Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI

Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akedemik dan silibus al-Azhar diajar di sini.

Lokasinya di Alor Star, Kedah. Motonya ialah 'Al-Ilmu Nur'.

โœจ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KHAT MMAS KE GALERI KHAT LAGUNAโœ’๏ธ๐Ÿ–Š๏ธAlhamdulillah, pada 15 Ogos 2026, Kelab Khat Maktab Ma...
17/08/2026

โœจ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KHAT MMAS KE GALERI KHAT LAGUNAโœ’๏ธ๐Ÿ–Š๏ธ

Alhamdulillah, pada 15 Ogos 2026, Kelab Khat Maktab Mahmud Alor Setar telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Galeri Khat Laguna yang pastinya memberikan pengalaman dan ilmu yang sangat bermakna kepada para ahli kelab.

Program ini disertai oleh 40 orang ahli Kelab Khat bersama 4 orang guru pengiring. Para peserta berpeluang menimba ilmu dan melihat dengan lebih dekat hasil seni khat, di samping mendapatkan pendedahan secara langsung daripada jurulatih Khat terkemuka Negeri Kedah, Ustaz Zuhud Ulya.

๐Ÿ–‹๏ธ Bengkel Menulis Khat Thuluth turut diadakan bersama Ustaz Zuhud Ulya, memberikan peluang kepada para peserta mempelajari teknik dan asas penulisan Khat Thuluth secara praktikal.

Semoga lawatan dan bengkel ini dapat menyemarakkan lagi minat serta kecintaan para pelajar terhadap seni khat dan warisan kesenian Islam, seterusnya melahirkan generasi yang menghargai dan mampu meneruskan seni khat pada masa akan datang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. ๐ŸŒน








๐Ÿ† KEJOHANAN SILAT SENI DAN OLAHRAGA PIALA PENGETUA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR EDISI 1/2026โœจ๐ŸŽ–๏ธ๐Ÿ—“๏ธ14 Ogos 2026 (Jumaat)๐Ÿ“ Dewa...
17/08/2026

๐Ÿ† KEJOHANAN SILAT SENI DAN OLAHRAGA PIALA PENGETUA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR EDISI 1/2026โœจ๐ŸŽ–๏ธ

๐Ÿ—“๏ธ14 Ogos 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Dewan Sultan Badlishah, Maktab Mahmud Alor Setar

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pesilat putera dan puteri Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS) atas kejayaan membanggakan dalam Kejohanan Silat Seni dan Olahraga Piala Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar Edisi 1/2026.

Kejohanan ini menghimpunkan penyertaan daripada Maktab Mahmud seluruh Negeri Kedah dalam pertandingan silat seni dan olahraga.

๐Ÿ”นKeputusan pertandingan :

๐Ÿฅ‡ JUARA KESELURUHAN PUTERA
๐Ÿ† Maktab Mahmud Alor Setar โ€“ Team A

๐Ÿฅ‡ JUARA KESELURUHAN PUTERI
๐Ÿ† Maktab Mahmud Alor Setar โ€“ Team B

Tahniah kepada semua pesilat, jurulatih, guru pengiring atas komitmen, semangat juang serta usaha yang telah dicurahkan. Kejayaan ini membuktikan bahawa kecemerlangan dalam bidang sukan dan seni bela diri mampu berjalan seiring dengan kecemerlangan pendidikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ
Syabas dan tahniah, wira dan wirawati MMAS! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘






โœจ KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2 โœจ๐Ÿ“ Tempat: Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai๐Ÿ“… Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“...
15/08/2026

โœจ KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2 โœจ

๐Ÿ“ Tempat: Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai
๐Ÿ“… Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.30 petang

Alhamdulillah, seramai 30 orang pelajar Maktab Mahmud Alor Setar telah diberi kesempatan untuk menyumbang bakti sebagai fasilitator dalam Kem Bestari Solat Tahap 2 anjuran Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Fasilitator Lelaki:
1. Ahmad Amsyar bin Ishak
2. Ahmad Ziyadurrizq bin Muhammad Fariq
3. Faiz Iqbal bin Mohd. Fikri
4. Megat Ahmad Nizar Akmal bin Megat Ahmad Farid
5. Muhammad Adam bin Shahrun Fadzila
6. Muhammad Afi bin Azmi
7. Muhammad Afif bin Rusli
8. Muhammad Amrullah bin Azhari
9. Muhammad Arif Aqil bin Mohd. Sayuti
10. Muhammad Faiq Hussaini bin Fadzil
11. Muhammad Hasnan bin Nashasrudin
12. Muhammad Ihsan bin Tajudin
13. Muhammad Nur Misri bin Mohd. Mazli
14. Uwais bin Yusuf
15. Zaidulmunir bin Zahari

Fasilitator Perempuan:
1. Nur Zulaikha Balqis binti Muhammad
2. Ain Insyirah binti Roslandi
3. Nur Haafizhah Humairaaโ€™ binti Ahmad Firdaus
4. Aisha Soraya Ashraf binti Ahmad Sukaidi
5. Nur Aqilah Izzati binti Mohd Fikri
6. Nur Ainin Sofiya binti Mohd Salahuddin
7. Nursyifak binti Salakhuddin
8. Ainul Zahraโ€™ bt Shaharul Anuar
9. Nur Alia bt Ahmad Ariff
10. Nur Zulfa Husna binti Zulhakimin
11. Nur Auni Maisarah binti Farizal
12. Nurdamia Qaisara binti Mohd Al-Hafiz
13. Nur Widad binti Ilyas
14. Siti Umairah binti Mohammad Qadri
15. Fadhilatunnur binti Muhammad Nazri

Program ini melibatkan murid berusia 10 hingga 12 tahun dengan bermatlamat untuk membentuk generasi yang berilmu, berdisiplin serta memiliki keperibadian unggul bertepatan dengan konsep โ€˜Ahsanu Taqwimโ€™ ๐Ÿ’ซ

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian yang menarik dan bermanfaat, merangkumi teori dan praktikal wuduk, bacaan-bacaan dalam solat serta amali solat. Pendekatan secara teori dan praktikal ini diharapkan dapat membantu peserta memahami serta menghayati kepentingan dan kewajipan solat dalam kehidupan seorang muslim. ๐Ÿ•Œ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh barisan fasilitator atas kesungguhan, kerjasama dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menjayakan program ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak Pentadbir SKJP atas jemputan serta kepercayaan yang diberi kepada pelajar-pelajar Maktab Mahmud Alor Setar saban tahun. โœจ๏ธ๐Ÿค

Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi amal jariah, manakala setiap pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan dalam membina jati diri, kemahiran kepimpinan serta semangat dakwah dalam diri para fasilitator. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Terus melangkah, terus berbakti, terus menyinari dengan ilmu. ๐ŸŒŸ

โœจ




TAHNIAH & SYABAS! GOLD MEDAL iCompEx 2026 ๐Ÿฅ‡๐Ÿ†๐Ÿ—“๏ธ 11 โ€“ 13 Ogos 2026๐Ÿ“ Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam ShahSetinggi-ti...
13/08/2026

TAHNIAH & SYABAS!
GOLD MEDAL iCompEx 2026 ๐Ÿฅ‡๐Ÿ†

๐Ÿ—“๏ธ 11 โ€“ 13 Ogos 2026
๐Ÿ“ Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan inovasi Bahasa Arab MMAS atas kejayaan meraih PINGAT EMAS (GOLD MEDAL) dalam iCompEx 2026 โ€“ International Innovation and Invention Competition Through Exhibition.

โœจ Projek Inovasi:
โ€œEnhancing Arabic Language ArabPlus 2.0โ€
bagi kategori Class H : Teaching and Learning

๐Ÿ‘ฅ Pasukan Inovasi:
โ€ข Yusliza binti Abd Rahman (Guru Pembimbing)
โ€ข Muhammad Al-Fateh bin Mohamad Fauzi
โ€ข Ahmad Fahmi bin Mohamad Faizul
โ€ข Muhammad Khalish Rayyan bin Shaharudin
โ€ข Putra Nor Zahrin Rizqin bin Mohd Norzuzafre
โ€ข Amal Nur Adha bin Basharudin

Kejayaan ini datang berdasarkan daripada komitmen, kreativiti dan kesungguhan dalam menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
Semoga kejayaan meraih Pingat Emas ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta inovasi yang lebih hebat pada masa akan datang. ๐ŸŒŸ

Tahniah sekali lagi! Anda semua memang terbaik! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘




.0

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽWarga Maktab Mahmud Alor Setar merakamkan ucapan takziah kepada Puan Nor Asma...
13/08/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Warga Maktab Mahmud Alor Setar merakamkan ucapan takziah kepada Puan Nor Asmani binti Ahmad, Pembantu Tadbir Maktab Mahmud Alor Setar, serta seluruh ahli keluarga atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Mohd Khairil bin Jamaludin, yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Ogos 2026.

Dalam suasana dukacita ini, terdapat khabar yang menjadi inspirasi dan suatu yang membanggakan apabila Allahyarham menjadi penderma organ selepas kematiannya. Sumbangan yang amat bermakna ini merupakan satu bentuk kasih sayang dan pengorbanan yang berpotensi memberikan harapan serta peluang kehidupan baharu kepada insan yang memerlukan.

Proses pendermaan organ Allahyarham telah dilaksanakan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Semoga segala amal kebajikan dan kebaikan Allahyarham diterima oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya serta ditempatkan bersama golongan yang beriman dan soleh.

Semoga Puan Nor Asmani dan seluruh keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

๐Ÿคฒ Al-Fatihah.

๐Ÿ“ข PROGRAM KESEDARAN SEKSUAL 2026โœจAlhamdulillah, telah berlangsung Program Kesedaran Seksual anjuran Unit Bimbingan dan K...
12/08/2026

๐Ÿ“ข PROGRAM KESEDARAN SEKSUAL 2026โœจ

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kesedaran Seksual anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Mahmud Alor Setar.
Program yang berlangsung pada 12 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Sultan Badlishah ini melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.

๐ŸŽฏ Fokus program:
โœ… Memahami batasan diri dan orang lain
โœ… Membina harga diri dan keyakinan
โœ… Mengenal ancaman serta cara melindungi diri
โœ… Membentuk remaja yang berakhlak dan bertanggungjawab

Program membawakan perkongsian oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang membawa mesej penting:

โ€œIlmu Penjaga Diri, Akhlak Pembina Martabat.โ€

Semoga program ini dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada para pelajar agar sentiasa bijak menjaga diri, menghormati batasan serta membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian. ๐ŸŒฑ

๐Ÿ’™ Bijak Diri, Hormati Batas








๐ŸŒŸ PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK STAM 2026Program Peningkatan Prestasi Akademik bagi Peperiksaan Sijil Tinggi Aga...
08/08/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK STAM 2026

Program Peningkatan Prestasi Akademik bagi Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026 telah dilaksanakan di Asrama Darul Hana sebagai salah satu usaha meningkatkan pencapaian akademik dan persediaan calon STAM 2026.

Program yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Pra Universiti ini mengangkat tema โ€œUsaha, Doa, Tawakkal, Mumtazโ€, selaras dengan hasrat melahirkan calon STAM yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, bahkan memiliki kesungguhan, disiplin dan pergantungan kepada Allah SWT.

Program telah dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu:

๐Ÿ“š Sesi Pertama: 23, 24 & 25 Julai 2026
๐Ÿ“š Sesi Kedua: 30 & 31 Julai serta 1 Ogos 2026
๐Ÿ“ Tempat: Asrama Darul Hana
๐ŸŽฏ Sasaran: Calon STAM Puteri 2026

Sepanjang program berlangsung, para pelajar diberikan bimbingan, pengukuhan akademik, motivasi serta panduan persediaan menghadapi peperiksaan dari kakak-kakak fasilitator Muallimat Muda. Suasana pembelajaran yang terancang dan berfokus diharapkan dapat membantu para pelajar meningkatkan penguasaan ilmu dan tips peperiksaan, keyakinan diri dan kesiapsiagaan menghadapi peperiksaan STAM.

๐ŸŒท Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para fasilitator pembimbing "Muallimat Muda" yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam membimbing serta memberikan sokongan kepada para pelajar sepanjang program berlangsung. Mereka ialah :

๐ŸŒธ Wan Nur Tayyibah binti Wan Mohd Junid
๐ŸŒธ Nas Amira binti Nasir
๐ŸŒธ Ulya Salima binti Mokhtar
๐ŸŒธ Shakira binti Amzari
๐ŸŒธ Nurul Amani binti Ahmad Hasbullah

Semoga segala usaha, khidmat bakti dan keikhlasan para fasilitator dalam mendidik serta membimbing anak-anak STAM ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Semoga usaha bersama ini menjadi asbab lahirnya generasi STAM yang cemerlang, berilmu, berakhlak dan mencapai keputusan Mumtaz STAM 2026. ๐ŸŒŸ๐Ÿ“š๐Ÿคฒ

โœจ๏ธ




CHAMPION L18 MASTERS MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KEDAH (MSSK) ๐ŸŽณTahniah Wazif atas pencapaian yang membanggakan s...
08/08/2026

CHAMPION L18 MASTERS MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KEDAH (MSSK) ๐ŸŽณ

Tahniah Wazif atas pencapaian yang membanggakan seluruh warga maahad. Johan L18 Masters Event, tapi secara keseluruhan berada di kedudukan ranking ke-6. Walaupun tidak akan bersama dengan rakan-rakan lain pada peringkat MSSM 2026 di Melaka nanti, didoakan moga Wazif dikurniakan rezeki untuk berada peringkat yang sama pada tahun hadapan dan juga kejohanan-kejohanan yang lain nanti.

Pencapaian Wazif pada peringkat MSSK. ๐Ÿ”ฐ
๐ŸŽณ L18 MASTERS - ๐Ÿฅ‡Emas
๐ŸŽณ L18 DOUBLE - ๐Ÿ…Ke-4
๐ŸŽณ L18 SINGLE - ๐Ÿ…Ke-7

Dari pautan : ๐Ÿ”—๐Ÿ“ธ
https://www.facebook.com/share/p/1GCPvS4xYN/

โœจ๏ธ


WACANA ILMIAH ASRAMA PUTERA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR โœจ๏ธSegala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana den...
08/08/2026

WACANA ILMIAH ASRAMA PUTERA MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR โœจ๏ธ

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya telah berlangsungnya Wacana Ilmiah bertajuk "ุฃู‡ู…ูŠุฉ ุงู„ู„ุบุฉ ุงู„ุนุฑุจูŠุฉ ููŠ ุญูŠุงุฉ ุงู„ุฅู†ุณุงู†" (Kepentingan Bahasa Arab dalam Kehidupan Insan) yang telah disampaikan oleh Dr. Kacem Idrissi. Program ini telah diadakan pada 31 Julai 2026 (Jumaat), bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar, Maktab Mahmud Alor Setar. ๐Ÿ•Œ

Program ini juga telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan memberi manfaat ilmu kepada para pelajar di samping mengeratkan hubungan ukhuwah sesama muslim. Semoga usaha murni seperti ini terus dilaksanakan demi menyemarakkan budaya ilmu dalam masyarakat. ๐Ÿ“•

โœจ๏ธ

Address

Persiaran Sultan Abdul Hamid
Alor Setar
05050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047726482

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI:

Shortcuts

Share

Category