11/05/2026
Dunia teknologi bergerak pantas, tapi adakah kita menggunakannya dengan bijak atau sekadar ikut-ikutan (FOMO)? Jom sertai sesi perkongsian ilmu untuk mendalami cara penggunaan AI yang selamat dan efektif!
📅 Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
👥 Penyertaan: Terbuka kepada semua Ahli NADI
Jangan lepaskan peluang ini untuk jadi pengguna AI yang lebih "smart" dan selamat. Jumpa di sana!
09/05/2026
🇲🇾UNDI UNTUK MALAYSIA: WSIS PRIZES 2026! 🏆
Kami berbangga untuk berkongsi bahawa Kempen Internet Selamat, yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), telah disenarai pendek untuk World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2026 yang berprestij!
Apakah Kempen Internet Selamat?
Kempen Internet Selamat ialah satu inisiatif kesedaran keselamatan dalam talian peringkat nasional yang bertujuan untuk mendidik rakyat mengenai penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab. Kempen ini memberi tumpuan kepada isu‑isu utama seperti penipuan dalam talian, buli siber, maklumat palsu, perlindungan privasi dan kesejahteraan digital, yang dilaksanakan melalui program advokasi di seluruh negara, libat urus komuniti, program di sekolah serta kerjasama pelbagai agensi.
Kami memerlukan SOKONGAN ANDA untuk membawa agenda keselamatan dalam talian Malaysia ke peringkat global! 💪🇲🇾
🗳️ CARA MENGUNDI (Langkah demi Langkah):
1️⃣ Layari laman web rasmi pengundian WSIS Prizes .
2️⃣ Pengguna baharu perlu mendaftar akaun baharu (penggunaan emel peribadi adalah digalakkan).
3️⃣ Pengguna sedia ada boleh log masuk menggunakan kelayakan WSIS masing‑masing.
4️⃣ Pengguna baharu perlu mengaktifkan akaun melalui emel pengesahan.
5️⃣ Pergi ke borang pengundian dan cari kategori:
👉 AL C10 – Ethical dimensions of the Information Society
6️⃣ Cari 👉👉 Kempen Internet Selamat (An Internet Safety Campaign) dan klik “Vote For This Project” ✅
⚠️ PENTING:
* Anda perlu mengundi bagi semua kategori untuk memastikan undian anda dikira.
* Sila semak undian anda di bahagian “My Votes” dan pastikan status memaparkan “Voting Complete” ✅
⏰ TARIKH AKHIR:
📅 13 Mei 2026 (11 malam)
Setiap undi amat bermakna. Ayuh kita menonjolkan komitmen Malaysia terhadap persekitaran digital yang lebih selamat dan meletakkan usaha keselamatan dalam talian negara kita di pentas dunia! 🌏✨
👉 Klik di sini untuk mengundi sekarang:
https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/Prizes/2026/Nominated?jts=DP37XT&idx=17&page=17
07/05/2026
Setiap jejak digital bermula dengan satu langkah kecil.
Apa yang dikongsi hari ini, boleh kekal lama dan bukan semua kesannya mudah difahami pada usia muda.
Untuk yang masih bawah 16 tahun, dunia media sosial bukan sekadar hiburan… tetapi satu perjalanan yang perlukan bimbingan.
👨👩👧👦 Bimbing sebelum mereka melangkah.
07/05/2026
Sebelum membeli barangan online, pastikan anda lebih berhati-hati 🛒
Ikuti tip yang betul bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan 💡
05/05/2026
🔐 Akaun bank selamat, hidup pun tenang!
Pernah terfikir bagaimana akaun bank boleh diceroboh tanpa kita sedar? Jangan tunggu jadi mangsa! Sertai webinar ini untuk fahami taktik scammer dan cara lindungi diri anda di dunia digital.
📅 07 Mei 2026
⏰ 3.00 PM – 4.30 PM
💻 LMS Cybersecurity
Terbuka kepada belia, ibu bapa & dewasa.
Pastikan anda berdaftar sebagai ahli NADI dan mempunyai akaun LMS Cybersecurity.
💡 Ilmu hari ini, perlindungan untuk masa depan. Jangan lepaskan peluang!
05/05/2026
E-NEWSLETTER CYBERSECURITY MAY 2026