Sahabat Tahfiz

Sahabat Tahfiz

Share

Sahabat Tahfiz adalah salah satu Projek yang ditubuhkan khas di bawah kelolaan Maahad Tahfizul Quran.

Photos from Sahabat Tahfiz's post 25/01/2023

JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA

Hanya inilah yang mampu kami ucapkan kepada para tuan puan yang mulia atas segala sumbangan yang telah tuan puan infaqkan.

Alhamdulillah pada hari khamis 19/01/202, mudir MATAM iaitu Ust Latif bersama saudara Luqman Hakim & Saiful Islam daripada Sahabat Tahfiz telah menyantuni Ustaz Asri Razak dari Pusat Rawatan Tib Bil Qulub menjalankan kewajipan bulanan kami untuk mengagihkan sumbangan daripada tuan puan yang mulia kepada 7 pusat tahfiz di sekitar Kedah.

Maahad Miftahul Hadi, Bukit Pinang
Maahad Tahfiz Al-Munir, Bukit Pinang
Mahad Tahfiz Ar-Rahman, Pokok Sena
Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Fatahiyyah, K. Nerang
Maahad Tahfiz Masohibahul, Pokok Sena
Darul Ulum Ihya Ulumuddin, Langgar
Maahad Tahfiz Darul Haj Al Mubarak, Kuala Kedah

Semoga usaha mulia tuan puan yang mulia dapat menyuburkan lagi generasi pemelihara Al Quran di Malaysia. InsyaAllah kami dari Sahabat Tahfiz akan terus berusaha bersama tuan puan yang mulia supaya program ini akan semakin subur dan mendapat sokongan yang padu dari pihak tuan puan yang mulia.

Kepada tuan puan yang belum sempat menyumbang, jangan risau.. tuan puan boleh terus ke website Sahabat Tahfiz
www.sahabattahfiz.com

Photos from Sahabat Tahfiz's post 09/01/2023

Alhamdulillah pada 19 December 2022 yang lalu kami telah mendapat maklumat dr sahabat-sahabat tentang ada madrasah memerlukan bantuan. Kebetulan saya bersama mudir MATAM iaitu Ust Abdul Latif sedang membeli belah barangan keperluan MATAM. Tanpa berlengah, Ust Latif terus mengeluarkan dana sumbangan untuk SAHABAT TAHFIZ dan terus membeli barangan untuk kami berikan kepada mereka. Rasa sayu dan terharu apabila kami tiba di Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Hilmiah (Alor Setar & Jitra) apabila disambut oleh tenaga pengajar dan adik2 penghafaz Al-Quran yang mulia.. Bersih dan gembira muka mereka yang apabila kami datang memberikan bantuan makanan harian.. Sejuknya mata memandang muka para penghafaz dan pemelihara Al-Quran ini.. Alangkah bahagianya mereka dengan Al-Quran sebagai teman rapat.. Terima kasih kepada para penyumbang Sahabat Tahfiz yang mulia.. Semoga kita semua diberikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mendapat syafaat Al-Quran...

07/01/2023

PERNAH DENGAR PAHALA YANG TAK BERHENTI MENGALIR SEKALIPUN KITA TELAH MININGGALKAN DUNIA?

Ada satu amalan yang kalau kita buat, pahalanya akan sentiasa mengalir tanpa henti sehingga akhirat walaupun kita telah meninggal. Mesti nak tahu kan? Meh saya bagitahu.

π—•π—˜π—₯π—œπ—‘π—™π—”π—€ π—žπ—˜ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›

Ω…Ψ§ Ω†Ω‚Ψ΅Ψͺ Ψ΅Ψ―Ω‚Ψ© Ω…Ω† Ω…Ψ§Ω„ ΩˆΩ…Ψ§ Ψ²Ψ§Ψ― Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΨ¨ Ψ―Ψ§ بعفو Ψ₯Ω„Ψ§ ΨΉΨ²Ψ§

β€œHarta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”
(HR. MUSLIM, no. 2588)

Dalam Hadis Ini Allah Memberikan Jaminan Harta Seseorang Itu Tidak Akan Berkurangan Dengan Bersedekah Malahan Akan Bertambah Banyak Dan Berkat Rezekinya

Pihak Maahad Tahfizul Quran Makam Diraja Langgar (MATAM) dengan telah melancarkan satu program iaitu 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 π—§π—”π—›π—™π—œπ—­ yang mana program ini menyasarkan untuk memberikan bantuan kepada madrasah-madrasah tahfiz, para asnaf dan penduduk kawasan yang terlibat dengan bencana alam dari segi bantuan makanan, infrastruktur, pentadbiran dan sebagainya. Kami membuka peluang kepada anda untuk bersedekah dan berinfaq untuk diri sendiri atau atas nama orang tersayang yang telah pergi mendahului kita. Jom Kita Sama-Sama Salurkan Pahala Yang Tak Akan Terhenti ini.

Jika anda berminat untuk berinfaq sila comment β€œYA” di ruangan komen dan klik Butang Di BAwah

30/12/2022

30/12/2022: Berlangsung Majlis Khatam 30 Juzuk serta Bacaan Yassin dan Tahlil sebelum bermulanya tahun baru 2023.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Maahad Tahfizul Quran, Makam DiRaja Langgar
Alor Setar
06500