:45 pagi (Perhimpunan Rasmi Sekolah)
Bermula 21 April 2025 semua murid di Malaysia akan memakai lencana Jalur Gemilang. Pemakaian lencana ini telah diarahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terima kasih di atas kerjasama semua guru, murid dan AKP sepanjang majlis ini berlangsung.
10/04/2025
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Peringkat Sekolah 2025
๐
9 April 2025 / Rabu
๐ฆ 7:30 pagi
๐ซ Dewan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
๐ Anjuran Unit Kokurikulum
Anak lembu, anak biri-biri,
Selamat Hari Raya Aildilfitri!
29/03/2025
*MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025M*
โ Cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah pada *28 March 2025 (Jumaat)* hingga *5 April 2025 (Sabtu)*
โ
Murid-murid akan kembali bersekolah seperti biasa pada *6 April 2025 (Ahad)*
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang menyambutnya.๐ซฐ๐ผ
28/03/2025
Majlis Khatam Al-Quran 2025
Hari : Khamis
Tarikh : 28 Mac 2025
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Dewan SK Tunku Abdul Halim
Alhamdulillah telah selesai Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan 1446H. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya bertadarus setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
Majlis turut menyampaikan sumbangan duit zakat kepada penerima yang layak di kalangan murid dan pekerja sekolah.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu mereka yang memerlukan.
27/03/2025
Program Quran Hour 2025
Hari : Selasa
Tarikh : 25 Mac 2025
Sasaran : Semua warga Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
28/02/2025
*MAKLUMAN CUTI AWAL RAMADAN 1446H/2025M*
โ Cuti awal Ramadan adalah pada *2 March 2025 (Ahad)*
โ
Murid-murid akan kembali bersekolah pada *3 March 2025 (Isnin)*
Pihak sekolah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang beragama Islam.๐ซฐ๐ผ
25/02/2025
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 SK Tunku Abdul Halim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk makluman semua, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 bagi tahun 2025.
Ribuan terima kasih dan tahniah di atas komitmen dan kehadiran ibu bapa bagi menjayakan mesyuarat tersebut.
Bersama-sama menuju puncak untuk kemenjadian anak-anak.
๐Hari : Selasa
๐Tarikh : 25 Februari 2025
๐Masa : 2:30 petang
๐Tempat : Dewan SK Tunku Abdul Halim
20/02/2025
Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
Tarikh : 20/02/2025
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Sekitar Kompleks Pendidikan
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid yang telah terpilih untuk mewakili Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim untuk kejohanan merentas desa yang diadakan pada peringkat Zon Alor Janggus ๐ฅ๐ฅ๐ฅ