Sekolah Kebangsaan Kemuning, Melaka

Sekolah Kebangsaan Kemuning, Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Kemuning, Melaka, Education Website, sekolah kebangsaan kemuning, kampung kemuning, Melaka, Alor Gajah.

Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sekolah BITARA SEJARAH
Sekolah BITARA CATUR
Sekolah BITARA KESENIAN
Tahun 2023 : 66 orang murid
Tahun 2024 : 75 orang murid
Tahun 2025 : 82 orang murid
Tahun 2026 : 88 orang murid*

12/08/2026

PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KEMUNING 2026

🇲🇾✨ PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KEMUNING✨🇲🇾“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”🇲🇾Ta...
12/08/2026

🇲🇾✨ PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KEMUNING✨🇲🇾

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”🇲🇾

Tanggal 10 Ogos 2026, Sekolah Kebangsaan Kemuning telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah serta menyemai rasa cinta, bangga dan setia kepada tanah air tercinta. ❤️🤍💙💛

Pelbagai aktiviti menarik bakal mewarnai sambutan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid-murid, di samping menghayati erti kemerdekaan dan menghargai jasa para pejuang negara.

Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk melahirkan generasi yang berjiwa merdeka, bersemangat patriotik dan sentiasa menghargai keamanan serta keharmonian negara.

🎉 Selamat menyambut Bulan Kebangsaan!
🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾






🏕️ PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT DAERAH🏕️📍 Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah📅 7 – 9 Ogos 2026Alhamdulillah, seramai 13 o...
12/08/2026

🏕️ PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT DAERAH🏕️
📍 Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah
📅 7 – 9 Ogos 2026

Alhamdulillah, seramai 13 orang peserta daripada Sekolah Kebangsaan Kemuning telah menyertai Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026 di Sekolah Melaka Pindah.

Perkhemahan ini memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pelbagai pengalaman, membina keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama serta mengasah kemahiran kepimpinan dalam suasana perkhemahan yang penuh mencabar dan menyeronokkan. 🏕️🔥🌿

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua 13 orang peserta SK Kemuning atas semangat, komitmen dan kerjasama yang telah ditunjukkan sepanjang program. 👏🏻✨

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada guru-guru pembimbing dan pengiring yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan dan perhatian kepada para peserta.

Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang perkhemahan ini menjadi kenangan bermakna serta membentuk anak-anak Pengakap SK Kemuning menjadi insan yang lebih berdisiplin, berdikari, berani dan bertanggungjawab. 💪🏻🌟

Pengakap SK Kemuning — Berkhidmat! ⚜️







🏅 HARI SUKAN SK KEMUNING KALI KE-49 TAHUN 2026 🏅Alhamdulillah, Hari Sukan SK Kemuning Kali Ke-49 Tahun 2026 telah berlan...
29/07/2026

🏅 HARI SUKAN SK KEMUNING KALI KE-49 TAHUN 2026 🏅

Alhamdulillah, Hari Sukan SK Kemuning Kali Ke-49 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat, disiplin dan semangat kesukanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan guru, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, PIBG, Para penyumbang, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga Hari Sukan ini menjadi platform untuk melahirkan murid yang cergas, berdaya saing, berdisiplin serta mengamalkan semangat kesukanan dalam kehidupan seharian.

"Sukan Menyatukan Kita, Semangat Membina Generasi Cemerlang."

Esok adalah masa yang ditunggu-tunggu bagi kejohanan sukan sekolah Kebangsaan Kemuning Kali ke - 49 bagi tahun 2026
24/07/2026

Esok adalah masa yang ditunggu-tunggu bagi kejohanan sukan sekolah Kebangsaan Kemuning Kali ke - 49 bagi tahun 2026

Tinggal lagi 2 hari menjelang Hari sukan SK Kemuning Kali ke-49 tahun 2026
23/07/2026

Tinggal lagi 2 hari menjelang Hari sukan SK Kemuning Kali ke-49 tahun 2026

22/07/2026

Dijemput semua untuk memeriahkan lagi kejohanan sukan sekolah Kebangsaan Kemuning Kali ke - 49 tahun 2026.

22/07/2026

Tinggal 3 hari sahaja menjelang Hari Sukan sekolah SK Kemuning Kali - 49 tahun 2026

21/07/2026

Lagi 4 hari menjelang Hari Sukan tahunan SK Kemuning Kali - 49 2026. Siapakah pemenang utk kejohanan sukan Kali ini?

20/07/2026

Count down Challenge Hari Sukan SK Kemuning Kali ke - 49 tahun 2026

Address

Sekolah Kebangsaan Kemuning, Kampung Kemuning, Melaka
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6065549419

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kemuning, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share