SK Alor Gajah 1

SK Alor Gajah 1 SK ALOR GAJAH 1

Kejayaan Anak-Anak SK Alor Gajah 1 🏆👏Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SK Alor Gajah 1 yang telah terpilih...
23/08/2026

Kejayaan Anak-Anak SK Alor Gajah 1 🏆👏

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SK Alor Gajah 1 yang telah terpilih dan berjaya mewakili MSS Melaka dalam sukan Boling Tenpin, Bola Jaring dan Bola Sepak. 🎳🏐⚽

Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama sekolah serta negeri Melaka. 💪✨

**Anda kebanggaan SK Alor Gajah 1! ❤️**





Majlis Sejambak Kasih, Segunung BudiJumaat | 31 Julai 2026 | Balairong Freeport A’FamosaSelamat Bersara, Puan Fatimah 🌸“...
18/08/2026

Majlis Sejambak Kasih, Segunung Budi

Jumaat | 31 Julai 2026 | Balairong Freeport A’Famosa

Selamat Bersara, Puan Fatimah 🌸

“Budi yang ditabur, jasa yang dicurah, tidak akan hilang ditelan masa.”

Majlis Persaraan Puan Fatimah Binti Musim, GPK 1 menjadi satu kenangan indah buat seluruh warga sekolah. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, kepimpinan serta tunjuk ajar yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Perginya seorang pemimpin bukan bererti berakhirnya sebuah kenangan. Segala sumbangan dan bakti puan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Semoga hari-hari mendatang dipenuhi kebahagiaan, kesihatan yang baik, ketenangan dan masa yang indah bersama insan tersayang. 💐

Selamat menikmati persaraan, Puan Fatimah.
Terima kasih atas segalanya. Jasa puan tetap dikenang, selamanya. ❤️



Majlis Sejambak Kasih, Segunung BudiJumaat | 31 Julai 2026 | AGES HallSelamat Bersara, Puan Fatimah Binti Musim 🌷Setingg...
18/08/2026

Majlis Sejambak Kasih, Segunung Budi

Jumaat | 31 Julai 2026 | AGES Hall

Selamat Bersara, Puan Fatimah Binti Musim 🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Fatimah Binti Musim, GPK 1, atas segala jasa, bakti, kepimpinan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.

Segala tunjuk ajar, nasihat dan kenangan bersama warga sekolah pastinya akan terus terpahat dalam ingatan. Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada lembaran kehidupan yang lebih tenang, bahagia dan penuh bermakna. 💐

Selamat Bersara, Puan Fatimah!
Jasa dan bakti puan sentiasa dikenang. ❤️


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,HEBAHAN PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN SK ALOR GAJAH 1 2026SK Alor Gajah akan mengadakan ...
23/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

HEBAHAN PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN SK ALOR GAJAH 1 2026

SK Alor Gajah akan mengadakan Hari Keusahawanan Sekolah pada ketetapan berikut :

📅 25 Julai 2026
🕰️ 8.00 pagi - 12.30 tengahari
📍 AGES Hall

Pelbagai gerai makanan dan permainan disediakan.

Cabutan bertuah juga disediakan untuk pembeli kupon terbanyak.

Terdapat juga pameran dari pasukan PDRM, Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pemeriksaan kesihatan percuma dari KKM

MARILAH SAMA-SAMA MEMERIAHKAN HARI KEUSAHAWANAN SK ALOR GAJAH 1

SEMUA DIJEMPUT HADIR

🏆 Tahniah & Syabas! 🏆Warga SK Alor Gajah 1 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aqeel Ziyad bin Aiman Safwan atas ...
22/07/2026

🏆 Tahniah & Syabas! 🏆

Warga SK Alor Gajah 1 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aqeel Ziyad bin Aiman Safwan atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 dalam Grand Final Kejohanan Boling MSS Negeri Melaka 2026 (Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun).

Kejayaan ini sekali gus melayakkan beliau mewakili Negeri Melaka ke Kejohanan Boling Tenpin MSSM Peringkat Kebangsaan.

Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama SK Alor Gajah 1 serta Negeri Melaka.



Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Olahraga SK Alor Gajah 1 atas kejayaan meraihJUARA KESELURUH...
11/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Olahraga SK Alor Gajah 1 atas kejayaan meraih

JUARA KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD ALOR GAJAH 2026 🥇

Pencapaian: 4 EMAS 🥇 dan 2 PERAK 🥈

Emas
1. Nurinsyirah Zulfaa - lompat tinggi P12
2. Irdina Zulaiqha - lompat jauh P12
3. Nur Sumayyah - 80m lari berpagar P12
4. 4x100m P12

PERAK
1. Qiesya Nur Izzara - 80m lari berpagar
2. Firas Mikhail - 80m lari berpagar

Syabas & tahniah kepada semua atlet, jurulatih dan guru pengiring

Kejayaan milik kita semua!

26/06/2026
🏆 TAHNIAH AGES WARRIOR FC! 🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AGES WARRIOR FC, SK Alor Gajah 1 atas kejayaan ceme...
26/06/2026

🏆 TAHNIAH AGES WARRIOR FC! 🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AGES WARRIOR FC, SK Alor Gajah 1 atas kejayaan cemerlang menjuarai Kejohanan Bola Sepak MSSD Alor Gajah 2026. ⚽🥇

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin, kerja berpasukan serta usaha gigih para pemain, jurulatih dan guru-guru yang tidak pernah jemu memberikan komitmen terbaik.

Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah, AGES WARRIOR FC!
“Champions today, legends tomorrow!” 💪🔥

Warga Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 komited dalam membentuk persekitaran sekolah yang sela...
24/06/2026

Warga Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 komited dalam membentuk persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan penuh kasih sayang.

Marilah kita bersama-sama memupuk budaya hormat-menghormati, bantu-membantu dan menolak segala bentuk buli demi kesejahteraan anak-anak kita.

Kerana sekolah yang hebat bermula dengan akhlak yang baik. ❤️

KEJOHANAN BOLING SIRKIT 2MSS NEGERI MELAKA 202623 JUN 2026MIBC MELAKAKEPUTUSANAQEEL ZIYAD 5UPM (JOHAN LELAKI 12 TAHUN)DA...
24/06/2026

KEJOHANAN BOLING SIRKIT 2
MSS NEGERI MELAKA 2026
23 JUN 2026
MIBC MELAKA

KEPUTUSAN
AQEEL ZIYAD 5UPM (JOHAN LELAKI 12 TAHUN)
DAN LAYAK KE GRAND FINAL BOLING MSS MELAKA 2026

TAHNIAH DAN SYABAS..

Address

Alor Gajah, Melaka
Alor Gajah
78000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Alor Gajah 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share