PJI UITM Melaka - FB Rasmi

PJI UITM Melaka - FB Rasmi

Share

Promote Research, Grant, Innovation, Industry, Community & Alumni Linkages from UiTM Melaka

Photos from PJI UITM Melaka - FB Rasmi's post 29/04/2026

Sorotan Jelajah CEO@Faculty FGV-UiTM 2026: Melahirkan Graduan Berdaya Saing

ALOR GAJAH, 27 April 2026 - Program Jelajah CEO@Faculty (Zon Selatan) bersama FGV Holdings Berhad yang bertema “Industry Perspective: Opportunities and Challenges for New Workforce” telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM) Kampus Alor Gajah.

Program anjuran bersama ICAN, Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) serta Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam ini bertujuan merapatkan jurang antara dunia akademia dan realiti industri, sekaligus memperkukuh sinergi strategik antara kedua-dua pihak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Muhammad Hussain Ismail, Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Kerajaan. Antara pengisian utama termasuk sesi CEO@Faculty Talk yang disampaikan oleh Encik Zulkifli Othman, Pengarah Kumpulan Oils & Fats Division FGV merangkap alumni UiTM. Beliau telah berkongsi pandangan mengenai peluang dan cabaran tenaga kerja baharu dalam landskap industri semasa kepada para pelajar yang menghadiri program.

Selain itu, sesi Tips Kerjaya oleh Encik Wan Nong Khairol, Head of Group Industrial Relations (IR) turut memberi penekanan terhadap kepentingan kemahiran insaniah dan kriteria bukan akademik yang menjadi nilai tambah kepada graduan masa kini, di samping memberikan inspirasi kepada para pelajar dalam menghadapi dunia kerjaya.

Pada sesi petang, program ini turut diperkaya dengan pelaksanaan Mock Interview dan Resume Clinic yang melibatkan proses saringan serta pemurnian curriculum vitae (CV) para pelajar, di samping memberi peluang untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Seramai 12 panel daripada FGV telah terlibat secara langsung bersama pelajar yang bakal menamatkan pengajian dalam masa terdekat, dengan memberikan bimbingan serta penilaian bagi memperkukuh kualiti curriculum vitae (CV) mereka.

Seramai 200 pelajar terpilih daripada 9 fakulti di Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin telah menyertai program ini, termasuk sesi interaktif Coffee Talk bersama Encik Zulkifli Othman untuk mengasah bakat serta persediaan mental sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Turut hadir Profesor Ts. Dr. Janudin Sardi, Dekan Akademi Pengajian Bahasa, Dr. Mohd Halim bin Mahphoth, Timbalan Rektor PJI UiTMCM, Prof. Madya Dr. Mohamad Nor Afandi bin Ibrahim, Timbalan Rektor HEA UiTMCM, barisan pengurusan pentadbiran daripada FGV, APB, ICAN, UiTMCM, serta pensyarah.

Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri semasa. Penghargaan turut dizahirkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.


UiTM
UiTM
UiTM


Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi

24/04/2026

We are excited to invite both students and staff to the Jelajah CEO@Faculty featuring an invaluable industry session with FGV Holdings Berhad.

Our guest speaker will be diving into "Industry Perspective: Opportunities and Challenges for New Workforce," offering a unique look at how the professional landscape is shifting and what it means for the next generation of talent.
This event is organized in partnership with the ICAN, PJI UiTM Cawangan Melaka & Academy of Language Studies (APB).

📌 Event Details:
🗓 Date: Monday, 27 April 2026
🕗 Time: 8:30 AM – 4:30 PM
Venue: Dewan Taming Sari, Kampus Alor Gajah
🎤 Guest Speaker: En Zulkifli Othman Group Director (Oils & Fats Division), FGV Holdings Berhad.

What’s in it for you?
This program is designed to benefit everyone—from students preparing for their first roles to staff looking to align academic outcomes with current industry standards.
We encourage faculty members to attend, engage, and network with one of Malaysia’s top industry leaders. Don’t miss out on this opportunity to connect academia with the corporate world! 👍
We look forward to seeing you there! 🙌

UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM

15/04/2026
15/04/2026

Panggilan untuk Alumni ITM & UiTM Cawangan Melaka (UMAT)

Jemput datang ke Program Jaoinan Syawal Umat 2026 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 April 2026 (Sabtu)

Lokasi : Dewan Taming Sari, Kampus UiTM Alor Gajah.

Masa : 11.00 pagi hingga 4.00 petang

Yang tak berapa nak Lendurian asalkan dak-dak ITM UiTM pun jemput joint. Kita beraya sambil imbau kembali nostalgia lama

UiTM Di Hati Ku

Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Photos from Persatuan Alumni UITM Melaka- UMAT's post 08/04/2026
Photos from PJI UITM Melaka - FB Rasmi's post 18/03/2026

Salam Syawal penuh bermakna daripada seluruh warga Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (BPJI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka.

Semoga Aidilfitri yang menjelang tiba membawa sinar kebahagiaan, menyuburkan kasih sayang, mengeratkan ukhuwah, serta menghadirkan keberkatan yang berpanjangan buat seluruh muslimin dan muslimat.

Photos from PJI UITM Melaka - FB Rasmi's post 09/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah. Pada 6 Mac 2026 telah berlangsung webinar “Empowering Ethical AI Integration in Global Research” anjuran Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU) Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) dan UCAAD UiTM Cawangan Melaka.

Bengkel sesi perkongsian ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah UiTM Cawangan Melaka tentang kaedah kecerdasan buatan (AI) secara ethic yang boleh dimanfaatkan untuk menyelaraskan dan meningkatkan proses penulisan akademik serta penerbitan.

Dengan mengintegrasikan AI, para pensyarah dapat meningkatkan kualiti penulisan mereka dan mengoptimumkan hasil penulisan untuk penerbitan. Selain itu, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagaimana AI boleh membantu mereka menulis dengan lebih berkesan, memenuhi keperluan jurnal, dan akhirnya menerbitkan hasil penulisan mereka dengan lebih mudah.

Pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penceramah utama iaitu Prof Dr Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Kampus Puncak Alam. Sekali lagi terima kasih kami ucapkan kepada semua hadirin yang telah menjayakan bengkel ini, Dr. Mohd Halim bin Mahphoth selaku Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Dr Irfah Najihah Basir Malan sebagai Ketua Projek dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

Disertakan video bengkel tersebut:

Google Meet recording: “Empowering Ethical AI Integration in Global Research”

Recording link:

https://drive.google.com/file/d/1lZXxcxlVtueFMHSvam2-dqYAnDKs30yk/view?usp=sharing



UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi

07/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Semoga kita dapat sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa ini serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan kita.

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi cahaya yang membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.

UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM

24/02/2026

Keluarga besar PJI, UiTM Cawangan Melaka dengan penuh bangga merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Mohd Halim Mahphoth sebagai Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Jaringan Industri) yang baharu.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini digalas dengan penuh kebijaksanaan, lonjakan inovasi serta kecemerlangan lebih gemilang buat seluruh warga kampus. Selamat berkhidmat!



Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi

24/02/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nur Hayati Binti Abd Rahman atas segala khidmat bakti dan kepimpinan cemerlang beliau sepanjang memegang amanah sebagai Timbalan Rektor PJI di UiTM Cawangan Melaka.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, komitmen dan dedikasi yang diberikan telah memperkukuhkan reputasi universiti di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Kami mendoakan agar kalian terus sukses dalam lapangan masing-masing dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. Jasa dikenang, bakti dijulang.



Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi

Photos from PJI UITM Melaka - FB Rasmi's post 12/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Bestari 2025 (Kategori Jaringan), yang meliputi:

1. ANUGERAH PROJEK UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR) BERTARAF 3 BINTANG TAHUN 2025
2.ANUGERAH PROJEK KOMUNITI BERTARAF GOLD 2025
(PENARAFAN 4 BINTANG)
3.ANUGERAH PROJEK KOMUNITI BERTARAF PLATINUM 2025
(PENARAFAN 5 BINTANG)
4.ANUGERAH PENGGERAK PROJEK KOMUNITI TERBILANG 2025
5.ANUGERAH PROJEK PEMINDAHAN ILMU TERBAIK UNTUK TAHUN 2025
6.ANUGERAH PROJEK ZERO POVERTY TERBAIK UNTUK TAHUN 2025
7.ANUGERAH PROJEK JARINGAN INDUSTRI TERBAIK 2025
8.ANUGERAH PROJEK JARINGAN ALUMNI TERBAIK 2025
9.SIJIL PENGHARGAAN KHAS

UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi

Photos from PJI UITM Melaka - FB Rasmi's post 12/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Bestari 2025 (Kategori Penyelidikan), yang meliputi:

1.ANUGERAH PENERIMA GERAN PENYELIDIKAN PERINGKAT NASIONAL 2025
2.ANUGERAH PENERIMA GERAN PENYELIDIKAN INDUSTRI TAHUN 2025
3.ANUGERAH PENERIMA GERAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA TAHUN 2025
4.ANUGERAH KUMPULAN ENTITI KECEMERLANGAN DALAMAN CEMERLANG (PENARAFAN LIMA BINTANG TAHUN 2025)

UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00