05/07/2022
ANAK MALAS BELAJAR / BUAT LATIHAN MATHS/ADD MATHS?
==================================
Ada ke ibu ayah yang ada masalah macam ni? Geram tengok anak relax2 tido, main game, layan kpop, layan kdrama, dan macam2 lagi aktiviti dia KECUALI study atau buat latihan maths/add maths. Lagi geram bila tau markah test/exam maths/add maths anak yang teruk.
Puan2 dan tuan2 sekalian, bawa bertenang dulu. Puan2 dan tuan2 rasa mereka betul2 malas nak belajar ke?
Berikut saya kongsikan sedikit pengalaman saya sebagai tutor/cikgu maths/add maths yang dah lama me'nutor'/mengajar 2 subjek ni berkaitan perihal pelajar dan sikap malas mereka.
Saya s**a amalkan sikap husnozon (bersangka baik) dengan pelajar2 saya. Bila saya tengok homework atau buku latihan mereka kosong tak berbuat, sedangkan kelas dah habis cover topik tu, maka saya biasanya akan bertanya kepada mereka kenapa jadi macam tu?
Jadi, masa tu macam2 la sebab yang keluar. Tapi ada 3 sebab yang glamour. Tak sempat buat, banyak sangat homework dan ada homework lain lagi. Macam sama jer kan. Semua tu, sebenarnya dia nak cakap dia BUSY la tu. Jadi, tak sempat belajar maths/add maths subjek saya ni. Haha...
Tapi, saya relax jer, tak marah2 mereka, tak sibuk2 nak check kebenaran sebab2 itu. Apa yang saya buat, biasanya saya persoal balik mereka. "Busy betul awak. Cikgu pun tak busy macam awak. Haha... Ni cakap betul2 dengan cikgu, awak ni tak buat sebab memang busy tak sempat atau awak sebenarnya tak tahu pun nak buat soalan2 tu?"
Tau tak, bila saya tanya macam ni, dalam keadaan saya relax2 dan gelak2, percayalah 95% akan mengaku yang second reason tu.
Ya, 95% pelajar yang saya jumpa, mengaku yang sebenarnya mereka tak tahu pun nak buat soalan tu. Ada sesetengah tu pulak, siap mengaku, "Sebenarnya kan cikgu, saya tak faham pon soalan tu tanya apa dan nak apa sebenarnya." Lepas tu ada banyak lagi la confession dan luahan perasaan mereka pasal hal study maths/add maths ni.
Iya, mereka BUKAN MALAS, tapi mereka sebenarnya TAK TAHU. Kesian jugak saya tengok, ada yang senang2 kena label malas sedangkan dia dah cuba nak buat. Buka buku, tengok soalan, baca soalan, cuba fahamkan soalan. Tapi, takat tu ja la. Sebab dia nak proceed jawab, dia stuck. Dia tak tahu nak mula. Sesetengah tu nak extract info dari soalan tu pon tak tahu. Last2 dia tengok soalan, soalan tengok dia. Niiiiing ja dua2. Apa pon tak dijawab. Dan akhirnya, dia tutup buku dan start buat benda lain yang last2 menampakkan dia seolah2 budak yang MALAS dan PEMALAS nak belajar. Mmm...
Untuk ibu ayah yang ada anak yang 'MALAS' macam ni, check balik dengan dia. Betul ke dia betul2 malas (sebab memang wujud pelajar yang malas ya, dan dia biasanya memang dah tak minat nak belajar dah tapi terpaksa juga pi sekolah, ambik exam/test dll) atau dia sebenarnya tak tahu?
Jika TAK TAHU ialah punca dia 'malas', elok lah puan2 dan tuan2 cari cikgu atau tutor atau sesiapa saja yang boleh bantu dia sampai dia tahu.
Sebab saya tersentuh dengan kata2 seorang student saya ni. Student ni dia tak mengaku dia malas dan dia tak mengaku dia sibuk. Tapi, bila saya tanya, "Kenapa tak buat latihan ni?" Dia kata, "Saya buat yang saya tahu saja." Dan bila saya flip buku latihan dia, topik yang dia tak faham, tak tahu, blannnnnk jer, kosong tak berbuat. Tapi, topik yang dia tahu, penuh juga bahagian tu dia buat.
So, saya memang ada pegangan yang pelajar2 ni bukannya malas sangat pon, tapi mereka sebenarnya tak tahu jer. Kalau tahu, auto 80% jadi rajin. Lagi 20% tu bergantung kepada keadaan sekeliling jugak lah. Kalau tahu juga, yang busy boleh jer jadi tak busy. Yang tak minat, boleh jer jadi minat. Dan dengan minat tu dia jadi rajin.