Sekolah Kebangsaan Tebong

Sekolah Kebangsaan Tebong Official page of Sekolah Kebangsaan Tebong located at KM37, Jalan Kuala Sungga, Alor Gajah, Melaka

13/12/2025
12/12/2025

MAJLIS KHATAM AL QURAN SK TEBONG 2025

πŸŒΏπŸ•οΈ Perkhemahan Unit Beruniform SK Tebong & SK Menggong πŸ•οΈπŸŒΏAlhamdulillah, selesai sudah perkhemahan unit beruniform SK T...
01/10/2025

πŸŒΏπŸ•οΈ Perkhemahan Unit Beruniform SK Tebong & SK Menggong πŸ•οΈπŸŒΏ

Alhamdulillah, selesai sudah perkhemahan unit beruniform SK Tebong bersama SK Menggong yang telah berlangsung di Kem Permata Resort, Ayer Pa’abas, Alor Gajah pada 27 – 28 September 2025.

Perkhemahan ini bukan sahaja memberi peluang murid-murid menimba pengalaman baharu, malah turut memupuk semangat kerjasama, disiplin, kepimpinan dan jati diri.

Tahniah dan syabas kepada semua guru pembimbing, urusetia serta para peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk masa hadapan. 🌟✨

πŸŽ‰ Kejohanan Sukan Tahunan SK Tebong Kali Ke-45 (2025) πŸŽ‰Alhamdulillah, kejohanan yang berlangsung pada 23 Ogos 2025 telah...
23/08/2025

πŸŽ‰ Kejohanan Sukan Tahunan SK Tebong Kali Ke-45 (2025) πŸŽ‰

Alhamdulillah, kejohanan yang berlangsung pada 23 Ogos 2025 telah berjalan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru, ibu bapa dan warga sekolah yang telah memberikan komitmen serta semangat kesukanan yang tinggi.

πŸ† Keputusan Johan Keseluruhan:

Johan: Laksamana (Rumah Hijau)
Naib Johan: Temenggung (Rumah Kuning)
Tempat Ketiga: Bendahara (Rumah Merah)
Tempat Keempat: Syahbandar (Rumah Biru)

🌟 Olahragawan: Khai a/k Kamal (Laksamana)
🌟 Olahragawati: Hissha anak Zalal (Laksamana)

Sekalung tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat juang dan kerjasama yang hebat. πŸ’ͺ✨

SKaTe TEAM (Together Everyone Achieves More)

23/08/2025
Suasana sekitar Majlis Solat Sunat Hajat yang diadakan pada 25 Julai 2025 & 1 Ogos 2025.Majlis Solat Sunat Hajat yang di...
07/08/2025

Suasana sekitar Majlis Solat Sunat Hajat yang diadakan pada 25 Julai 2025 & 1 Ogos 2025.

Majlis Solat Sunat Hajat yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Amirul Syazwan merupakan aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Islam SKaTe.

Solat Sunat Hajat ini didirikan bagi memohon agar musibah jerebu yang melanda Malaysia segera berlalu dan dipermudah segala urusan warga SKaTe khususnya dan seluruh umat Islam secara amnya.

πŸ“£ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Muhammad Amirul Syazwan bin Borhanordin atas kejayaan cemer...
06/08/2025

πŸ“£ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Muhammad Amirul Syazwan bin Borhanordin atas kejayaan cemerlang beliau merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Kajian Tindakan Terbaik dalam Melaka Vocational International Innovation (MVII) yang berlangsung pada hari ini di Kolej Vokasional Melaka Tengah.

Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan warga sekolah, malah menjadi inspirasi kepada semua pendidik untuk terus berkarya dan berinovasi dalam bidang pendidikan.

🌟 We are proud of you! 🌟

Tahniah! πŸ‘Warga SK Tebong mengucapkan syabas kepada Adik Nur Naqibah binti Muhammad Afif (5 Alpha) yang dibimbing oleh E...
06/08/2025

Tahniah! πŸ‘

Warga SK Tebong mengucapkan syabas kepada Adik Nur Naqibah binti Muhammad Afif (5 Alpha) yang dibimbing oleh Encik Samsuri bin Jumaat atas usaha dan pencapaian dalam mewakili sekolah dalam Pertandingan Dare to Spell Daerah Alor Gajah 2025. πŸ’ͺ✨

πŸŽ‰ All the Best, Pasukan Techlympics SK Tebong! πŸŽ‰Hari ini, 29 Julai 2025, SK Tebong menghantar dua pasukan hebat ke Techl...
29/07/2025

πŸŽ‰ All the Best, Pasukan Techlympics SK Tebong! πŸŽ‰

Hari ini, 29 Julai 2025, SK Tebong menghantar dua pasukan hebat ke Techlympics 2025! πŸ’ͺ✨

πŸ”Ή Kategori Pemikiran Kompetensi (EZ Bot)
πŸ‘ MUHAMMAD QAYYUM AL FATEH BIN AB KADIR (2 Alpha)
πŸ‘ ADAM MUHAMMAD BIN SHAHRULEZZUAN (3 Alpha)
πŸ‘ MUHAMMAD RAYYAN BIN JAMANURI (3 Alpha)
πŸ‘ AMIRUL MUKMININ BIN MOHD RAZI (3 Alpha)

πŸ”Ή Kategori Cabaran Skytech Global (G-Sky)
πŸ‘ MUHAMMAD NAQIB BIN MUHAMMAD AFIF (5 Alpha)
πŸ‘ HARITH ZAFRAN BIN HAFIZAN (6 Alpha)

πŸ’‘ Semoga berjaya mengharumkan nama sekolah dengan semangat juang dan kreativiti yang tinggi! Kami di SK Tebong sentiasa menyokong kalian! πŸ’™

Pada 11 Julai 2025 (Jumaat), SK Tebong telah menerima sumbangan sebanyak 63 buah kerusi bankuet daripada Infineon Techno...
11/07/2025

Pada 11 Julai 2025 (Jumaat), SK Tebong telah menerima sumbangan sebanyak 63 buah kerusi bankuet daripada Infineon Technologies (M) Sdn Bhd.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Sumbangan ini amat bermakna dan pastinya memberi manfaat kepada warga sekolah.

Address

KM37, Jalan KUALA SUNGGA, TEBONG
Alor Gajah
76460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Tebong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category