Mazahirul Ulum Bukit Choras Kedah

Mazahirul Ulum Bukit Choras Kedah

Share

Madrasah dikawasan Bukit Choras telah tertubuh selama 20 tahun beroperasi.

13/12/2023
MadrasahMazahirulUlum on TikTok 09/12/2023

Jom follow tiktok madrasah

MadrasahMazahirulUlum on TikTok 393 Followers, 56 Following, 1791 Likes - Watch awesome short videos created by MadrasahMazahirulUlum

06/12/2023

๐—ฆ๐—˜๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง

Sayyidina Ubai bin Ka'ab ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ menceritakan, "Pada suatu hari saya telah diutus oleh Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… untuk memungut zakat. Saya telah pergi menemui seorang sahabat dan selepas menaksirkan hartanya saya mendapati dia wajib mengeluarkan seekor unta yang berumur setahun. Saya pun meminta unta itu daripada beliau maka beliau berkata, "Anak unta berumur setahun? Unta itu tidak boleh menghasilkan susu dan juga tidak boleh ditunggang." Kemudian beliau telah memberi seekor unta betina yang sangat cantik sambil berkata, "Bawalah unta ini."

Saya menjawab, "Saya tidak boleh menerima unta ini kerana saya tidak dibenarkan mengambil unta yang bagus. Pada masa ini, Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… sedang dalam perjalanan. Baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… akan singgah di suatu tempat yang berhampiran dengan tempat ini. Sekiranya kamu hendak memberi unta ini juga, maka kamu bolehlah pergi berjumpa Baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… dan tunjukkanlah kepada Baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… sendiri. Sekiranya Baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… menerima maka saya tidak akan menolak. Jika tidak, saya keberatan untuk menerima unta tersebut."

Beliau pun membawa untanya mengikuti saya pergi berjumpa Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…. Beliau berkata, "Ya Rasulullah, wakil tuan telah datang kepada saya untuk memungut zakat. Demi Allah, sehingga hari ini saya belum mendapat peluang istimewa untuk menyerahkan harta saya untuk digunakan oleh Rasul Allah atau wakilnya. Oleh sebab itu, saya telah mengemukakan semua harta saya dan beliau telah berkata bahawa daripada semua harta tersebut saya hanya wajib mengeluarkan seekor anak unta yang berumur setahun. Wahai Rasulullah, anak unta yang berumur setahun tidak memberi sebarang faedah baik dari segi penghasilan susu mahupun untuk dijadikan tunggangan. Oleh sebab itu, saya telah mencadangkan seekor unta betina yang muda tetapi beliau enggan menerima unta itu. Oleh itu, saya membawa unta betina itu dan datang sendiri berjumpa tuan."

Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda, โ€œHanya sebanyak itulah yang wajib ke atas kamu sebagaimana yang telah diberitahu. Namun, jika kamu memberi yang lebih baik dan lebih banyak maka akan diterima. Allah akan mengganjari kamu." Sahabat itu berkata, "Inilah unta itu." Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… telah mendoakan keberkatan untuknya.
"Semoga Allah memberi ganjaran terhadap pemberianmu." (HR Abu Daud)

Keterangan

Inilah keadaan pengeluaran zakat pada waktu itu. Pada hari ini, ramai yang mendakwa beragama Islam dan kasih kepada Rasulullah tetapi dalam menunaikan zakat tidaklah usah disebut untuk menambah, untuk menunaikan kadar yang wajib
pun perit untuk dilaksanakan. Golongan atasan yang mempunyai harta yang banyak jarang-jarang menyebut tentang zakat. Sementara golongan pertengahan dan yang mengaku diri mereka ahli agama pun berusaha agar segala perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk saudara mara dan perbelanjaan kerana sesuatu yang terdesak pun diniatkan sebagai pemberian zakat.

- Fadhilat Amal, Bab isar dan berbelanja di jalan Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ karya Hadrat Syakhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhalawi - MS84

https://wasap.my/601133483507/Tunai+zakat

07/11/2023

Sumbangan Kilat

25/07/2023

Sebar-sebarkan

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


MADRASAH MAZAHIRUL ULUM, Jalan Kampung Bukit Choras, Kampung Dalam Baroh, Kota Sarang Semut
Alor Setar
06800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00