Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI

Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI

Share

Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akedemik dan silibus al-Azhar diajar di sini.

Lokasinya di Alor Star, Kedah. Motonya ialah 'Al-Ilmu Nur'.

02/06/2026

๐ŸŒฟ AYUH BERSAMA MENYUMBANG DEMI KESELESAAN ANAK-ANAK MAKTAB MAHMUD ๐ŸŒฟ

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Maktab Mahmud Alor Setar (PIBG MMAS) dengan kerjasama pihak Pentadbiran Maktab Mahmud Alor Setar ingin mengajak para ibu bapa, alumni Maktab Mahmud, para dermawan serta seluruh masyarakat agar bersama-sama menjayakan Projek Menaik Taraf Masjid Putera Maktab Mahmud Alor Setar. ๐Ÿค

Alhamdulillah, beberapa fasa telah berjaya disempurnakan. Kini usaha diteruskan untuk Fasa 3, iaitu menaiktaraf penyaman udara dan pendawaian elektrik, demi mewujudkan suasana yang lebih selesa, kondusif dan nyaman untuk para pelajar beribadah, menuntut ilmu serta melaksanakan aktiviti kerohanian di Masjid Maktab Mahmud yang bersejarah ini ๐Ÿ•Œ

Sehingga hari ini, kos yang masih diperlukan bagi menampung baki projek ini adalah sebanyak RM 30,000.00. Ayuh bersama kita menyumbang demi keselesaan anak-anak Maktab Mahmud dan kelangsungan institusi pendidikan ini : โœจ๏ธ

๐Ÿ’ณ Sumbangan boleh disalurkan ke:
๐Ÿฆ Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
02011010012935
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Maktab Mahmud ๐Ÿข

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berterusan serta diberkati Allah SWT. ๐ŸŒน

โœจ๏ธ


๐Ÿ•Œ

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Al-Mubarak 1447H kepada seluruh warga Maktab Mahmud, para guru, kakitangan, pelajar, ibu bapa, alumni serta seluruh umat Islam di mana jua anda berada. โญ๏ธ๐ŸŒ™

Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang dihayati pada Aidiladha ini akan mendidik jiwa kita untuk terus memperkukuh keimanan, keikhlasan serta kesatuan dalam mendidik generasi ummah yang cemerlang. ๐ŸŒŽ
โ€œูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุฃู‚ุฑุจโ€
Semoga kita sentiasa dekat dengan rahmat dan keredaan Allah SWT. ๐Ÿ•Œ

โœจ๏ธ
๐Ÿ

26/05/2026

Berita Liputan Majlis Idul Ilmi Maktab Mahmud Alor Setar dari Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA.

Dengan pencapaian Gred Purata Sekolah 2.29 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, ianya adalah suatu pencapaian yang membanggakan para pelajar, guru dan waris memandangkan bilangan calon yang ramai dan aliran yang pelbagai yang ditawarkan di MMAS demi masa depan pendidikan anak-anak maahadi.

Syabas buat semua pelajar, guru, waris dan ibu bapa pelajar yang bertungkus lumus untuk melihat kejayaan anak-anak MMAS. Moga MMAS terus cemerlang berkat keikhlasan para pendidiknya.

Link dan pautan dari video TT : ๐Ÿ‘‡๐Ÿ“ฝ
https://vt.tiktok.com/ZSxQy7Aj5/

Photos from Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI's post 26/05/2026

KEJOHANAN SUKAN PRA U MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR โœจ๏ธ๐Ÿ”ฐ

Kejohanan Sukan PRA-U STAM 2026 Maktab Mahmud Alor Setar telah berlangsung pada 17 dan 19 Mei 2026 dengan jayanya melibatkan penyertaan para pelajar Pra Universiti STAM MMAS. Program ini diadakan di beberapa lokasi utama sekitar Alor Setar iaitu Aman Bowl di Aman Central, Dewan Kedah India Association (KIA) dan Gelanggang Futsal Lorong Seri.๐Ÿ†

Bagi kategori pelajar putera, acara yang dipertandingkan ialah boling dan futsal, manakala bagi pelajar puteri p**a melibatkan acara boling dan badminton. Kejohanan ini berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh semangat kesukanan dengan penyertaan aktif dari para pelajar.โšฝ๏ธ

Penganjuran kejohanan dari Unit Kurikulum Tingkatan Enam ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan pelajar di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama sesama mereka. Selain itu, program ini juga bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan serta membina semangat daya saing yang sihat, disiplin diri dan kepimpinan.๐Ÿธ

Secara keseluruhannya, Kejohanan Sukan PRA-U 2026 berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan kokurikulum. ๐ŸŽณ

โœจ๏ธ




Photos from Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI's post 25/05/2026

KEM REMAJAKU SEJAHTERA 3.0 โœจ

Tempat : Kompleks Angkatan Pertahanan Awam (APM), Alor Setar
Tarikh : 23 & 24 Mei 2026

Alhamdulillah , seramai lapan orang pelajar Maktab Mahmud Alor Setar telah diberi kepercayaan untuk menjadi fasilitator dalam Kem Remajaku Sejahtera anjuran Sekretariat Pembangunan Insan Kedah (S**K )

Fasilitator Lelaki :
1. Faiz Iqbal bin Mohd. Fikri
2. โ Muhammad Amrullah bin Azhari
3. โ Muhammad Nasrullah bin Mohd. Nabil

Fasilitator Perempuan :

1. Nur Aqilah Izzati binti Mohd Fikri
2. Nur Zulaikha Balqis binti Muhammad
3. Nursyifak binti Salakhuddin
4. Maryam Fasihah binti Mohamad Hayazi
5. Nurul Auni binti Azizi

Program ini melibatkan peserta berumur 13 hingga 16 tahun bertujuan membentuk keperibadian peserta yang unggul menepati konsep 'Ahsanu Taqwim' ๐Ÿ’ซ

Sepanjang dua hari pelaksanaan program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti tadabbur alam, explorace, night walk, serta sesi motivasi.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua barisan fasilitator atas semangat serta komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini

Semoga pengalaman ini menjadi medan latihan kepimpinan dan dakwah yang bermanfaat buat semua. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

โœจ๏ธ




Photos from Maktab Mahmud Yan Official - MMYN's post 25/05/2026

Terima kasih diucapkan kepada Maktab Mahmud Yan kerana sudi menjemput anakanda Uwais bin Yusuf, pelajar cemerlang Maktab Mahmud Alor Setar dan Negeri Kedah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Uwais bin Yusuf yang mencatat keputusan 11A+ meraih Anugerah Sanjungan Ilmu anjuran Kerajaan Negeri Kedah dan Jaizah Tan Sri Dato' Paduka Syeikh Abdul Majid Mohd Noor untuk Pelajar Terbaik Aliran Dini Ikhtisas Ekonomi dalam Majlis Idul Ilmi Maktab Mahmud Alor Setar.

Sekarang, anakanda Uwais masih setia bersama Maktab Mahmud Alor Setar untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Syahadah Nihaiyyah Maktab Mahmud dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir.

Selamat Maju Jaya diucapkan buat Uwais dan semua anak-anak Maktab Mahmud Yan dan semoga diberkati Allah hendaknya. Amiin.. ๐Ÿคฒ๐ŸŒŽ

Mobile uploads 23/05/2026

Al-Fadhil Ustaz Md Syawal bin Abd Razak, Guru Maktab Mahmud Alor Setar, merangkap Imam dan Khatib Masjid As-Salam Tambak Bunga Kuala Kedah mengimami Solat Fardhu Jumaat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darulaman berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Salam tersebut.

Turut bersama menunaikan Solat Jumaat bersama Tuanku Sultan adalah YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Samahah M***i Kedah, Dato' Paduka Syeikh Fadzil bin Hj Awang serta tetamu-tetamu kehormat yang lain. โœจ๏ธ๐Ÿ•Œ

Photos from Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI's post 23/05/2026

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN MAKTAB MAHMUD (KESUMAM) KALI KE-21 TAHUN 2026โœจ๐Ÿ’ช

Kejohanan Sukan Maktab Mahmud Kali Ke-21 (KESUMAM) 2026, telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Radhi bin Mat Din, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan) ๐Ÿ”ฐ.

Alhamdulillah, MMAS telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESUMAM 2026 dengan pencapaian 7 pingat emas dan 1 gangsa. Pencapaian paling bersejarah dan terbaik sepanjang kejohanan yang bermula semenjak edisi kejohanan 21 tahun yang lalu.

Acara yang memenangi pingat emas adalah : ๐Ÿฅ‡
โšฝ Bola Sepak
๐Ÿงถ Sepak Takraw
๐Ÿ Bola Tampar Lelaki
๐Ÿ Bola Tampar Perempuan
๐Ÿธ Badminton Lelaki (Perseorangan)
๐Ÿธ Badminton Perempuan (Beregu)
๐Ÿ“ Ping Pong Perempuan (Beregu)

Acara yang memenangi pingat gangsa adalah : ๐Ÿฅ‰
๐Ÿธ Badminton Perempuan (Perseorangan)

Lebih manis, kontinjen MMAS turut diumumkan sebagai Johan bagi acara : ๐ŸŽ–
๐Ÿ† Perarakan Kontinjen๐Ÿฅ‡

Tahniah dan syabas kepada semua atlet dan peserta, guru pembimbing, jurulatih, pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa waris yang turut menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga kejayaan dapat dikekalkan pada tahun berikutnya.๐Ÿ’ช




Photos from Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI's post 23/05/2026

ACARA KEMUNCAK KEJOHANAN SUKAN MAKTAB MAHMUD (KESUMAM) TAHUN 2026 PERINGKAT ANTARA ZONโœจ

Pada 20 Mei 2026 yang lalu telah berlangsung acara kemuncak akhir pertandingan peringkat antara zon KESUMAM. Maktab Mahmud Alor Setar mempunyai wakil bagi acara berikut :

๐ŸงถSepak Takraw
โšฝBola Sepak
๐ŸธBadminton (L) & (P)
๐ŸBola Tampar (L) & (P)
๐Ÿ“Ping Pong (L) & (P)

Pertandingan telah berlangsung di beberapa venue sekitar Alor Setar.




Photos from Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI's post 22/05/2026

SEKITAR AKSI ACARA SEPAK TAKRAW PADA KEJOHANAN SUKAN MAKTAB MAHMUD (KESUMAM) 2026 YANG BERLANGSUNG DI DEWAN DATO' SYED OMAR PADA 20 MEI 2026โœจ

Alhamdulillah regu Maktab Mahmud Alor Setar berjaya merangkul tempat pertama!!๐Ÿฅ‡๐Ÿ†

Tahniah dan syabas!!




Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Persiaran Sultan Abdul Hamid
Alor Setar
05050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00