20/05/2021
USUS BERKAIT RAPAT DENGAN KESIHATAN ⁉️
Kesihatan usus dan kesihatan seluruh tubuh adalah sangat berkait rapat.
Walaupun gangguan atau penyakit penghadaman dan pencernaan selalunya tidak membawa maut, tapi ia boleh memberi kesan serius ke atas kualiti hidup, terutamanya jika ia kerap berlaku atau berpanjangan.
Bayangkan anda menjalani kehidupan seharian dengan cirit-birit atau sembelit yang kronik! Tentunya ia boleh memberi kesan yang buruk kepada kualiti kehidupan anda!
JAGA USUS ANDA ‼️
Usus yang sihat perlu bermula dengan diet yang seimbang untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
Usus yang sihat dapat mencegah penyakit usus seperti kanser usus besar dan usus kecil, serta penyakit melibatkan iritasi pada usus (Irritable Bowel Syndrome) seperti Crohn’s Disease dan Ulcerative Colitis.
Bakteria usus terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat. Kandungan bakteria-bakteria ini perlulah seimbang untuk memastikan sistem penghadaman berjalan lancar dan menggalakkan penyerapan nutrien yang lebih berkesan.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Ketidakseimbangan Mikroflora Dalam Usus
👉Diet yang tidak sihat
👉Jangkitan
👉Penggunaan antibiotik
👉Tekanan
👉Peningkatan usia
👉Penyakit
👉Ubat-ubatan
👉Cuaca
💎Serat Larut Air (Soluble Fibre)
Ambil makanan berunsur Serat Larut Air (Soluble Fibre). Serat ini mengikat air dan membentuk jeli (gel) di dalam usus. Ia melambatkan proses penghadaman, seterusnya memberi rasa kenyang lebih lama.
Ia juga mengawal aras tekanan darah, gula dan kolesterol dalam darah. Contoh kekacang, oat, buah-buahan, mentimun, pelbagai sayuran.
💎Serat Tidak Larut (Insoluble Fibre)
Ambil makanan yang berunsur serat tidak larut air untuk mempercepat pergerakan atau kelancaran usus. Ia berfungsi mencegah sembelit. Contoh barli, beras perang, sayur-sayuran berdaun hijau.
Perlukan guide dari Jurulatih untuk Gaya Hidup Sihat? Klik link ini 👇👇👇👇👇👇👇
https://sayanakfitsihat.wasap.my/