07/11/2022
10 ADAB MEMBACA AL-QURAN
1. Berwuduk.
- Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan untuk berwuduk. Al-Quran bukanlah buku biasa ia adalah wahyu suci yang turun dari Allah. Maka pelbagai tertib perlu dijaga sebelum membaca kalimah-kalimah Allah ini
2. Mulut yang bersih.
- Pastikan memberus gigi atau bersiwa’ terlebih dahulu. Pastikan mulut bersih dan bebas daripada makanan atau bendasing. Jangan mengaji sambil mengunyah makanan di mulut
3. Tempat yang bersih.
- Pilihlah lokasi yang tenang, bersih dan suci dari najis untuk mula membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya bacalah Al-Quran di masjid dengan bantuan tenaga pengajar jika ada kelapangan
4. Mulakan dengan ta’awwudz dan basmallah.
- Mulakan setiap bacaan dengan A’uzubillahiminashsyaitonnirrajim, diikuti dengan Bismillahirahmannirrahim. Bacaan ini dimulakan bersama agar Allah memberi pelindung dari gangguan syaitan yang di rejam ketika membaca Al-Quran dan agar amal ibadah anda diterima kerana Allah. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
5. Doa terang hati.
- Amalkan membaca doa terang hati Nabi Musa sebelum memulakan bacaan.
- Nabi Musa berdoa dengan berkata : “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku” (Surah Taha : 25-28)
6. Menutup aurat.
- Disunatkan untuk menutup aurat bagi menghormati kalimah suci yang sedang anda baca. Aurat lelaki ialah dari pusat ke lutut. Manakala aurat wanita merangkumi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
- Pastikan juga pakaian suci dan bebas daripada hadas ketika membaca Al-Quran
7. Mengadap kiblat.
- Sebaik-baiknya bacalah Al-Quran dengan posisi yang mengadap kiblat
8. Tangan kanan.
- Mulakan dengan mengambil Al-Quran menggunakan tangan kanan kerana ianya sunnah Nabi. Kemudian peganglah Al-Quran dan bacanya menggunakan kedua tangan yang ada
9. Khusyuk.
- Bacalah Al-Quran dengan penuh tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang. Disunatkan juga untuk membaca Al-Quran dengan menggunakan suara yang merdu. Bacalah juga mengikut tertib tajwid yang diberi agar makna ayat yang diturunkan itu sampai ke hati
10. Tidak melakukan aktiviti lain.
- Bacalah Al-Quran dengan penuh perhatian dan jangan ada aktiviti lain yang dilakukan ketika bacaan sedang berlangsung
- Seperti contoh, bercakap-cakap, bergelak ketawa, makan, menonton televisyen dan sebagainya. Ini seakan-akan sedang menunjukkan bahawa anda tidak menghormati ayat-ayat suci yang sedang dibaca. Jika benar ada keperluan untuk menghentikan bacaan, berhentilah pada tanda-tanda yang dibenarkan atau sudahi ayat yang sedang dibaca