01/07/2021
B R E A K 7 2
Apa maksud BREAK 72 ni? π
Kebanyakan Kelab Golf di Malaysia mempunyai 18 lubang/ pusingan permainan. Setiap lubang/ pusingan akan dinamakan seperti Hole 2 - PAR 3 - 132 meter. π€¨
Ringkasannya - Hole 2 bermaksud lubang/ pusingan KEDUA, PAR 3 bermaksud golfer perlu masukkan bola ke lubang β³ dengan hanya 3 pukulan dan 132 meter bermaksud jarak di antara tempat pukulan pertama (T - Box) π ke kawasan Green (lubang).
Maklumat lain, lagi panjang padang/ pusingan bagi Hole tersebut, lagi tinggi 'PAR' yang diberikan. Ada 3 PAR yang dikenalpasti.. iaitu PAR 3, PAR 4 dan PAR 5. Padang yang pendek PAR 3.. padang yang sederhana PAR 4 dan padang yang paling panjang dikenali sebagai PAR 5. Nanti kita kongsikan details panjang padang yer...
Jadi.. setiap 18 lubang mempunyai kepanjangan yang berbeza-beza. Ada yang PAR 3, ada yang PAR 4, dan ada yang PAR 5. Kalau dicampur semua, jadilah 72. Saya bg contoh ringkas.. Hole 1 - Par 3, Hole 2 - Par 4, Hole 3 - Par 5... kalau padang golf tu ada 3 lubang sahaja.. total PAR nya adalah - 12. Ok x? faham ke faham? hehe jadi kita di Malaysia.. kebanyakkannya total PAR adalah 72.
So apa BREAK 72 ni? ni merujuk kepada score golfer. Contoh tadi, HOLE 2 - PAR 3. Kalau golfer masukkan bola pd pukulan ke-3.. dia akan dpt 0 (par). Kalau masuk pada pukul ke 4, dia akan dapat 1 mata (boogie). Kalau masuk pada pukulan ke lima akan dapat 2 mata (double boogie) dan kalau dia bagus, masuk pada pukulan ke 2 akan dapat -1 (birdie). So point2 yang dia dapat ni.. kalau dicampur semua sepanjang 18 lubang, kita kira berapa pukulan dia masukan bg setiap lubang, kalau yang hebat-hebat tu.. dapatlah dia 72 pukulan ke bawah. 71 ke, 68 ke.. 66 ke... tapi ni kategori hebat la. ππ
Kalau standard player Malaysia yang main dengan kawan2, average scorenya dalam 78 ke 90 setiap kali permainan. Beginner yang baru2 main, dia buat dalam 90 ke 110. Kalau Mike sendiri, baru belajar-belajar Break 85 π€£π€£π€£. Tapi buka MCO ni.. mau main 90-95 π€ͺ
Begitulah kisahnya.. kenapa Caddie4U.net diuruskan oleh Break72 Empire. Kami bersemangat untuk menjadi yang lebih baik. Menyediakan perkhidmatan yang lebih baik pada Kelab Golf & Golfer seluruh Malaysia. Kami ingin bantu mana-mana rakyat Malaysia yang ingin membina kerjaya bersama kami.
Welcome to the family... We β₯οΈ U.