LATAR BELAKANG MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AR RASYIDIN
Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyidin Alor Gajah Melaka adalah sebuah pusat pendidikan tahfiz al-quran yang telah beroperasi sejak bulan Disember 2004 bermula di rumah No. 1635 Jalan bayu 2, Taman Seri Bayu 2, 78000 Alor Gajah, Melaka. Bermula dengan 9 orang pelajar sahaja, sehingga kini hampir 50 orang pelajar telah tamat dan 60 orang pelajar yang masih sedang menghafal al-quran di berbagai-bagai peringkat pencapaian. Pihak kami di atas nama Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyidin Alor Gajah Melaka (MTAAAGM) yang mengelolakan madrasah ini sedang giat berusaha bagi menyempurnakan segala keperluan asas, kesempurnaan pendidikan, motivasi dan latihan kemahiran semata-mata bagi tujuan memartabatkan Al Quran dan As Sunnah dua waris yang Rasulullah saw tinggalkan kepada kita. Dr Hj Md Shariff bin M Haniff dan keluarganya yang telah mengasaskan dan mengelolakan madrasah ini sehingga Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyidin telah dikenali ramai. Alhamdulillah pada tahun 2012 Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyidin Alor Gajah Melaka (MTAAAGM) telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan nombor pendaftaran JAIM/SAS (M004). SUKATAN PEMBELAJARAN
Secara umumnya sukatan pembelajaran adalah sama dengan sukatan pembelajaran di kebanyakan madrasah tahfiz al-quran diseluruh Malaysia iaitu pengajian dan penghafalan al-quran sepenuh masa, namun begitu pembelajaran fardhu ain tidak diabaikan bagi mengimbangi antara al-quran dan tuntutan-tuntutan lain. Di masa akan datang, MTAAAGM akan memasukkan pembelajaran akademik secara berperingkat agar pelajar MTAAAGM dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan mampu bersaing di peringkat global yang mencabar dan memerlukan pengetahuan dalam pelbagai bidang.