10/04/2022
PELAKSANAAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM SECARA BERSEMUKA DALAM KAWASAN SEKOLAH BAWAH KPM.
====================================================
📍 KPM telah membuat beberapa penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.
📍Ini termasuklah membenarkan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum yang melibatkan individu dan atau berkumpulan secara bersemuka di kawasan sekolah.
📍 KPM menegaskan bahawa semua hendaklah mematuhi garis panduan Annex Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM dan MKN.