Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim Rasmi

Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim Rasmi Pages Rasmi yang terbaru bagi Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim est 2022

🍕 Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Poster Pizza 🍕Tahniah kepada semua murid yang menyertai pertandingan me...
19/11/2025

🍕 Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Poster Pizza 🍕

Tahniah kepada semua murid yang menyertai pertandingan melukis poster pizza anjuran Pizza Hut Cawangan Alor Setar!

Seramai 5 pemenang dari setiap kelas telah dipilih dan masing-masing menerima hadiah pizza istimewa. Semua hadiah dan tempahan pizza ditaja sepenuhnya oleh pihak Pizza Hut. Terima kasih atas sokongan padu kepada program sekolah!. Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Mimi Misyana binti Moslim, Guru Besar SK Tunku Abdul Halim.

Program ini berjaya mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menghasilkan poster bertema pizza mengikut imaginasi mereka sendiri.

Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua peserta! 🍕🎨✨


✨ "Bakti Disanjung, Budi Dijunjung" ✨Majlis Persaraan Guru BesarPuan Faridah binti Salleh📅 Khamis | 24 Julai 2025📍 Dewan...
24/07/2025

✨ "Bakti Disanjung, Budi Dijunjung" ✨
Majlis Persaraan Guru Besar
Puan Faridah binti Salleh
📅 Khamis | 24 Julai 2025
📍 Dewan SK Tunku Abdul Halim

Setelah 36 tahun menabur bakti dalam dunia pendidikan, tibalah masa untuk kita mengucapkan selamat bersara kepada insan hebat yang banyak berjasa. Puan Faridah binti Salleh bukan sekadar seorang pemimpin, malah seorang ibu, sahabat, dan inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

Jasamu mendidik, membimbing dan memimpin akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sekolah ini. Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada fasa kehidupan yang lebih damai, sihat dan bermakna.

🌸 Selamat Bersara, Puan. Terima kasih atas segalanya. 🌸


⭐️SAMBUTAN HARI GURU 2025⭐️👑 Warna-warni Kesultanan Melayu👑Tanggal indah bertemakan Kesultanan Melayu, para guru Sekolah...
21/05/2025

⭐️SAMBUTAN HARI GURU 2025⭐️

👑 Warna-warni Kesultanan Melayu👑
Tanggal indah bertemakan Kesultanan Melayu, para guru Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim tampil anggun persis putera dan puteri istana dalam Acara Guru Istana Takeishi.

Majlis bermula dengan penuh semangat menerusi nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia” dan ikrar keramat warga pendidik, disusuli dengan alunan merdu qasidah “Ya Maula” yang menggetarkan jiwa.

Acara diteruskan dengan pelbagai cabaran mencuit hati seperti:
🏆 Susun Cawan "Istana Takeishi"
🎈 Belon Berantai
🥤 Botol Flip Challenge

Gelak tawa, semangat ukhwah, dan warisan bangsa bersatu dalam satu majlis penuh makna.
Semoga kenangan ini kekal terpatri dalam ingatan warga SKTAH.






🌸Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2025🌸📅 Hari/Tarikh: Rabu, 23 April 2025📍 Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Tunku...
23/04/2025

🌸Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2025🌸
📅 Hari/Tarikh: Rabu, 23 April 2025
📍 Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim

Syukur alhamdulillah Majlis Watikah Pelantikan Pemimoi. Muda 2025 berjalan lancar hari ini.

Jutaan terima kasih kepada Supt. Tuan Syed Basri Bin Syed Ali.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan Sub Insp. Ab. Latif Bin Hamzah Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Alor Setar atas kesudian merasmikan dan menyampaikan watikah pelantikan kepada pemimpin muda.

Tahniah kepada barisan pemimpin muda baharu. Pikullah amanah dengan penuh kejujuran dan dedikasi. Semoga kalian terus menjadi teladan, membimbing rakan dengan semangat yang positif!


Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur GemilangTarikh : 20 April 2023Hari : AhadTempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Tunku...
23/04/2025

Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang

Tarikh : 20 April 2023
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
Masa : 7:45 pagi (Perhimpunan Rasmi Sekolah)

Bermula 21 April 2025 semua murid di Malaysia akan memakai lencana Jalur Gemilang. Pemakaian lencana ini telah diarahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terima kasih di atas kerjasama semua guru, murid dan AKP sepanjang majlis ini berlangsung.


Sambutan Hari Raya AidilfitriPeringkat Sekolah 2025📅 9 April 2025 / Rabu🕦 7:30 pagi🏫 Dewan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdu...
10/04/2025

Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Peringkat Sekolah 2025

📅 9 April 2025 / Rabu
🕦 7:30 pagi
🏫 Dewan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
📒 Anjuran Unit Kokurikulum

Anak lembu, anak biri-biri,
Selamat Hari Raya Aildilfitri!

*MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025M*⛔ Cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah pada *28 March 2025 ...
29/03/2025

*MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025M*

⛔ Cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah pada *28 March 2025 (Jumaat)* hingga *5 April 2025 (Sabtu)*

✅ Murid-murid akan kembali bersekolah seperti biasa pada *6 April 2025 (Ahad)*

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang menyambutnya.🫰🏼


Majlis Khatam Al-Quran 2025Hari : KhamisTarikh : 28 Mac 2025Masa : 10:30 pagiTempat : Dewan SK Tunku Abdul HalimAlhamdul...
28/03/2025

Majlis Khatam Al-Quran 2025
Hari : Khamis
Tarikh : 28 Mac 2025
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Dewan SK Tunku Abdul Halim

Alhamdulillah telah selesai Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan 1446H. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya bertadarus setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Majlis turut menyampaikan sumbangan duit zakat kepada penerima yang layak di kalangan murid dan pekerja sekolah.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu mereka yang memerlukan.


Program Quran Hour 2025Hari : SelasaTarikh : 25 Mac 2025Sasaran : Semua warga Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim
27/03/2025

Program Quran Hour 2025

Hari : Selasa
Tarikh : 25 Mac 2025
Sasaran : Semua warga Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim


*MAKLUMAN CUTI AWAL RAMADAN 1446H/2025M*⛔ Cuti awal Ramadan adalah pada *2 March 2025 (Ahad)*✅ Murid-murid akan kembali ...
28/02/2025

*MAKLUMAN CUTI AWAL RAMADAN 1446H/2025M*

⛔ Cuti awal Ramadan adalah pada *2 March 2025 (Ahad)*

✅ Murid-murid akan kembali bersekolah pada *3 March 2025 (Isnin)*

Pihak sekolah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang beragama Islam.🫰🏼


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 SK Tunku Abdul Halim Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk makluman semua, telah ...
25/02/2025

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 SK Tunku Abdul Halim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk makluman semua, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 bagi tahun 2025.

Ribuan terima kasih dan tahniah di atas komitmen dan kehadiran ibu bapa bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Bersama-sama menuju puncak untuk kemenjadian anak-anak.

🎈Hari : Selasa
🎈Tarikh : 25 Februari 2025
🎈Masa : 2:30 petang
🎈Tempat : Dewan SK Tunku Abdul Halim


Pertandingan Merentas Desa Peringkat SekolahSekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim Tarikh : 20/02/2025Masa : 8.30 pagiTemp...
20/02/2025

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim

Tarikh : 20/02/2025
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Sekitar Kompleks Pendidikan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid yang telah terpilih untuk mewakili Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim untuk kejohanan merentas desa yang diadakan pada peringkat Zon Alor Janggus 🥇🥈🥉


Address

Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
Alor Setar
05100

Opening Hours

Monday 06:45 - 05:00
Tuesday 06:45 - 05:00
Wednesday 06:45 - 05:00
Thursday 06:45 - 05:00
Friday 06:45 - 05:00
Saturday 06:45 - 05:00
Sunday 06:45 - 05:00

Telephone

+6047317750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim Rasmi:

Shortcuts

Share

Category