04/05/2023
PENGENALAN TAJUK:
Dalam bidang bioteknologi moden terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Walaupun begitu, perkembangan tersebut menimbulkan isu dan persoalan agama serta etika khususnya melibatkan teknik pemindahan organ dan pengklonan. Isu etika sering ditekankan dalam pelbagai cabang ilmu dan memainkan peranan sangat penting dalam sistem hidup manusia serta berkaitrapat dengan agama. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini bertujuan mendedahkan berkaitan Projek Genom Manusia (PGM) dan isu-isu genetik manusia yang timbul dari perspektif sains dan Islam seperti Teori Evolusi Darwin, PGM, pengklonan manusia dan eugenik. Akhirnya, isu-isu yang timbul dari aplikasi teknologi genetik manusia perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui etika sains serta diintegrasikan dengan ajaran Islam supaya segala pencapaian bidang ini tidak merosakkan alam dan pop**asi manusia seterusnya menjadikan kehidupan manusia lebih baik dan kondusif dari semasa ke semasa.
Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden, pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan diperkenalkan. Salah satu kaedah rawatan ini ialah rawatan pemindahan organ yang terbukti berjaya merawat pesakit-pesakit yang menghidap masalah kegagalan organ peringkat akhir. Usaha merawat penyakit ini bertepatan dengan Hadith Sahih :-
Terjemahan: Daripada Usamah ibn Syarik, beliau berkata, sekump**an orang Badawi berkata, “Ya Rasulullah, bolehkah kami mendapatkan rawatan?” Baginda menjawab, “Ya boleh, wahai hamba-hamba Allah, dapatkanlah rawatan kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan (Dia) menentukan p**a untuknya penyembuhan atau ubat kecuali satu penyakit.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah penyakit itu?” Baginda bersabda, “Penyakit tua.”1 Organ atau anggota badan tertentu boleh dipindahkan daripada seorang manusia kepada seorang manusia bagi tujuan menggantikan organ penerima yang gagal berfungsi. Organ-organ dan tisu-tisu yang boleh dipindahkan termasuklah jantung, injap jantung, hati, buah pinggang (ginjal), paru-paru, kornea mata, tulang dan kulit. Pemindahan organ boleh dilakukan daripada penderma yang masih hidup atau penderma yang sudah meninggal dunia. Organ-organ yang boleh diambil daripada penderma yang masih hidup ialah salah satu dari dua buah pinggang dan sebahagian hati. Penderma yang sudah meninggal dunia p**a boleh mendermakan semua organ dan tisu yang sesuai bagi tujuan pemindahan.