Kelas Tuisyen Cikgu Ina

Kelas Tuisyen Cikgu Ina

Share

A tutor since 2007. But, based in Kedah since 2019. BSc (Hons) & MSc holder.

Maths & Add Maths Tuition
Level Taught: PT3 / SPM / STPM
Class: 1-1 / Small Groups (max of 4 students)

12/01/2026

Kelas Cikgu Ina dah mula untuk sesi 2026. Jika ada ibu bapa yang masih mencari tutor subjek Maths atau Add Maths, area Alor Setar atau nak kelas online, boleh contact Cikgu Ina ya di 011-3528 9912.

Buat masa sekarang, hanya kelas 1-1 sahaja yang masih available.

Kalau kelas online, pastikan anak2 puan2/tuan2 sekalian ada tablet atau drawing pad. Mudah untuk anak2 buat jalan kira untuk cikgu semak nanti.

28/10/2025

Kepada yang terjumpa page ni, tertanya-tanya masih wujud ke tak Kelas Tuisyen Cikgu Ina? Jawapannya, ya, masih wujud.

Cikgu Ina masih lagi buat kelas tuisyen ya. Untuk Sekolah Menengah sahaja, Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.
Subjek: Matematik dan Matematik Tambahan.

Cuma disebabkan komitmen kelas dan keluarga, cikgu jarang update media sosial cikgu.

Oh... Cikgu buat kelas face-to-face bertempat di Alor Setar, Kedah dan sekarang cikgu dah buka juga kelas online. Kelas berkumpulan dan juga perseorangan. Perseorangan tu memang ada jer bila2. Kelas berkumpulan tu kena check balik dengan cikgu, ada timing dia la.

Apa-apa pun, jika ada yang berminat untuk join Kelas Tuisyen Cikgu Ina, boleh hubungi cikgu terus ya sama ada dm di sini atau call/WhatsApp cikgu di 011-3528 9912.

24/05/2025

Cuti sekolah datang lagi~~

Kepada semua pelajar, tak kira pelajar asrama, pelajar bukan asrama, yang nak ambik SPM tahun ni, yang nak mengulang SPMU paper maths, atau yang saja nak belajar untuk catch up atau topup apa yang patut, semua boleh join kelas ni.

Ini tuisyen personal 1-1 atau small group (maksimum 4 orang pelajar), apa yang pelajar nak cover, nak study balik, nak ulang, atau nak tambah baik, boleh saja tapi maths atau add maths sajalah. Kalau yang tak tau apa2 pun, jangan risau, Cikgu Ina boleh guide kan. Yang penting, pelajar sendiri ada rasa atau kesedaran nak belajar. Yang lain2 kita boleh usahakan.

Jadi, jom book slot masa yang anda nak dengan Cikgu Ina di 011-3528 9912.

23/08/2023

Cuti sekolah datang lagi. Bagi pelajar2 yang nak belajar atau ibu bapa yang nak isi masa anak2 dengan belajar masa cuti ini, bolehlah sertai kelas yang kami adakan.

Jenis-jenis kelas yang ditawarkan semasa cuti sekolah kali ini:

a) Pecutan Awal SPM
- Panggilan khas untuk pelajar Tingkatan 5 / calon SPM 2023.
- Kandungan pengajian: Bab2 'target' untuk diskor dalam SPM bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan.

b) Catch Up Time
- Untuk pelajar yang nak ulang belajar / tambah faham mana2 topik yang dikehendakinya.
- Available untuk Matematik Tingkatan 1-4 dan Matematik Tambahan Tingkatan 4 sahaja.

Bilakah kelas akan berlangsung?
Ahad - Khamis (9 pagi - 7 petang) pada 27 - 31 Ogos 2023 sahaja. Jadi, pelajar boleh pilih slot masa yang bersesuaian dalam tempoh ini.

Cara nak tempah slot masa?
Hubungi Cikgu Ina di 011-3528 9912 (Direct Call/WhatsApp) untuk tahu dan tempah slot2 masa yang masih ada.

Photos from Kelas Tuisyen Cikgu Ina's post 28/07/2022

Yeay~~ Cuti sekolah kembali lagi. Dan inilah masa TERBAIK untuk mengukuhkan dan menggilap kemahiran matematik anak anda yang mungkin dah 'berkarat'. Dan kali ini, kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran algebra asas.

Ramai pelajar, bukan tak tau maths atau add maths yang Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 tu, tapi depa tak tau algebra. Bila buat2 soalan, ada algebra, depa sangkut. Tak boleh proceed. Tu yang last2 tak boleh jawab. Dok ingat depa tak tau topik2 Tingkatan 4 dengan Tingkatan 5 tu, tapi sebenaqnya depa tak tau algebra saja.

Jadi, bagi yang nak kami tolong bab algebra ni, yang asas dia, jom sertai promosi early birds kami ini. Dan ya, jika anda daftar berkumpulan (maksimum jumlah pelajar ialah 4 orang), memang ada diskaun tambahan diberikan untuk setiap pelajar. Jadi, sertai kami sekarang!

Untuk maklumat lanjut, boleh terus WhatsApp kami di https://wa.me/message/FCAAPSI6TPQYG1

P/S: Kelas DLP dalam Bahasa Inggeris pun ada ya~~

28/07/2022

TIPS STUDY MATHS/ADD MATHS
============================
KUASAI ALGEBRA ASAS

Okla, tak perlu la nak sembang jawab KBAT, tak perlu nak beriya sangat kata maths atau add maths tu susah gileeer bangat, kalau algebra asas pelajar adalah lemah.

Betul, yang saya jumpa ni banyak kes berpunca dari yang satu ni la, tak tau algebra asas, lemah algebra asas. Student bukannya tak tau benda yang dalam silibus Tingkatan 4 dengan Tingkatan 5 tu, tapi depa sangkut kat algebra tu.

Tengah2 buat soalan, ada algebra (come on la algebra dan maths/add maths ni berpisah tiada OK), bila ada algebra ni bukan semua benda boleh picit2 kalkulator tu, banyak kena buat manual. Tapi, macam mana nak buat manual, kalau dah tak tau atau lemah.

Tak tau tu memang dia tak tau apa la. Sebut algebra pun dia nyer respond blur jer. Tapi, ada sesetengah student tu dia tau tapi sikit2 la. Macam lemah gitu. Kejap betul, kejap salah. Tak konsisten. Padahal algebra ni hukum dia fix dah gitu, mana ada berubah2.

Jadi, sebelom nak stress pasal silibus Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, apa kata check balik skill algebra asas pelajar. OK ke KO? Atau tak sure?

Kalo OK, good. Boleh proceed belajar topik yang lain2 tu.

Tapi, kalau KO atau Tak Sure tu, kena cari lah cikgu atau sapa2 yang mahir untuk tolong tengok2kan, ajarkan ke apa la kan.

Tapi, untuk yang nak saya tolong, boleh daftar awal untuk Kelas Algebra Asas saya yang tengah promosi sekarang ni di

https://wa.me/message/FCAAPSI6TPQYG1

P/S: Kelas DLP dalam Bahasa Inggeris pun ada ya~~

05/07/2022

ANAK MALAS BELAJAR / BUAT LATIHAN MATHS/ADD MATHS?
==================================

Ada ke ibu ayah yang ada masalah macam ni? Geram tengok anak relax2 tido, main game, layan kpop, layan kdrama, dan macam2 lagi aktiviti dia KECUALI study atau buat latihan maths/add maths. Lagi geram bila tau markah test/exam maths/add maths anak yang teruk.

Puan2 dan tuan2 sekalian, bawa bertenang dulu. Puan2 dan tuan2 rasa mereka betul2 malas nak belajar ke?

Berikut saya kongsikan sedikit pengalaman saya sebagai tutor/cikgu maths/add maths yang dah lama me'nutor'/mengajar 2 subjek ni berkaitan perihal pelajar dan sikap malas mereka.

Saya s**a amalkan sikap husnozon (bersangka baik) dengan pelajar2 saya. Bila saya tengok homework atau buku latihan mereka kosong tak berbuat, sedangkan kelas dah habis cover topik tu, maka saya biasanya akan bertanya kepada mereka kenapa jadi macam tu?

Jadi, masa tu macam2 la sebab yang keluar. Tapi ada 3 sebab yang glamour. Tak sempat buat, banyak sangat homework dan ada homework lain lagi. Macam sama jer kan. Semua tu, sebenarnya dia nak cakap dia BUSY la tu. Jadi, tak sempat belajar maths/add maths subjek saya ni. Haha...

Tapi, saya relax jer, tak marah2 mereka, tak sibuk2 nak check kebenaran sebab2 itu. Apa yang saya buat, biasanya saya persoal balik mereka. "Busy betul awak. Cikgu pun tak busy macam awak. Haha... Ni cakap betul2 dengan cikgu, awak ni tak buat sebab memang busy tak sempat atau awak sebenarnya tak tahu pun nak buat soalan2 tu?"

Tau tak, bila saya tanya macam ni, dalam keadaan saya relax2 dan gelak2, percayalah 95% akan mengaku yang second reason tu.
Ya, 95% pelajar yang saya jumpa, mengaku yang sebenarnya mereka tak tahu pun nak buat soalan tu. Ada sesetengah tu pulak, siap mengaku, "Sebenarnya kan cikgu, saya tak faham pon soalan tu tanya apa dan nak apa sebenarnya." Lepas tu ada banyak lagi la confession dan luahan perasaan mereka pasal hal study maths/add maths ni.

Iya, mereka BUKAN MALAS, tapi mereka sebenarnya TAK TAHU. Kesian jugak saya tengok, ada yang senang2 kena label malas sedangkan dia dah cuba nak buat. Buka buku, tengok soalan, baca soalan, cuba fahamkan soalan. Tapi, takat tu ja la. Sebab dia nak proceed jawab, dia stuck. Dia tak tahu nak mula. Sesetengah tu nak extract info dari soalan tu pon tak tahu. Last2 dia tengok soalan, soalan tengok dia. Niiiiing ja dua2. Apa pon tak dijawab. Dan akhirnya, dia tutup buku dan start buat benda lain yang last2 menampakkan dia seolah2 budak yang MALAS dan PEMALAS nak belajar. Mmm...

Untuk ibu ayah yang ada anak yang 'MALAS' macam ni, check balik dengan dia. Betul ke dia betul2 malas (sebab memang wujud pelajar yang malas ya, dan dia biasanya memang dah tak minat nak belajar dah tapi terpaksa juga pi sekolah, ambik exam/test dll) atau dia sebenarnya tak tahu?

Jika TAK TAHU ialah punca dia 'malas', elok lah puan2 dan tuan2 cari cikgu atau tutor atau sesiapa saja yang boleh bantu dia sampai dia tahu.

Sebab saya tersentuh dengan kata2 seorang student saya ni. Student ni dia tak mengaku dia malas dan dia tak mengaku dia sibuk. Tapi, bila saya tanya, "Kenapa tak buat latihan ni?" Dia kata, "Saya buat yang saya tahu saja." Dan bila saya flip buku latihan dia, topik yang dia tak faham, tak tahu, blannnnnk jer, kosong tak berbuat. Tapi, topik yang dia tahu, penuh juga bahagian tu dia buat.

So, saya memang ada pegangan yang pelajar2 ni bukannya malas sangat pon, tapi mereka sebenarnya tak tahu jer. Kalau tahu, auto 80% jadi rajin. Lagi 20% tu bergantung kepada keadaan sekeliling jugak lah. Kalau tahu juga, yang busy boleh jer jadi tak busy. Yang tak minat, boleh jer jadi minat. Dan dengan minat tu dia jadi rajin.

04/07/2022

3 SEBAB UTAMA STUDENT TAK SKOR UJIAN/EXAM MATHS/ADD MATHS
======================================
1.TAK TAHU
2.TAK INGAT
3.CUAI

Apabila pelajar tak tahu topik tertentu yang naik dalam ujian/exam, susah tentu lah dia tak boleh nak jawab soalan2 yang berkaitan topik tu. Kadang2 bila tak tahu, soalan pun dia tak faham betul2. Yang ditanya tentang A, dijawabnya tentang B. Tanya lain, jawab lain. Memang takde markah la yang diberi. Dan, lagi banyak tak tahu, lagi banyak tak boleh jawab, lagi sikit lah markah yang dapat.

Kadang2, student dah tahu dah topik tu. Masa mula2 belajar topik tu dulu, terer. Skor habis. Tapi, lepas dah tinggal lama, dia jadi lupa habis la pulak. Biasa yang student Form 5 lupa dah yang topik Form 4. Sebab tu kadang2 ada jer yang student Form 5, ambik kelas Form 4 dengan saya. Ada sesetengah untuk refresh ingatan jer, ada sesetengah lagi untuk ulang belajar balik sebab dulu masa dia Form 4, dia tak faham pun topik tu.

Kadang2 juga, student ni dah tahu, dah ingat semua, tapi jenis careless pulak. Cuai tak habis2. Silap extract info dari soalan la. Silap salin nombor la. Silap tekan kalkulator la. Macam2 la silap dia. Takde negatif, diletaknya negatif. Benda kena bahagi, dia buat darab la. Kadang2 dia silap dalam baca soalan terutamanya soalan yang panjang2, dalam bentuk ayat2 tu. Excited punya pasal nak jawab soalan, laju jer jawab. Last2, yang soalan suruh buat sampai pagar... Tapi, sebab cuai, dia buat sampai tiang pagar jer. Markah pun tak boleh lah nak dapat full. Buat kerja tak siap orang kata.

Kalo 1-2 careless, mungkin tak nampak sangat kesan dia dekat markah student tu. Tapi, kalo banyak, memang rasa la. Itu yang patut dapat A, dapat B. Patut lulus, dapat gagal. Mmm...

Jadi, untuk student semua, elak2 la dari 3 benda ni kalo betul nak skor subjek maths/add maths ya~~

03/07/2022

TIPS STUDY MATHS/ADD MATHS (TIPS NO.2) Part 2
==================================
OK ni sambungan cerita bab latihan maths/add maths ni.

Latihan ini perlu kerana ia mendedahkan kepada kita bentuk2 soalan yang ada. So, kita boleh lah tajamkan lagi skill menjawab soalan kita. Apa2 topik pun, basic dia sama jer. Tapi, soalan berkenaan topik tu kalau nak keluar, boleh macam2 bentuk. Kalau buat banyak latihan, banyak lah bentuk soalan yang kita jumpa. Jadi, kita tak lah terkejut sangat bila tengok soalan exam/test nanti. Dan kalau pun soalan yang keluar tu kita tak pernah jumpa bentuk dia sebelum tu, kita at least dah ada basic skill untuk berfikir macam mana nak start. Sebab kita dah biasa fikir dan asah kemahiran berfikir kita itu. Jadi, otak kita pun cepat jer nak ada idea untuk start jawab soalan tu.

Dan, latihan2 ni juga sebenarnya melatih kita untuk menulis jalan kerja dengan betul supaya kuranglah kebarangkalian markah kita ditolak time exam/test nanti. Ni serius ya~~ Ada student, bukan sebab dia tak tahu topik tu dia dapat markah rendah , tapi disebabkan cara tulis dia salah, dia kena tolak markah. Nak jawab soalan maths/add maths ni pun macam tulis karangan la. Ada pendahuluan (extract info dari soalan), isi (jalan kerja) dan penutup (final answer). Cuma beza nya kalau maths ni banyak simbol dan nombor la. Jadi, kalau kita main tulis saja yang sampai kita sendiri pon kadang2 confused. Kalau kita sendiri pon confused, agak2 pemeriksa kertas kita tu confused ke tak?

Apa pun, latihan kalau belajar maths/add maths ni memang dah jatuh hukum WAJIB dah kena buat. Kalau tak buat? OK jer la, tapi biasa susah la nak dapat A/A+ tu. Cuba la tanya mana2 student yang skor A/A+ paper maths/add maths samada dia ada ke tak buat latihan? Kalau dia jawab tak dan dapat A/A+ tu biasa dia memang genius/gifted maths atau sebenarnya dia malu nak mengaku yang dia rajin buat latihan. Kalau kita bukan jenis yang macam genius/gifted gitu, jangan down. Kita cuma perlu usaha lebih sikit. Dan usaha yang kita boleh buat antaranya ialah dengan cuba buat sendiri latihan2 yang ada.

29/06/2022

TIPS STUDY MATHS/ADD MATHS (TIPS NO.2) Part 1
==================================

Tips yang kedua ni selalu dah orang bagi. Jadi, mungkin ada yang rasa macam cliche dan membosankan. Tapi, itu lah. Ada sebab tips ni diulang2. Ia nya perlu dan selalunya menjadi.

TIPS NO. 2
-------------------
KERAP BUAT LATIHAN YANG PELBAGAI

Haha... Maths/Add Maths dengan latihan berpisah tiada.

Latihan ni sebenarnya sangat2lah diperlukan untuk kita menguji sejauh mana kefahaman kita terhadap sesuatu konsep asas tu. Kalau kita tak buat latihan, mana kita nak tau kan. Kalau kita boleh jawab soalan2 tu, kita boleh anggap kita dah faham dan dah kuasai topik tu. Tapi, kalau tak tau atau macam sangkut2 time nak jawab soalan latihan tu, tu kira petunjuk bahawasanya kita tak faham atau kita tak betul2 faham lagi la topik tu. Kita jer yang self-claim kata faham. Tapi, bila tengok latihan dan jawapan kita, kita sendiri tau la kita tak faham pon sebenarnya.

Dan, latihan ni membantu train kita jadi laju masa nak jawab exam/test tu nanti. Tekan kalkulator jadi laju, tulis laju, fikir laju. Laju2 ni penting ya masa exam. Sebab dalam exam, masa tu berharga sangat2. Dan laju2 ni supaya kita ada masa lebih untuk buat semakan balik jawapan2 dan jalan kerja kita. Kita laju sebab kita dah biasa. Tapi, laju kat sini, laju jawab dengan betul la. Sikit jer salah. Bukan semua salah. Kalau semua salah, jadi lambat balik pulak bila nak perbetul yang salah tu.

Banyak lagi nak cerita bab latihan ni. Tapi, kita sambung dalam next entry jer la InshaAllah.

To be continued....

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Taman Mewah Jaya
Alor Setar

Opening Hours

Tuesday 15:00 - 22:00
Wednesday 15:00 - 22:00
Friday 15:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 15:00 - 22:00