Selamat Ulang Tahun Kelahiran
20 Julai 2024 & 27 Julai 2024
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Dr. Zulkefli Muhamad Hanapiyah, Penyelaras Geran Dalaman & Nasional & Dr. Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Penyelaras Jaringan Alumni.
Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T.
Ikhlas daripada :
Warga Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka
PJI UITM Melaka - FB Rasmi
Promote Research, Grant and innovation from UiTM Melaka
Operating as usual
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, pada 9-10 Julai 2024 telah berlangsung bengkel fizikal “2 Days Boot Camp Writing on SCOPUS Indexed Journal” di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Bengkel ini adalah anjuran Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) bersama dengan Unit Latihan dan Penyelidikan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Ia merupakan satu inisiatif dalam meningkatkan bilangan penerbitan jurnal berimpak tinggi di kalangan para pensyarah UiTM Cawangan Melaka. Selain daripada itu, tujuan bengkel ini dijalankan juga adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan teknik dan tips untuk kualiti penulisan yang perlu dicapai dalam sesebuah artikel sebelum diterbitkan khususnya penerbitan jurnal berindeks SCOPUS. Disamping itu, bengkel ini turut melaksanakan hands-on dan coaching secara terperinci untuk penerbitan artikel.
Pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, PM Dr Nur Hayati Abd Rahman di atas sokongan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada penceramah bengkel, Dr Raseeda Hamzah yang sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu yang sangat bagus sekaligus menjadikan bengkel tersebut sangat menarik dan bermanfaat. Pihak kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Khairunnisa Abd Samad selaku Koordinator Jurnal Penerbitan Universiti, Dr Irfah Najihah Basir Malan sebagai Ketua Projek dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat.
Sekali lagi terima kasih kami ucapkan kepada semua hadirin yang telah menjayakan bengkel ini dan fasilitator yang mahir dalam penulisan dan penerbitan untuk SCOPUS Indexed Journal [Prof Dr Shafinar Ismail, PM Dr Abdul Rahim Ridzuan, PM Dr Ahmad Fadhly Arham, PM Dr Koe Wei Loon, PM Dr Maheran Katan, PM Dr Halimahton Borhan, Dr Fadhlur Rahim Azmi, Dr Intan Maizura Abd Rashid, Dr Nur Hafidzah Idris, Dr Raseeda Hamzah dan Dr Raihah Aminuddin].
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
5 Julai 2024 - Delegasi dari Asean Academic Association (AAA) yang diketuai oleh Presiden AAA, Prof. Dr. Tulus Suryanto telah hadir ke UiTM Cawangan Melaka bagi membincangkan peluang kolaborasi bersama dalam bidang akademik, penyelidikan, khidmat masyarakat dan lain-lain. Delegasi yang hadir seramai 30 orang ini terdiri daripada Presiden AAA, serta pimpinan pelbagai universiti di Indonesia dan Filipina.
Rektor UiTMCM, Prof. Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini juga sempat untuk meluangkan sedikit masa dalam sesi perkenalan dan networking session bersama para delegasi. Kehadiran delegasi ini disambut oleh Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri, Prof. Madya Dr Nur Hayati Abd Rahman, Timbalan Pendaftar Kanan, En Mior Hishamuddin, barisan Koordinator PJI serta barisan pensyarah dan staf UiTMCM dari pelbagai fakulti dan bahagian.
Berdasarkan maklumbalas sesi tersebut, para pensyarah UiTMCM dijemput untuk menjadi ahli AAA bagi meningkatkan lagi peluang-peluang kolaborasi dan ketampakan impak dalam pelbagai bidang ilmu di peringkat antarabangsa.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua penyelidik UiTM Cawangan Melaka atas penganugerahan geran Fundamental Research Grants Scheme (FRGS) 2024 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 565,685.00
1. Dr. Vani A/P Tanggamani (FPN) – RM75,400.00
2. Amirah Hazimah Binti Borhanordin (FPP) – RM114,400.00
3. Dr. Fadhlur Rahim Bin Azmi (FPP) – RM84,485.00
4. Prof. Madya Dr. Nur Hayati Binti Abd Rahman (FPP) – RM90,400.00
5. Ts. Dr. Khyrina Airin Fariza Binti Abu Samah (KPPIM) – RM120,900.00
6. Dr. Raseeda Binti Hamzah (KPPIM) – RM80,100.00
Tahniah diucapkan dan semoga kecemerlangan ini dapat menjadi pemangkin kepada kita semua.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
TAHNIAH! TAHNIAH!! TAHNIAH!!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Penulis Pertama, Corresponding Author, dan Penulis Tunggal dari UiTM Cawangan Melaka yang menghasilkan penerbitan di Prosiding dan Jurnal Berindeks (Scopus/WoS/ERA) 2024 dalam bulan Jun.
Semoga dapat meneruskan kecemerlangan dan kesarjanaan dalam bidang penulisan.
Syabas dan Tahniah!
“KAMI BANGGA DENGAN ANDA”
Ikhlas Daripada:
Rektor, Pengurusan Eksekutif dan Seluruh Warga UiTM Cawangan Melaka
Terima kasih kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka. Good luck diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat.
12 Jun 2024 - UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM) telahpun menerima kunjungan dari 90 orang delegasi dari Indonesia, melalui International Association of Economics & Business (IAEB). Kunjungan terdiri daripada 25 universiti dari Indonesia, sejajar dengan program MIIEX'24.
Kunjungan mereka bertujuan untuk menjalankan aktiviti benchmarking ke UiTM Cawangan Melaka dan Program Khidmat Masyarakat di Desa Kelulut, UiTMCM.
Di dalam majlis penutup MIIEX'24 pada sebelah petang, telah berlangsung juga upacara pertukaran MoU antara IAEB dan UiTMCM, yang disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Shafinar Ismail, selaku Presiden IAEB, dan juga Prof. Madya Dr. Nur Hayati Abd Rahman, selaku Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri.
Seramai 90 orang delegasi terdiri daripada 65 pensyarah dan 25 pelajar dari lebih dari 20 universiti di Indonesia 🇮🇩 yang memeriahkan program ini.
Terima kasih diucapkan kepada barisan pimpinan UiTM Cawangan Melaka yang menyokong program ini, Prof. Madya Dr. Nur Hayati Abd Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, wakil dari Ketua Pusat Pengajian (KPP) - Dr Siti Normah Awang, En Akmal Adnan dan Cik Siti Aisyah Basri serta Ketua Projek Dr. Khairunnisa Abd Samad. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua barisan ahli jawatankuasa yang membantu dalam menjayakan program tersebut🙏🏻❤️
🎓 Unlock the secrets to scholarship success! Join us for a deep dive into navigating the Australian Award Fellowship with Dr. Hasrul Hosshan and his team from Universiti Pendidikan Sultan Idris. 🌟 Learn from their success in securing an impressive AUD414,000 or RM1,242,000 grant from the Australian government. Save the date: June 25th, 2024, at 11:00 AM Malaysia time. Don't miss out on this invaluable opportunity.
Register now!! https://forms.gle/KWy9KTJ1npB1qedt8
Australia Fellowship 2023
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
"Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah PENGORBANAN"
Selamat Hari Raya Aidiladha dari Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
MELAKA INTERNATIONAL INTELLECTUAL EXPOSITION (MIIEX) 2024.
12 Jun 2024 | Rabu
UiTM Cawangan Melaka melalui Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri telah kembali semula menganjurkan pertandingan inovasi yang berprestij peringkat antarabangsa melalui MIIEX2024. Penganjuran ini adalah hasil kolaborasi bersama pihak Kerajaan Negeri Melaka dengan UiTM Cawangan Melaka khususnya.
Penglibatan seramai 567 penyertaan dari dalam dan luar negara, MIIEX2024 telah menawarkan hadiah pulangan sejumlah RM11,000 kepada pemenang-pemenangnya.
MIIEX2024 ini telah pun disempurnakan oleh YB Datuk Hajjah Kalsom Noordin selaku Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka. Pertandingan inovasi ini telah dirancang sejak awal tahun yang lalu oleh jawatankuasa yang penuh dedikasi dan bertanggungjawab dari UiTM Cawangan Melaka.
Tahniah diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa MIIEX2024 yang diketuai oleh YBrs. Dr. Zulkefli Muhamad Hanapiyah, bertungkus lumus dalam menjayakan program yang berprestij. Komitmen ini selari dengan matlamat penubuhan UiTM sebagai sebuah universiti terunggul selama 25 tahun.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Telah berlangsung program CIMB Campus Takeover di Kampus Bandaraya Melaka pada 10 Jun 2024, anjuran bersama Pusat Jaringan Industri (INC), ICAN.
Seramai 82 orang pelajar UiTM yang terpilih daripada 3 kampus Zon Selatan, iaitu Kampus Bandaraya Melaka, Kampus Segamat dan Kampus Rembau telah memeriahkan program industri@kampus ini.
Program bertujuan memberi pendedahan kepada para bakal graduan UiTM tentang kerjaya perbankan dan kewangan. Peluang latihan industri (internship), latihan dan program pembangunan graduan turut diperkenalkan kepada para peserta. Antara program yang ditawarkan oleh CIMB termasuk The Complete Banker™, The Complete Banker™ Digital dan The Complete Banker™ Sustainability.
Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Nur Hayati Abd Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka. Pihak CIMB diwakili oleh 7 orang termasuk Pengurus Talent Acquisition, En Mohd Qasmal Noor, Penolong Pengurus Talent Acquisition, Audrey Rachel Philip Selvaraj, Pegawai Eksekutif Talent Acquisition, Syamira Amir Hamzah serta Alya Jafrisam.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
5 Jun 2024 & 21 Jun 2024
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Dr. Norajila Che Man, Penyelaras MoU dan Jaringan Industri Keusahawanan & Dr. Khairunnisa Abd Samad, Koordinator Jurnal dan Penerbitan Universiti.
Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T.
Ikhlas daripada :
Warga Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
TAHNIAH! TAHNIAH!! TAHNIAH!!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Penulis Pertama, Corresponding Author, dan Penulis Tunggal dari UiTM Cawangan Melaka yang menghasilkan penerbitan di Prosiding dan Jurnal Berindeks (Scopus/WoS/ERA) 2024 dalam bulan Mei.
Semoga dapat meneruskan kecemerlangan dan kesarjanaan dalam bidang penulisan.
Syabas dan Tahniah!
“KAMI BANGGA DENGAN ANDA”
Ikhlas Daripada:
Rektor, Pengurusan Eksekutif dan Seluruh Warga UiTM Cawangan Melaka
Terima kasih YB Mohd. Noor Helmy atas segala sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program kem solat ini.
KEM CUTI SEKOLAH SMART SOLAT 2024 BERJAYA TARIK 200 PELAJAR DUYONG!
Pada 27 Mei 2024, Masjid Al Wahhab, Permatang Duyong, Melaka. meriah dengan kehadiran 200 pelajar berusia 6 hingga 14 tahun dalam Program Kem Smart Solat 2024, anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Japerun Duyong dan Masjid Al Wahhab Permatang Duyong.
Sempena cuti sekolah, kem solat ini dijalankan untuk mendidik dan memperkasa generasi muda dalam memahami serta mengamalkan solat dengan lebih sempurna.
Antara aktiviti termasuk ceramah, amali wuduk dan solat, latihan dalam kumpulan (LDK) disampaikan oleh Ust Muaz bin Hj. Mohd Noor dengan bantuan 26 fasilitator yang terdiri daripada kalangan pensyarah ACIS.
Program dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy yang turut menyampaikan ucapan perasmian. Turut hadir Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Prof Madya Dr. Nur Hayati Binti Abd Rahman.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Japerun Duyong
Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah. Pada 21 Mei 2024 telah berlangsung webinar “Penerbitan Artikel dan H-Indeks: Tips dan Strategi” anjuran Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU).
Bengkel sesi perkongsian ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah dan penyelidik UiTM Cawangan Melaka tentang tentang kaedah dan strategi untuk penerbitan artikel dan H-Indeks di saming pendedahan mengenai penggunaan Pangkalan Data Scopus.
Pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penceramah utama iaitu Dr Hayrol Azril Mohamed Shaffril, dari Universiti Putra Malaysia.
Sekali lagi terima kasih kami ucapkan kepada semua hadirin yang telah menjayakan bengkel ini, Prof Madya Dr Nur Hayati Abd Rahman selaku Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Dr. Khairunnisa Abd Samad selaku Koordinator Jurnal Penerbitan Universiti, Dr Irfah Najihah Basir Malan sebagai Ketua Projek dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat.
Disertakan video bengkel tersebut:
Webex meeting recording: “Penerbitan Artikel dan H-Indeks: Tips dan Strategi”
Recording link:
https://uitm.webex.com/uitm/ldr.php?RCID=2e6f10b09472324becdce056d9179b14
Password: Abc12345
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
4 Mei 2024 & 9 Mei 2024
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Puan Siti Aminah Wahab, Penyelaras Unit Latihan Dan Inkubator Keusahawanan Pelajar & Dr. Fadhlur Rahim Azmi, Penyelaras Konferens, Seminar & Jurnal.
Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T.
Ikhlas daripada :
Warga Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka
23 Mei 2024 (Khamis) - Pengurus Besar Negeri TM Melaka, YBhg. Datuk Rozlan Mohamed telah datang ke UiTM Cawangan Melaka untuk mengadakan lawatan kunjung hormat dan melawat Inkubator Kelulutpreneur di Desa Kelulut, UiTMCM. Beliau hadir bersama isteri, Datin Hafizah beserta tiga lagi delegasi dari TM Melaka. Para delegasi disambut oleh Prof. Madya Dr. Nur Hayati Abd Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTMCM, Puan Zunaidah Abu Hasan (Ketua Projek Kelulutpreneur) serta sebahagian dari ahli projek Kelulutpreneur.
Selain dari lawatan ke Desa Kelulut, delegasi juga dibawa ke Translational Hub for Community Engagement, Education and Research for Kelulutpreneur (TraCER) bagi melihat sendiri sejauhmana dana dari Yayasan TM telahpun digunakan untuk memperkasakan projek komuniti B40 berasaskan penternakan kelulut di UiTMCM. Melalui kunjung hormat ini, lebih banyak kerjasama dan peluang-peluang baru bersama TM akan di bawa ke UiTMCM, yang memberi manfaat kepada warga UiTMCM dan juga komuniti sekitar Melaka.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Yayasan TM
19 Mei 2024, telah berlangsung program ceramah "Darjat dan Hak Wanita dalam Surah An-Nisa" di Kompleks Japerun Duyong, anjuran Unit ICAN, PJI UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM). Program University Social Responsibility (USR) ini bertujuan meningkatkan pemahaman komuniti tentang hak-hak wanita dalam Islam. Penceramah Ustazah Suzzana Othman, juga pensyarah Akademi Pengajian Bahasa UiTMCM turut mengupas isu-isu wanita semasa. Program bermula jam 9.00 pagi ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti konsultasi kesihatan percuma oleh Olive House yang juga merupakan rakan industri UiTM. Pihak UiTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
OliveHouse
13 Mei 2024 | Isnin
Kunjung hormat oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Hayati Abd Rahman, Timb. Rektor Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka ke Universiti Islam Melaka (UNIMEL).
Kunjung hormat ini disambut oleh YBrs. Ts. Dr. Yuseni bin Ab. Wahab, Timb. Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Masyarakat. Pertemuan ini juga dihadiri oleh YBrs. Dr. Muhammad Syukri bin Abdullah, Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) serta YBrs. Dr. Khairunnisa Abd Samad, Koordinator Unit Penerbitan Jurnal (JPU).
Kunjung hormat ini diadakan adalah bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam hal ehwal penyelidikan, penerbitan, jaringan industri serta perundingan yang boleh dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Semoga dgn kunjungan ini akan terus dapat menyemaikan budaya penyelidikan dan penerbitan sekali gus memperkukuh kedudukan kedua-dua buah Universiti dalam mencapai matlamat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kelak.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
BENGKEL DESIGNING IN CORPORATE LOOK
Oleh Encik Akmal Adanan
Akmal Adanan
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
BENGKEL DESIGNING IN CORPORATE LOOK
Disampaikan oleh Encik Akmal Adanan pada hari Rabu 8 MAY 2024 di Bilik Mesyuarat PJI, KAG
Bengkel yang sangat bermanafaat. Terima kasih Encik Akmal.
Akmal Adanan
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
TAHNIAH!!
Penyerahan Surat Tawaran TEJA 2024 kepada 20 penerima telah berlangsung di Bilik Mesyuarat PJI pada 7 May 2024.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
TAHNIAH!!
PENERIMA GERAN DALAMAN TEJA, GERAN PENGKOMERSIALAN TEJA, DAN GERAN SEPADAN TEJA 2024.
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Pusat Jaringan Alumni UiTM Pusat Jaringan Alumni, Pejabat Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (ICAN)
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah. Pada 29 April 2024 telah berlangsung “Research Impact Online Workshop: Writing and Publishing Articles Using Biblio AI” anjuran Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU).
Bengkel sesi perkongsian ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah dan penyelidik UiTM Cawangan Melaka tentang penulisan dan penerbitan artikel jurnal berimpak tinggi selain dapat membuat penambahbaikan di dalam strategi menghasilkan penerbitan artikel dengan menggunakan Paperpal. Kemahiran dan pengetahuan asas dengan mengunakan Paperpal telah didedahkan di samping mempelajari cara menganalisis data di dalam bidang penyelidikan melalui petunjuk BiblioAi.
Pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penceramah utama yang mahir dalam bibliometric analysis iaitu Prof Madya Dr Shaliza Alwi, dari Arshad Ayub Graduate Business School, UiTM Shah Alam.
Sekali lagi terima kasih kami ucapkan kepada semua hadirin yang telah menjayakan bengkel ini, Prof Madya Dr Nur Hayati Abd Rahman selaku Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Dr. Khairunnisa Abd Samad selaku Koordinator Jurnal Penerbitan Universiti Dr Irfah Najihah Basir Malan sebagai Ketua Projek dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat.
Disertakan video bengkel tersebut:
Webex meeting recording: “Research Impact Online Workshop: Writing and Publishing Articles Using Biblio AI”
Recording link:
https://uitm.webex.com/uitm/ldr.php?RCID=f6e35612d1d2fdc6d8e3d7f264587cc0
Password: Abc12345
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi Pej. Jaringan Industri, JPU, UiTM
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
Alor Gajah
78000
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Alor Gajah, 78000
IPSis operates as the nerve-centre of graduate-level education in the institution and is responsible for the implementation and management of overall administration.
UiTM Cawangan Melaka, KM26, Lendu, Alor Gajah Melaka
Alor Gajah, 78000
KOMED | An organization which represents the Masscomm Community in UiTM C. Melaka , Lendu, Malacca
2020, Ayer Pa'abas
Alor Gajah, 78000
Di sini kami menyediakan segala infomasi menarik dalam pertanian, student's life dan aktiviti AGSOC
Universiti Kuala Lumpur Branch Campus Malaysian Institute Of Chemical And Bioengineering Technology (UniKL MICET), Lot 1988 Vendor City, Taboh Naning
Alor Gajah, 78000
university lecturer and/or academic professional - for higher education institution
Bandar Vendor Taboh Naning
Alor Gajah, 78000
Laman Facebook Rasmi ADTEC Melaka
Tingkat Bawah, Tower 1-4, A'Famosa Resort, Beverly Hill Condo, Jalan Kemus Simpang Empat
Alor Gajah, 78000
Education College