06/12/2023
π¦ππ’π₯ππ‘π π¦ππππππ§ Ψ±ΨΆΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩ π πππππππππ‘ π£ππ πππ¬ππ₯ππ‘ πππππ§
Sayyidina Ubai bin Ka'ab Ψ±ΨΆΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩ menceritakan, "Pada suatu hari saya telah diutus oleh Rasulullah Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
untuk memungut zakat. Saya telah pergi menemui seorang sahabat dan selepas menaksirkan hartanya saya mendapati dia wajib mengeluarkan seekor unta yang berumur setahun. Saya pun meminta unta itu daripada beliau maka beliau berkata, "Anak unta berumur setahun? Unta itu tidak boleh menghasilkan susu dan juga tidak boleh ditunggang." Kemudian beliau telah memberi seekor unta betina yang sangat cantik sambil berkata, "Bawalah unta ini."
Saya menjawab, "Saya tidak boleh menerima unta ini kerana saya tidak dibenarkan mengambil unta yang bagus. Pada masa ini, Rasulullah Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
sedang dalam perjalanan. Baginda Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
akan singgah di suatu tempat yang berhampiran dengan tempat ini. Sekiranya kamu hendak memberi unta ini juga, maka kamu bolehlah pergi berjumpa Baginda Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
dan tunjukkanlah kepada Baginda Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
sendiri. Sekiranya Baginda Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
menerima maka saya tidak akan menolak. Jika tidak, saya keberatan untuk menerima unta tersebut."
Beliau pun membawa untanya mengikuti saya pergi berjumpa Nabi Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
. Beliau berkata, "Ya Rasulullah, wakil tuan telah datang kepada saya untuk memungut zakat. Demi Allah, sehingga hari ini saya belum mendapat peluang istimewa untuk menyerahkan harta saya untuk digunakan oleh Rasul Allah atau wakilnya. Oleh sebab itu, saya telah mengemukakan semua harta saya dan beliau telah berkata bahawa daripada semua harta tersebut saya hanya wajib mengeluarkan seekor anak unta yang berumur setahun. Wahai Rasulullah, anak unta yang berumur setahun tidak memberi sebarang faedah baik dari segi penghasilan susu mahupun untuk dijadikan tunggangan. Oleh sebab itu, saya telah mencadangkan seekor unta betina yang muda tetapi beliau enggan menerima unta itu. Oleh itu, saya membawa unta betina itu dan datang sendiri berjumpa tuan."
Rasulullah Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
bersabda, βHanya sebanyak itulah yang wajib ke atas kamu sebagaimana yang telah diberitahu. Namun, jika kamu memberi yang lebih baik dan lebih banyak maka akan diterima. Allah akan mengganjari kamu." Sahabat itu berkata, "Inilah unta itu." Rasulullah Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
telah mendoakan keberkatan untuknya.
"Semoga Allah memberi ganjaran terhadap pemberianmu." (HR Abu Daud)
Keterangan
Inilah keadaan pengeluaran zakat pada waktu itu. Pada hari ini, ramai yang mendakwa beragama Islam dan kasih kepada Rasulullah tetapi dalam menunaikan zakat tidaklah usah disebut untuk menambah, untuk menunaikan kadar yang wajib
pun perit untuk dilaksanakan. Golongan atasan yang mempunyai harta yang banyak jarang-jarang menyebut tentang zakat. Sementara golongan pertengahan dan yang mengaku diri mereka ahli agama pun berusaha agar segala perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk saudara mara dan perbelanjaan kerana sesuatu yang terdesak pun diniatkan sebagai pemberian zakat.
- Fadhilat Amal, Bab isar dan berbelanja di jalan Allah Ψ³Ψ¨ΨΨ§ΩΩ ΩΨͺΨΉΨ§ΩΩ karya Hadrat Syakhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhalawi - MS84
https://wasap.my/601133483507/Tunai+zakat