Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong

Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong, School, Jalan Hutan Kampung, Alor Setar.

Inilah kejayaan kami.."Kejohanan Bola Baling Zon Langgar 2026" yang diadakan pada 14 dan 15 April 2026 yg lalu.Bertempat...
22/04/2026

Inilah kejayaan kami..
"Kejohanan Bola Baling Zon Langgar 2026" yang diadakan pada 14 dan 15 April 2026 yg lalu.
Bertempat di D'Futsal T**i Gajah, Alor Setar, Kedah.

Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong berjaya membawa pulang gelaran Naib Johan (lelaki)bola baling Peringkat Zon Langgar. Team lelaki diwakili hanya 12 pemain dari tahun 5 dan 6.
πŸ₯ˆπŸ₯ˆπŸ₯ˆ
Manakala team perempuan hanya tewas 1 mata drpd pihak lawan dengan jaringan gol yang amat membanggakan...

Terma kasih kepada jurulatih utama Sir Azril Khair bin Mohammad bersama team jurulatih yang lain rakan guru yg turut serta membantu dan memberi sokongan kepada mereka.

Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada bakalΒ² pendidik dari Institut Perguruan Darul Aman yg turut menyumbang tenaga dan masa bersamaΒ² kami dalam membimbing dan melatih untuk merealisasikan harapan warga SKHK.

Lebih membanggakan, seramai 5 org pemain terpilih untuk pasukan zon Langgar ke peringkat daerah.
Mereka ialah... πŸŽ‰πŸŽ‰
1. Wan Adib bin Wan Mohd Hafis
2. Mohammad bin Ahmad Faiz
3. Nur Iman Saffiyya bt Ahmad Yusry
4. Nurul Huda bt Mohd Hilmi
5. Qhaleesya Luvffiya bt Suhaimi

Semoga kejayaan terus menjadi milik kami selamanya, Insya Allah....

SKHK...Mumtaz 🌟
πŸ’₯TAHNIAH...πŸ’₯

SEKAMPONG beraya πŸ’žTarikh : 5.4.2026Hari : AhadSederhana tapi meriah. Terima kasih semua yang terlibat makanan pun meriah...
17/04/2026

SEKAMPONG beraya πŸ’ž
Tarikh : 5.4.2026
Hari : Ahad

Sederhana tapi meriah. Terima kasih semua yang terlibat makanan pun meriah hasil sumbangan waris, guru, staff, PIBG.

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin, terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir. Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi di tahun hadapan πŸ’ž

12/04/2026

GURU BITARA NADI NEGARA πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dalam dunia yang semakin mencabar, guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina masa depan negara.

Guru bitara melambangkan keunggulan profesionalisme, keteladanan dan integriti, manakala β€œnadi negara” menggambarkan peranan penting guru sebagai penggerak utama kemajuan dan kesejahteraan negara.

Sebagai nadi negara, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menentukan arah tuju generasi melalui penerapan nilai, pemikiran kritis dan semangat patriotisme.

Terima kasih, cikgu!

Tahun Ini, Tahun Kita






MESYUARAT AGONG PIBG SKHK DAN SUMBANGAN BAKUL RAMADANHari : SabtuTarikh : 15.3.2026Dalam langkah kecil yang kita atur ha...
15/03/2026

MESYUARAT AGONG PIBG SKHK DAN SUMBANGAN BAKUL RAMADAN

Hari : Sabtu
Tarikh : 15.3.2026

Dalam langkah kecil yang kita atur hari ini, tersimpan harapan besar untuk masa depan anak-anak yang kita cintai. Pertemuan ini bukan sekadar mesyuarat, tetapi sebuah ikatan hati antara guru dan ibu bapa yang sama-sama memikul amanah mendidik generasi pewaris bangsa.

Di tangan gurulah ilmu disampaikan,Di hati ibu bapalah kasih ditanam,Dan apabila keduanya bersatu,Maka lahirlah anak-anak yang kuat akalnya, indah akhlaknya, dan tinggi cita-citanya.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan warga sekolah yang hadir dengan penuh keikhlasan. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan menjadi sumber kekuatan buat para guru untuk terus mendidik dengan sepenuh jiwa.

Semoga kebersamaan ini terus mekar seperti bunga yang tidak pernah layu, dan semoga setiap usaha kecil kita hari ini akan menjadi sinar besar dalam perjalanan masa depan anak-anak kita.

πŸ“Bersama kita melangkah, bersama kita mencipta kejayaan.

Berlangsung pd hari ini...Hari: SabtuTarikh: 14.3.2026Semoga Mesyuarat PIBG pada hari ini berjalan lancar dan dapat menc...
14/03/2026

Berlangsung pd hari ini...

Hari: Sabtu
Tarikh: 14.3.2026

Semoga Mesyuarat PIBG pada hari ini berjalan lancar dan dapat mencapai kata sepakat πŸ‘

πŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026MSemoga bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini menyucikan hati, m...
19/02/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026M

Semoga bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini menyucikan hati, memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada
Warga SK Hutan Kampong

Alhamdulillah selesai Kejohanan Olahraga Tahunan SK Hutan Kampong bagi tahun 2026.Tarikh : 11 Februari 2026Hari : RabuBa...
15/02/2026

Alhamdulillah selesai Kejohanan Olahraga Tahunan SK Hutan Kampong bagi tahun 2026.

Tarikh : 11 Februari 2026
Hari : Rabu

Bangun dengan semangat!
Bergerak dengan tekad!
Berlari dengan penuh yakin!
Bersaing secara sihat!
Raikan kemenangan dengan rendah hati!

Hari ini kita berlari,
Hari ini kita berjuang,
Hari ini kita buktikan kemampuan!
Menang atau kalah bukan ukuran,
Semangat kesukanan itulah kebanggaan!

Tahniah warga SK Hutan Kampong kerana telah berjaya menyelesaikan misi mencari atlit-atlit muda pelapis harapan negaraπŸ‘
Murid SK Hutan Kampong anda semua terbaikπŸ‘

πŸ’™πŸ’›πŸ’šβ€οΈ SUKANTARA 2026Terima kasih kepada semua murid Rumah Sukanatas semangat, kerjasama dan disiplin yang ditunjukkan ha...
08/02/2026

πŸ’™πŸ’›πŸ’šβ€οΈ SUKANTARA 2026
Terima kasih kepada semua murid Rumah Sukan
atas semangat, kerjasama dan disiplin yang ditunjukkan hari ini.
Tahniah semua! πŸ‘

Ayuh kita keluarkan peluh pulaπŸ˜…Cuaca yang panas tidak menghalang anak-anak SK Hutan Kampong merentas desa. Sambil berlar...
16/01/2026

Ayuh kita keluarkan peluh pulaπŸ˜…

Cuaca yang panas tidak menghalang anak-anak SK Hutan Kampong merentas desa. Sambil berlari dan berjalan sambil kita menikmati keindahan alam.

Jangan risau cikgu-cikgu sediakan air yang mencukupi untuk anak-anak.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Anda hebat πŸ‘

πŸ“Έ Kredit Cikgu Mohamad Ashraf Azmi


πŸ“Έ 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ ππ„π‘π’π„πŠπŽπ‹π€π‡π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ“† π“πšπ«π’π€π‘: 11 Januari 2026 (Ahad)Assalamualaikum dan salam sejahtera,tirai p...
16/01/2026

πŸ“Έ 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ ππ„π‘π’π„πŠπŽπ‹π€π‡π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“† π“πšπ«π’π€π‘: 11 Januari 2026 (Ahad)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
tirai persekolahan 2026 dibuka dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ini bukan sekadar hari pertama persekolahan.
Hari ini adalah permulaan mimpi, tempat benih harapan disemai dan masa depan mula dilakar.

Wahai anak-anak yang dikasihi,
melangkahlah ke sekolah ini dengan senyuman dan keyakinan,
kerana di sinilah kalian akan belajar bukan sahaja membaca dan mengira,
tetapi juga berani mencuba, berkawan, dan menjadi insan yang hebat.
Setiap pagi yang kalian hadir,
setiap usaha yang kalian lakukan,
adalah satu langkah kecil menuju kejayaan besar.

Marilah kita mulakan sesi persekolahan ini dengan semangat, disiplin dan doa,
agar setiap hari di sekolah menjadi hari yang bermakna dan membahagiakan.

πŸ’ž Selamat kembali ke sekolah.
πŸ’ž Ayuh kita cipta tahun yang luar biasa bersama!


15/01/2026
Assalamualaikum...Esok In syaa Allah sesi persekolahan 2026 akan dibuka secara rasminya.Selamat datang semua warga SK Hu...
10/01/2026

Assalamualaikum...
Esok In syaa Allah sesi persekolahan 2026 akan dibuka secara rasminya.

Selamat datang semua warga SK Hutan Kampong.

Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.

Semoga tirai 2026 kita buka dengan sebaik-baiknya.

Bismillahirrahmanirahim....
Permudah urusan dunia dan akhirat kami Ya Allah

Address

Jalan Hutan Kampung
Alor Setar
05350

Telephone

+6047145275

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong:

Shortcuts

Share

Category