PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar

PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar

Share

SK TAMAN RAKYAT OFFICIAL - PIBG SETARA merupakan page rasmi yang menggantikan page Sk taman rakyat official.

Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 29/04/2026

ALBUM PART 2: PENUTUP OLAHRAGA SKTR 2026πŸ†

Sambungan detik-detik manis Hari Penutup Kejohanan Olahraga Kali Ke-31.

Terima kasih semua! Jumpa lagi tahun depan πŸ’ͺ

**BERSATU, BERUSAHA, BERJAYA!

Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 29/04/2026

πŸ“Έ DARI PADANG SK TAMAN RAKYAT πŸ“Έ
PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-31, 2026

Alhamdulillah, berakhir sudah tirai Kejohanan Olahraga SKTR bagi tahun 2026. Tahniah & syabas kepada semua atlet cilik, guru-guru, ibu bapa dan AJK yang menjayakan hari bersejarah ini! ❀️

Sorotan Hari Penutup - Rabu, 29 April 2026 PART 1

Terima kasih atas SEMANGAT, USAHA, DISIPLIN & CEMERLANG yang ditunjukkan semua. Anda semua juara di hati kami! πŸ†

BERSATU β˜… BERUSAHA β˜… BERJAYA

29/04/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-31

29 APRIL 2026| RABU
PADANG SK TAMAN RAKYAT

Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 27/04/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK TAMAN RAKYAT
Ke-31 | 2026

πŸ”₯ ACARA PADANG HARI KEDUA πŸ”₯
Lompat Jauh | Lompat Tinggi | Lontar Peluru

πŸ“… Tarikh: 27 April 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 7.45 pagi - 10.45 pagi
πŸ“ Tempat: Padang SK Taman Rakyat

Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 23/04/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Genta Suara Peringkat PPD Kota Setar 🎀

πŸ… Tempat Ke-4
FIRHAN KHALISH BIN NOOR HASZALI

23.4.2026 | SELASA
JKKN KEDAH

Satu pencapaian yang membanggakan! Teruskan usaha dan semoga lebih banyak kejayaan menyusul di masa hadapan πŸ’«

Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 23/04/2026

TAHNIAH & SYABAS! πŸ†

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan cemerlang yang diraih oleh:

✨ Muhammad Muadz Ar Razi (6 Sentosa)

telah dinobatkan sebagai
πŸ₯‡ Juara Keseluruhan Bawah 12 Tahun
dalam Kejohanan Memanah MSSD Kota Setar 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin tinggi serta sokongan padu daripada guru dan ibu bapa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Teruskan melakar kejayaan! πŸ’ͺ✨




Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 23/04/2026

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA SETARA
Dimaklumkan bahawa program Jom Membaca 10 Minit akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 23 April 2026
⏰ Masa: 11:00 pagi – 11:10 pagi
πŸ“ Tempat: Kelas masing-masing

Semua warga SETARA diminta untuk bersama-sama menjayakan program ini dengan meluangkan masa selama 10 minit untuk aktiviti membaca.

πŸ“Έ Guru juga dimohon untuk mengambil gambar sepanjang aktiviti berlangsung dan menghantar kepada pihak yang berkenaan untuk tujuan dokumentasi.

✨ Kerjasama semua amat dihargai dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan warga SETARA.

Sekian, terima kasih.

Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 20/04/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS ✨

Pasukan tarian β€œSekar Tari” SK Taman Rakyat telah mencipta kejayaan cemerlang dalam
Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TASEEM) Daerah Kota Setar

πŸ—“ 19 – 21 April 2026
πŸ“ Auditorium JKKN Kedah

Senarai Pencapaian:

1) Naib Johan Tarian Duo
2) Anugerah Busana Terbaik
3) Anugerah Penari Perempuan Terbaik


Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih murid-murid, bimbingan guru serta sokongan padu semua pihak.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. 🌟

Syabas dan tahniah! Teruskan mengharumkan nama sekolah! πŸ’

Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 20/04/2026

Hari 2
Program Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah Kementerian Pendidikan (MQNKSS)
Peringkat Daerah Kota Setar

πŸ—“ 20 April 2026 (Isnin)
πŸ“ Hafazan Lelaki Rendah (Sambungan) – Bilik Wawasan
πŸ“ Hafazan Perempuan Rendah (Sambungan) – Bilik Media
πŸ“ Tilawah Rendah (Akhir) – Surau Nurul Iman
πŸ“ Tilawah Menengah (Akhir) – Arena SETARA

Wakil SK Taman Rakyat, adik Muhammad Aqram bin Mohd Tarmizi turut menyertai pertandingan Hafazan Lelaki, manakala adik Nawal Khaira binti Murshid menyertai pertandingan Hafazan Perempuan.

Semoga segala usaha dan penyertaan ini membuahkan kejayaan serta menjadi pengalaman berharga dalam menyemai kecintaan terhadap Al-Quran, di samping memupuk semangat ukhuwah dalam kalangan murid.

Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 19/04/2026

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKYAT
Tuan Rumah MQNKSS Daerah Kota Setar 2026

Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat dengan penuh rasa takzim telah menjadi tuan rumah bagi Program Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah Kementerian Pendidikan (MQNKSS) Peringkat Daerah Kota Setar yang berlangsung pada:

πŸ—“ 19 April 2026 (Ahad)
πŸ“ Hafazan Lelaki Rendah – Bilik Wawasan
πŸ“ Hafazan Perempuan Rendah – Bilik Media
πŸ“ Hafazan Menengah – Surau Nurul Iman

πŸ—“ 20 April 2026 (Isnin)
πŸ“ Hafazan Lelaki Rendah (Sambungan) – Bilik Wawasan
πŸ“ Hafazan Perempuan Rendah (Sambungan) – Bilik Media
πŸ“ Tilawah Rendah (Akhir) – Surau Nurul Iman
πŸ“ Tilawah Menengah (Akhir) – Arena SETARA

Semoga program ini berjalan dengan lancar serta menjadi medan mencungkil bakat, meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran dan memupuk semangat ukhuwah dalam kalangan murid.

Photos from PIBG Setara-SK Taman Rakyat, Alor Setar's post 19/04/2026

Seluruh warga sekolah mendoakan agar urusan Teacher Rosemini yang telah selamat tiba ke Tanah Suci & Cikgu Zahanim yang akan berangkat ke Tanah Suci pada hari Selasa ini dipermudahkan.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan perjalanan, serta memperoleh haji yang mabrur.
Moga selamat pergi dan kembali dengan penuh keberkatan.🌹❀️

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


SK Taman Rakyat, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00