25/01/2023
JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA
Hanya inilah yang mampu kami ucapkan kepada para tuan puan yang mulia atas segala sumbangan yang telah tuan puan infaqkan.
Alhamdulillah pada hari khamis 19/01/202, mudir MATAM iaitu Ust Latif bersama saudara Luqman Hakim & Saiful Islam daripada Sahabat Tahfiz telah menyantuni Ustaz Asri Razak dari Pusat Rawatan Tib Bil Qulub menjalankan kewajipan bulanan kami untuk mengagihkan sumbangan daripada tuan puan yang mulia kepada 7 pusat tahfiz di sekitar Kedah.
Maahad Miftahul Hadi, Bukit Pinang
Maahad Tahfiz Al-Munir, Bukit Pinang
Mahad Tahfiz Ar-Rahman, Pokok Sena
Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Fatahiyyah, K. Nerang
Maahad Tahfiz Masohibahul, Pokok Sena
Darul Ulum Ihya Ulumuddin, Langgar
Maahad Tahfiz Darul Haj Al Mubarak, Kuala Kedah
Semoga usaha mulia tuan puan yang mulia dapat menyuburkan lagi generasi pemelihara Al Quran di Malaysia. InsyaAllah kami dari Sahabat Tahfiz akan terus berusaha bersama tuan puan yang mulia supaya program ini akan semakin subur dan mendapat sokongan yang padu dari pihak tuan puan yang mulia.
Kepada tuan puan yang belum sempat menyumbang, jangan risau.. tuan puan boleh terus ke website Sahabat Tahfiz
www.sahabattahfiz.com
09/01/2023