Alumni SM Sultanah Bahiyah

Alumni SM Sultanah Bahiyah Platform berkumpulnya bekas penuntut dan guru Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah bagi mendapatkan berita terkini dan aktiviti yang akan/sedang/telah berlangsung

29/07/2026

Sekalung penghargaan buat doktor-doktor berpengalaman luas dalam bidang kesihatan yang telah meluangkan masa menyertai program saringan kesihatan pada petang ini.

Datin Pengerusi Esma Rofiza Yusoff sebagai wakil Persatuan dengan ini berbesar hati menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan kepada Dr. Sarimah Binti Sudin, Dr. Zaiton Binti Udin dan Dr. Zubaidah binti Sani.

Pihak Alumni SM Sultanah Bahiyah sangat senang berurusan dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Kedah dalam menjayakan program. Semoga ukhwah terus terjalin antara kita bagi program-program yang akan datang.



29/07/2026

Alhamdulilah aktiviti saringan di kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah berlangsung dengan lancar.
Datin Pengetua sekolah juga mengambil peluang membuat saringan kesihatan sendiri.



29/07/2026

Sekitar aktiviti saringan kesihatan.
Saringan dijalankan oleh para doktor yang bertauliah dan berpengalaman luas.

Seramai 77 orang guru dan 15 kakitangan sekolah telah menyertai program saringan petang ini.

Sekalung perhargaan buat pihak barisan jawatankuasa Alumni SM Sultanah Bahiyah berjaya menganjurkan program ini dalam masa yang singkat di bawah pimpinan Datin Pengerusi Esma Rofiza Yusoff .



29/07/2026

Sesi program dimulakan dengan penerangan tentang cakna kesihatan dan kepentingan menjaga kesihatan oleh Dr Sarimah Binti Sudin.



Berlangsung hari ini satu program kerjasama antara pihak Alumni SM Sultanah Bahiyah  (PBPG SMSB)  dengan Pertubuhan Kesi...
29/07/2026

Berlangsung hari ini satu program kerjasama antara pihak Alumni SM Sultanah Bahiyah (PBPG SMSB) dengan Pertubuhan Kesihatan Kedah di bilik media Smk Sultanah Bahiyah mulai 2:30 petang tadi.

Program Saringan Kesihatan ini melibatkan para guru dan kakitangan sekolah dalam memberi perkhidmatan percuma serta penerangan tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Terima kasih diucapkan buat pihak sekolah terutama Pengetua Datin kerana memberi laluan kepada program ini. Terserlah sekali sikap prihatin seorang pemimpin yang sangat mengambil berat tahap kesihatan yang lain.

Terima kasih para doktor yang telah turun ke lapangan menyumbang kepakaran dan pengalaman dalam program ini. Alhamdulillah.. pihak alumni sangat menghargai setiap satu saringan yang telah diadakan sepanjang hari ni.



Salam jumaat penghulu segala hari buat seluruh warga alumni SMSB.Cerita pagi ini.. suasana di kawasan ASPURI Smk Sultana...
24/07/2026

Salam jumaat penghulu segala hari buat seluruh warga alumni SMSB.

Cerita pagi ini.. suasana di kawasan ASPURI Smk Sultanah Bahiyah sedang berlangsung aktiviti gotong-royong kacau bubur Asyura.

Aktiviti ini adalah kerjasama yang telah dibincangkan bersama PIBG SMK Sultanah Bahiyah bagi merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan pihak bekas penuntut dan guru, sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Bekas pelajar dan guru-guru yang berkelapangan dijemput hadir.



Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta kawad kaki yang telah menunjukkan semangat juang yang luar bi...
13/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta kawad kaki yang telah menunjukkan semangat juang yang luar biasa! 🎖️

Sebagai tanda sokongan dan penghargaan, Alumni SM Sultanah Bahiyah telah menaja set ayam goreng bagi setiap peserta.

Kami berharap aktiviti kawad kaki ini akan terus dimantapkan dari semasa ke semasa kerana ia bukan sahaja melahirkan disiplin diri malah turut menyumbang kepada peningkatan markah PAJSK pelajar.

Teruskan semangat, adik-adik!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga ko-kurikulum Smk Sultanah Bahiyah atas kejayaan cemerlang yang telah diraih dalam pertandingan kawad kaki baru-baru ini!

1. Pasukan Kadet Polis Smk Sultanah Bahiyah meraih Johan Kategori KRS Wanita dan berjaya merangkul Anugerah Ketua Platun Terbaik dan melayakkan diri ke Peringkat Negeri Kedah.

2. Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) p**a tampil Gemilang dengan meraih Johan Kategori KRS Wanita sekaligus merangkul Anugerah Ketua Platun Terbaik dan melayakkan diri ke Peringkat Negeri Kedah.

3. Pasukan St John Ambulans telah berjaya mengekalkan prestasi sebagai Johan Daerah kategori NGO Puteri dan turut merangkul Anugerah Ketua Platun Terbaik dan melayakkan diri ke pertandingan peringkat Negeri Kedah.

Tahniah adik-adik Bahiyah!!

Kejayaan ini adalah hasil titik peluh, disiplin dan semangat juang pelajar yang tidak pernah padam. Alumni SM Sultanah Bahiyah amat berbangga dengan pencapaian kalian semua! Teruskan mengharumkan nama sekolah kita tercinta.

hip, hip, horey!!



09/07/2026

Jalinan kerjasama antara Alumni SM Sultanah Bahiyah dan pihak PIBG Smk Sultanah Bahiyah dan pihak sekolah terus berlangsung dalam suasana kekeluargaan. Bak pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia YDP PIBG Tuan Mohd Sobri Bin Hamid, Yang Berbahagia Puan Pengerusi Persatuan Alumni Datin Esma Rofiza Yusoff, Penolong Kanan HEM Puan Saniyah dan Penolong Kanan Kokurikulum Puan Fadzilah serta SU dan bendahari Persatuan Alumni Puan Erfa Suriani Samsudin dan Puan Siti Arfah yang telah meluangkan masa hadir ke perjumpaan berkenaan.

Pada awalnya program gotong-royong Bubur Asyura telah dirancang pelaksanaannya pada 10 Julai 2026 iaitu pada hari Jumaat. Namun atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan maka satu tarikh baru telah dipilih iaitu pada 24 Julai 2026 juga hari Jumaat, in shaa Allah.

Ayuh ramai-ramai hadir pada hari berkenaan bagi memeriahkan lagi suasana.
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk anda.
Semoga ukhwah terjalin lebih rapat dan mesra.

Bagi yang masih belum daftarkan diri sebagai ahli alumni, boleh berbuat demikian melalui link ini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfdn2j1qHdcXwd23XfXOdNeGaSpCB_ArBm8H0B_cclWN3o6KQ/viewform?usp=header



02/07/2026

Pertemuan antara pucuk pimpinan tertinggi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Smk Sultanah Bahiyah Tuan Yang Dipertua Mohd Sobri Bin Hamid dan Persatuan Bekas Penuntut dan Guru Alumni SM Sultanah Bahiyah pada pagi ini Datin Pengerusi Esma Rofiza Yusoff serta Puan Naib Pengerusi Jue Lie . Turut serta hadir adalah Setiausaha Puan Siti Arfah Ibrim Ibrahim .

Pelbagai perbincangan halatuju dan kerjasama diantara pihak PIBG dan Alumni telah mencapai kata sepakat yang luar biasa sambutannya.

Alhamdulillah.. semoga kerjasama yang terjalin ini dapat membawa nama Sekolah ke peringkat yang diharapkan. Serta dapat memberi tambah nilai kepada pelajar-pelajar baik yang masih belajar ataupun bakal melanjutkan pendidikan peringkat IPT nanti.

Ayuh daftarkan diri sebagai ahli alumni bagi mendapatkan manfaat di masa hadapan melalui link ini. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfdn2j1qHdcXwd23XfXOdNeGaSpCB_ArBm8H0B_cclWN3o6KQ/viewform?usp=header



Address

Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Telephone

+60178299282

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni SM Sultanah Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Alumni SM Sultanah Bahiyah:

Shortcuts

Share

Category