04/06/2026
KURSUS WAJIB PLUS: KEPIMPINAN STRATEGIK
4 Jun 2026 (Khamis)
Anjuran: Institut Koperasi Malaysia Zon Utara
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti Kursus Wajib Plus: Kepimpinan Strategik secara dalam talian.
Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kemahiran kepimpinan, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memacu kecemerlangan koperasi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Mior Shahrin bin Haji Mohd Yusop selaku tenaga pengajar dan Puan Nur Syamimi binti Othman selaku penyelaras program atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.
Semoga program seperti ini terus melahirkan pemimpin koperasi yang berwawasan, strategik dan berdaya saing.