21/03/2026
Solat sunat Aidulfitri 1447H/2026M. Alhamdulillah. Semoga diberkati Allah semua.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Madrasah Haji Hussin Taman Seri Kelemak Alor Gajah, School, Alor Gajah.
21/03/2026
Solat sunat Aidulfitri 1447H/2026M. Alhamdulillah. Semoga diberkati Allah semua.
15/03/2026
Malam 26 Ramadan 1447H. Majlis Khatam Al Quran kumpulan Tadarus MHH.
22/02/2026
Tadarus Al Quran sempena bulan Ramadan
Sabda Rasullullah SAW:
“Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (al-Qur’an) maka ia mendapat satu kebaikan. Setiap kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan: "Alif Laam Miim" satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” Riwayat at-Tirmizi.
18/02/2026
Alhamdulillah. Solat Terawih malam 1 Ramadan 1447H/2026M. Semoga diberkati Allah semua.
17/06/2024
Majlis Penyempurnaan 9 ekor lembu Ibadah Qurban Isnin/10 Zulhijjah 1445H/17hb Jun 2024. Semoga diberkati Allah. Tahniah semua rakan-rakan jemaah MHH yang telah menjayakan Majlis ini.
17/06/2024
Alhamdulillah, pelaksanaan Sholat Hari Raya Aidul Adha Isnin/10 Zulhijjah 1445H/17hb Jun 2024.
10/04/2024
Alhamdulillah 1 Syawal 1445H. Eidulfitri mubarak. Sempurna sudah puasa Ramadan. Semoga semua amal ibadah sepanjang Ramadan lepas diterima Allah. Hari ini kita rayakan Eidulfitri mubarak. Semoga diberkati Allah semua. Tahniah kepada semua rakan-rakan jemaah MHH/TMSK.
07/04/2024
27 Ramadan 1445H. Majlis Khatam Al Quran MHH dan Penyampaian Anugerah Remaja serta Anak2 Yatim telah berlangsung sempena bulan Ramadan 1445H/2024. Alhamdulillah, semoga diberkati Allah semua.
29/03/2024
Alhamdulillah, 18 Ramadan 1445H/29hb March 2024H. Ihya Ramadan Program Motivasi Anak Permata Soleh Slot ke-3 telah dapat dilangsungkan. Semoga anak-anak ini cemerlang dunia akhirat. Terima kasih kepada MRO Printing yang menyumbangkan bahan cetak slides program untuk tatapan anak-anak semua. Tahniah kepada anak-anak yang memperolehi hadiah khas anak Permata Soleh yang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Badrul Abdul Karim Pengerusi MHH.
28/03/2024
Alhamdulillah, Khamis 17 Ramadan 1445H. Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Iftar Ramadan 1445H rakan-rakan jemaah Madrasah Haji Hussin TMSK. Jazakallah kepada penyumbang juadah Iftar. Semoga Allah kurniakan pahala sedakah Ramadan kepada semua penyumbang dan Allah berkati kepada semua hadirin dan hadirat.
Rasulullah SAW bersabda:
{مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا}
Maksudnya: " Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa." (HR. Tirmidzi)
27/03/2024
Rabu 16 Ramadan 1445H. Taddarus Al Quran MHH. Hari ke-16 Juz 14 Surah An Nahli.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَمَاۤ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْـكِتٰبَ اِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَـفُوْا فِيْهِ ۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةً لِّـقَوْمٍ يُّؤْمِنُوْنَ
wa maaa angzalnaa 'alaikal-kitaaba illaa litubayyina lahumullazikhtalafuu fiihi wa hudaw wa rohmatal liqoumiy yu-minuun
"Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Qur'an kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."
(QS. An-Nahl 16: Ayat 64)
* Via Al-Qur'an Melayu https://quranmelayu.com