09/08/2026
PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 25
19 JULAI 2026
Perhimpunan ini amat istimewa kerana penampilan sulung En. Rozaini sebagai Pengetua KTESS yang baharu.
Pesanan dan amanat beliau amat penting untuk warga KTESS bagi meneruskan budaya kerja cemerlang dan melonjakkan kecemerlangan akademik KTESS pada tahap yang lebih gemilang.
ULASAN UCAPAN PENGETUA
Pengetua menekankan bahawa sikap, disiplin, pengurusan masa dan integriti merupakan asas utama kejayaan. Pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik, malah memiliki sahsiah dan karakter yang baik. Guru p**a perlu sentiasa mengamalkan profesionalisme, amanah dan integriti dalam melaksanakan tugas.
Beliau turut mengingatkan warga KTESS agar membudayakan profesionalisme, amanah, integriti, saling menghormati dan pengurusan masa yang berkesan. Selain itu, lima ciri warga sekolah yang perlu diterapkan ialah berilmu dan berkemahiran, berakhlak dan berintegriti, berdaya tahan dan sejahtera, berfikiran global serta cinta akan negara, dan berupaya menerajui masa hadapan.
Sebagai penutup, pengetua menegaskan bahawa “Kejayaan semalam adalah inspirasi, bukan destinasi”, dan menyeru seluruh warga sekolah agar terus berusaha meningkatkan kecemerlangan secara berterusan.