05/06/2026
π’ HEBAHAN: DUO KARNIVAL PERTAMA DI MELAKA! π’
Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Pendidikan Murid Orang Asli Peringkat Negeri Melaka kini kembali digabungkan bersama Karnival STEM Nexus @ NECaST 2026.
Menampilkan tema "Menginspirasi Inovasi, Mencorak Masa Hadapan", karnival ini bakal menghimpunkan pelbagai pertandingan kreatif dan pameran teknologi terkini.
Butiran Program:
π
Tarikh: 30 Jun 2026 (Selasa)
π’ Lokasi: SMK Tebong, Alor Gajah, Melaka
Tarikan Menarik:
Pertandingan Pelbagai Kategori: Robotik, Saintis Muda, Tarian, Nyanyian, Amalan Terbaik & banyak lagi.
Pameran: Inovasi & Kreativiti.
Jualan: Pelbagai juadah menarik daripada Food Truck.
Ayuh warga Melaka, kita meriahkan program komuniti dan pendidikan ini! Rujuk poster image.png untuk maklumat lanjut.
Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka