24/11/2021
APAKAH PUNCA YANG MENYEBABKAN KEBAS?
Kebas dan kesemutan adalah rasa seperti tajam, kadang-kala rasa pedih dan panas yang boleh terjadi di mana-mana anggota tubuh badan. Kebanyakan orang akan menyedari ia berlaku di tapak tangan, jari-jemari tangan dan kaki, dan tapak kaki. Banyak penyebab yang boleh menyebabkan anda rasa kebas, termasuklah duduk dengan kaki anda bersilang atau tertidur di lengan anda.
Sekiranya kebas dan kesemutan berterusan dan tidak ada sebab yang jelas bagi kebas tersebut, ia mungkin merupakan gejala penyakit atau kecederaan, seperti ‘multiple sclerosis’ atau sindrom ‘carpal tunnel’. Rawatan akan bergantung terhadap penyakit yang dialami.Istilah perubatan untuk kebas dan kesemutan adalah ‘paresthesia’.
Antara Penyebab yang mengakibatkan rasa kebas kaki adalah:
1. Neuropati Diabetes
2. Tarsal Tunnel Syndrome
3. Penyakit Arteri Periferal
4. Tekanan Pada Saraf
5. Sebab-sebab Lain:
- ‘Fibromyalgia’
- Multiple Sclerosis (MS)
- Strok
Sumber: Doctor On Call