Jemaah Nazir Negeri Kedah

Jemaah Nazir Negeri Kedah Jemaah Nazir Negeri Kedah
(1)

Seawal pukul 6.30 pagi KNN Kedah bergerak bersama² Nazir Furiza Yahya dan pemandu ke kawasan pedalaman di daerah S*k.  P...
19/08/2026

Seawal pukul 6.30 pagi KNN Kedah bergerak bersama² Nazir Furiza Yahya dan pemandu ke kawasan pedalaman di daerah S*k. Perjalanan mengambil masa lebih satu jam .

KNN dan grup tiba di sekolah pertama iaitu SK Gulau pada pukul 7.40 pagi dan berkesempatan mencerap guru Pendidikan Jasmani. Padang sekolah sangat sempit dan lima kelas melaksanakan PJ serentak. Dalam keadaan demikian guru² di sini sangat kreatif untuk membolehkan murid² melaksanakan PJ. KNN sangat sangat teruja melihat semua murid gembira disebabkan PdP guru yang terancang.

Grup bergerak p**a ke SK Seri Ampangan Muda. Di sinilah KNN Kedah ditempatkan sebagai guru pada 1 Januari 1986 dulu. Sekolah pertama KNN sebagai guru. Sekolah ini sangat cantik, apatah lagi sekolah baru menerima bangunan prasekolah yang sangat indah. KNN seronok melihat Ustaz Yasir mengajarkan Bahasa Arab.

Grup bergerak p**a ke SK Kota Aur. Sekolah ini juga cantik dan mendamaikan. Sekali tengok macam sekolah agama. Rupa²nya GB dan PK beropsyen Pendidikan Islam. Pencerapan terhadap teacher Augi agak menarik. Ada aktiviti kump**an dan semua murid mencapai objektif.

Jam telah menunjukkan hampir pukul 2.00 petang. Sekolah tidak dibenarkan untuk menyediakan makan minum kepada Jemaah Nazir.

Grup bergerak lagi ke sesi petang SMK Gulau. Sekolah yang sangat cantik dan menarik. Dua pencerapan lagi dilaksanakan.

Pukul 4.00 petang, kami bergerak keluar dari SMK Gulau.

Berhenti sebentar di warung Gulau untuk menikmati cendol dan bihun sup.

4.30 petang, grup bergerak p**ang. KNN tiba di rumah pada pukul 5.30 petang.

Pukul 6.00 petang, KNN bergerak ke asrama SMK Batu Lima, Gurun. Asrama cantik dan mendamaikan. Tahniah kepada Pengetua Zur'aiza. Penghuni asrama sangat sopan dan ramah. Warden juga sangat membantu.

Pukul 11.00 malam, KNN sampai di rumah.

Berehat untuk bangun awal esoknya. Mahu ke sekolah lagi demi kemenjadian murid.

"Saya sangat gembira untuk terus berbakti kepada negara ini," kata KNN.

Lawatan kerja Ketua Nazir Negeri Kedah ke SK Haji Wan Yahya dan SMK Sanglang. Sekolah ini berada di PPD Kubang Pasu.Teri...
19/08/2026

Lawatan kerja Ketua Nazir Negeri Kedah ke SK Haji Wan Yahya dan SMK Sanglang. Sekolah ini berada di PPD Kubang Pasu.

Terima kasih kepada PGB bagi kedua² sekolah yang berjaya membina tim kepemimpinan yang baik yang tersusun.

Nasihat saya supaya kedua² sekolah ini mengadakan lawatan penandaarasan ke sekolah² di Perlis yang tidak jauh dari situ bagi meningkatkan lagi kualiti penjenamaan sekolah.

Syabas kepada kedua² sekolah kerana berjaya membentuk murid beradab dan santun.

Syabas kepada SMK Sanglang kerana berjaya mencapai lonjakan saujana dalam SPM 2025.

CATATAN MUNSYI KNN KEDAH16 Ogos 2026, saya menyaksikan Cikgu Punitha a/p Nagappa, berjaya mencapai taraf CEMERLANG dalam...
17/08/2026

CATATAN MUNSYI KNN KEDAH

16 Ogos 2026, saya menyaksikan Cikgu Punitha a/p Nagappa, berjaya mencapai taraf CEMERLANG dalam PdP Sains. Beliau mengajar murid Tahun Dua ALAMANDA di SK Tunku Abdul Malik.

Masa 30 minit digunakan secara optimum bagi menarik murid terhadap Sains.

Meneliti e-RPH Cikgu Punitha sudah cukup menggambarkan betapa bersungguh²nya beliau untuk mendidik murid. Perancangannya jelas dengan mengambil kira kepelbagaian aras murid, pelaksanaan Teknik PAk-21, dan disulami dengan pendekatan didik hibur.

Kelas dimulakan dengan set induksi yang hidup dan berjiwa. Dengan menggunakan botol air mineral, Cikgu Punitha secara bersahaja berjaya menarik minat murid untuk fokus pada pembelajaran hari itu. Murid berlumba² untuk menjawab dan bertanya. Betul² hidup dan bermakna.

Cikgu Punitha berjaya mengelola isi pelajaran serta memberikan ruang kepada penyertaan aktif murid. Murid berkomunikasi sesama mereka, murid bertanya itu ini tentang sumber air. Cikgu Punitha melayani murid² pelbagai bangsa ini seperti anaknya sendiri. Sangat mesra dan sangat penyayang.

Cikgu Punitha menggunakan daya pujukan untuk membimbing dan mendorong murid bagi meneroka sumber air yang menjadi topik pengajaran hari itu.

Sentuhan emosi Cikgu Punitha terhadap murid²nya benar² menyentuh hati saya.

Cikgu Punitha betul² berjiwa pendidik, penuh semangat, bertenaga, dan berkeyakinan.

Skor 93.11 tidak pernah saya berikan kepada mana² guru dalam tempoh hampir dua dekad sebagai Nazir. Inilah satu²nya guru yang berjaya mematuhi sepenuhnya Standard 4 SK@S setakat ini. Cikgu Punitha membuatkan saya rasa takjub, teruja, dan terkesima.

Terima kasih kepada GB SK Tunku Abdul Malik dan barisan kepemimpinan yang telah memberikan bimbingan dan dorongan kepada Cikgu Punitha.

Saya yakin guru² lain di sekolah ini juga cemerlang seperti Cikgu Punitha.

Syabas SK Tunku Abdul Malik,Kulim Kedah kerana berjaya menyerahkan potensi besar Cikgu Punitha. Saya amat berbangga.

Cikgu Punitha, saya rasa amat bertuah kerana berpeluang menyaksikan Cikgu mengajar.

Sungguh menakjubkan!!!

Ketua Nazir Negeri Kedah, Munsyi Mohd Salleh Hassan telah mengadakan lawatan kerja ke TIGA buah sekolah di daerah Kulim ...
16/08/2026

Ketua Nazir Negeri Kedah, Munsyi Mohd Salleh Hassan telah mengadakan lawatan kerja ke TIGA buah sekolah di daerah Kulim iaitu SK Sungai Ular, SMK Jalan Paya Besar, dan SK Tunku Abdul Malik.

Beliau tiba di SK Sungai Ular pada pukul 7:20 pagi, seterusnya ke SMK JPB pada pukul 11:00 pagi.

Beliau juga ke SK Tunku Malik pada sesi petang.

Beliau merakamkan SYABAS kepada ketiga² buah sekolah ini kerana semua guru yang dicerap telah menyediakan RPH dengan baik.

Tahniah juga kepada barisan kepemimpinan sekolah yang mempunyai hala tuju, perancangan, dan pelaksanaan yang baik.

Ketua Nazir Negeri Kedah, Munsyi Mohd Salleh Hassan berkesempatan menyantuni barisan kepemimpinan SK Batu Lima, S*k Keda...
13/08/2026

Ketua Nazir Negeri Kedah, Munsyi Mohd Salleh Hassan berkesempatan menyantuni barisan kepemimpinan SK Batu Lima, S*k Kedah.

Di sinilah beliau mula mengenal ABC pada tahun 1974 dulu.

Dalam pertemuan ini, KNN menekankan kepentingan GB dan SLT bertindak sebagai peneraju, pembimbing, dan
pendorong kepada semua guru.

KNN juga memuji keupayaan Ustazah Hazama Abdul Razak yang melaksanakan PdP dengan cemerlang.

Terima kasih GB Noor Azura Mohamed Azit yang sentiasa positif dalam pemikiran dan tindakan.

Semoga cemerlang selalu SK Batu Lima.

Kesatuan hati menjadi asas dalam pengurusan organisasi. Dengan kesatuan hati subordinat yang bulat akan menjadikan organ...
12/08/2026

Kesatuan hati menjadi asas dalam pengurusan organisasi. Dengan kesatuan hati subordinat yang bulat akan menjadikan organisasi kukuh dan utuh. Inilah realiti di SK Jitra 3.

GB, barisan PK dan semua guru di sekolah ini bersatu hati dan bersungguh-sungguh untuk berusaha ke arah kemenjadian murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Syabas dan tahniah GB SK Jitra 3, Kedah.

Nazir sentiasa bersedia untuk membantu.

Assalamuaikum tuan MunsyiPihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terimakasih atas kunjungan tuan selaku Ketua Nazir Neger...
11/08/2026

Assalamuaikum tuan Munsyi

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terimakasih atas kunjungan tuan selaku Ketua Nazir Negeri Kedah dan pasukan nazir ke SMK Seri Mahawangsa. Terimakasih atas bimbingan yang diberikan kepada kami.
Kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami. Terima kasih sekali lagi tuan.

****************

Inilah ucapan oleh Pengetua SMK Seri Mahawangsa kepada saya, Nazir Syahirah Zuriati binti A.Wahab dan Nazir
Furiza binti Yahya selepas kami keluar dari sekolah itu.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak di sekolah ini yang berminda positif dan sentiasa menjaga MMI.

Semoga Seri Mahawangsa terus cemerlang.

Bimbingan dan sokongan kepada SMK Paya Kemunting. Bimbingan Nazir Kedah dengan rasa kasih demi kemenjadian murid. Nazir ...
10/08/2026

Bimbingan dan sokongan kepada SMK Paya Kemunting. Bimbingan Nazir Kedah dengan rasa kasih demi kemenjadian murid. Nazir dan sekolah merupakan sahabat baik yang saling memerlukan. Nazir sentiasa menjadi sahabat guru². Nazir sentiasa bersedia untuk membantu. Nazir tidak mencari salah tetapi Nazir mencari ruang untuk penambahbaikan. Segala-galanya demi murid dan demi negara tercinta.

Ayuh guru , Mari kita teruskan perjuangan suci ini!

Melindungi Masa Instruksional (MMI) masih belum dikuasai sepenuhnya oleh pelbagai pihak. Usaha SK Wan Sulaiman Sidek men...
09/08/2026

Melindungi Masa Instruksional (MMI) masih belum dikuasai sepenuhnya oleh pelbagai pihak. Usaha SK Wan Sulaiman Sidek mengadakan program ini sangat mengujakan KNN Kedah. Nazir Kedah menyokong MMI selaras dengan SPI Bil.8&9 2016.

Nazir Kedah sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk berdialog tentang perkara ini.

Address

Aras 2, Zon C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit
Alor Setar
06550

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047001458

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jemaah Nazir Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share