02/05/2026
13 Zulkaedah 1447H / 1 Mei 2026
Alhamdulillah pada pagi Jumaat hari ini, seorang anak MNI kita berjaya khatam 30 juzuk Al-Qur'an iaitu *Muhammad Firas Kamal Bin Abdul Rahim*
Pihak Madrasah Nurul ilmi mengucapkan syabas dan tahniah buat pelajar atas pencapaian ini. Doa kami agar Firas terus berazam untuk syahadah dan istiqomah dalam mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Ustaz Faris dan guru-guru MNI atas bimbingan beliau, mendidik Firas dan para pelajar kita sehingga berjaya.
_________________________
Ya Allah, ya Tuhanku, Rahmatilah kami dengan al-Quran dan jadikanlah al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ya Tuhan kami, ingatkanlah apa yang kami terlupa daripada ayat-ayat al-Quran. Ajarkanlah kami daripada al-Quran apa yang belum kami ketahui. Berikanlan kami kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikalah al-Quran itu hujah bagiku (untuk menyelamatkan kami di akhirat) wahai Tuhan Sekalian Alam. 🤲