20/08/2026
🌿 Semakin Kenal Allah, Semakin Dekat Hati Dengan-Nya
Kita kenal banyak perkara dalam kehidupan. Tetapi sejauh mana kita benar-benar mengenal Allah SWT?
Ilmu tasawwuf mengajar kita untuk mengenal, memahami dan memurnikan hati, agar hubungan kita dengan Allah SWT semakin dekat dan kehidupan kita semakin dipandu oleh iman dan ihsan.
📖 Pengajian Ilmu Tasawwuf Mingguan
🗓️ Setiap hari Selasa
⏰ Bermula jam 9.30 pagi
📚 Kitab: Idhoh Al-Maqsud Fi Ilmi Maratib Al-Wujud
Pengajian ini disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Baba Khairul Anuar Hj. Syafie, Mudir Pondok Darul Muhajirin, Gajah Teriyak, Jitra, yang juga merupakan penulis kitab tersebut.
Satu peluang yang sangat bernilai untuk kita menuntut ilmu daripada penulis kitab secara langsung, memahami perbahasan tasawwuf dan berusaha meningkatkan makrifat kepada Allah SWT.
Alhamdulillah, pengajian ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan lebih 100 orang jemaah menjadi jemaah tetap.
🍽️ Selepas kuliah, turut disediakan jamuan ringan untuk semua hadirin.
🌱 Jangan biarkan hati kita hanya sibuk membina dunia, tetapi lupa membina hubungan dengan Allah.
👉 Jom hadir setiap Selasa jam 9.30 pagi.
👉 Ajak keluarga dan sahabat bersama.
👉 Kongsikan posting ini supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada majlis ilmu.
Kenal Allah → Cinta Allah → Taat kepada Allah.
*******************
Sumbangan anda amat bermakna buat kami. Moga menjadi pahala yang berpanjangan hingga ke syurga nanti.
Bank Islam
02105010002856
Pusat Pengajian Darul Hadis
🙋🏻♂️ TAJAAN TETAP BULANAN SEBANYAK RM20
▪️ Potongan Secara Automatik Setiap Bulan
https://infaqpay.my/go/pusatpengajiandarulhadiskedah
🔰 SENARAI SUMBANGAN DAN WAKAF
https://infaqpay.my/collection/pusatpengajiandarulhadiskedah