Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang

Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang Official Page
Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang,
Kampung Sungai Lesong,
31920 Air Kuning, Perak

Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Tapah (SMATT) mula ditubuhkan dan beroperasi pada 3 Januari 2012. SMATT terletak di Kuarters Bangunan Kerajaan, Jalan Bukit Rumah Rehat, 35000 Tapah, Perak . SMATT ditubuhkan hasil cetusan idea YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, (Menteri Besar Perak) yang berhasrat mewujudkan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) di setiap daerah di negeri Perak. SMATT adalah salah satu SMTDR yang telah ditubuhkan selain SMTDR Daerah Manjung, SMTDR Daerah Kerian, SMTDR Daerah Kuala Kangsar dan SMTDR Daerah Lenggong. Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk melahirkan penghafaz Al Quran yang menjiwai serta memahami tuntutan Al Quran serta seimbang dari segi akademik yang selaras dengan system di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. SMATT merupakan sekolah berasrama penuh yang menyediakan tiga aliran iaitu aliran Tahfiz, Akademik, dan Azhariah di bawah biayaan kerajaan Negeri Perak dan dikawal oleh Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama, Jabatan Agama Islam Perak. Para pelajar yang dipilih untuk memasuki sekolah ini dikehendaki melalui temuduga hafazan. Dari segi akademik, pelajar yang memasuki sekolah ini hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B di dalam UPSR dan lulus Ujian PAFA iaitu sekurang-kurangnya 4A 4B. Pendaftaran pertama adalah pada 16 Januari 2012 dengan bilangan pelajar seramai 22 orang yang dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkhairi bin Mohd Noor iaitu Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk. Pada ketika itu, hanya 7 orang guru dan 4 orang kakitangan sokongan yang bertugas dan bertangungjawab dalam urusan pentadbiran sekolah.

Alhamdulillah, tamat sudah perjuangan hebat kontinjen sekolah di Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Pera...
01/05/2026

Alhamdulillah, tamat sudah perjuangan hebat kontinjen sekolah di Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Perak (MIISMAP) Peringkat Negeri Tahun 2026.

Berikut adalah rangkuman penuh keputusan:

๐Ÿ“… 25 APRIL 2026 (SABTU)
๐Ÿ“ Sek. Raja Perempuan Taayah, Ipoh
๐Ÿฅ‡ Johan: Khat (Damia Afrina bt Mohd Faisal, T2)
๐Ÿฅ‡ Johan: Kalam Jamaie (Kumpulan Raudhatul Firdaus)

๐Ÿ“… 27 APRIL 2026 (ISNIN)
๐Ÿ“ SMTDR Tambun
๐Ÿฅ‡ Johan: Syarahan Bahasa Melayu (Nur Humaira bt Shahrul Kamal, T4)
๐Ÿฅ‰ Ketiga: Tilawah Al-Quran (Nur Marsya Damia bt Shaharuddin, T2)

๐Ÿ“… 28 APRIL 2026 (SELASA)
๐Ÿ“ SMTDR Kerian
๐ŸŽ–๏ธ Tempat Kelima: Hafazan Al-Quran (Nur Fatehah Syarha bt Khaled, T2)

๐Ÿ“… 29 APRIL 2026 (RABU)
๐Ÿ“ SMTDR Batang Padang
๐Ÿฅˆ Naib Johan: Forum
๐Ÿฅ‰ Ketiga: Syarahan Bahasa Inggeris (Ayra Arissa bt Saiful Isma, T3)

๐Ÿ“… 30 APRIL 2026 (KHAMIS)
๐Ÿ“ INTIM, Ipoh (Majlis Penutup)
๐Ÿฅ‡ Johan: Nasyid (Zahratunnida')
๐Ÿฅˆ Naib Johan: Bahas Ala Parlimen

Syukur ke hadrat Ilahi, sebanyak 4 acara akan mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan:
โœ… Kalam Jamaie
โœ… Khat
โœ… Nasyid
โœ… Syarahan Bahasa Melayu

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan guru pembimbing yang komited, ibu bapa yang sentiasa menyokong, serta para pelajar yang memberikan komitmen luar biasa. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penglibatan sekolah kali ini.

Selamat berjuang di pentas kebangsaan nanti. Semoga kejayaan menjadi milik kita!

Assalamualaikum wbt,๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ˆ๐ก๐ญ๐ข๐Ÿ๐š๐ฅ ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ข ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก-๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐€๐ ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ค (๐Œ๐ˆ๐ˆ๐’๐Œ๐€๐) ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tarikh: 25 April 2026 (...
25/04/2026

Assalamualaikum wbt,

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ˆ๐ก๐ญ๐ข๐Ÿ๐š๐ฅ ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ข ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก-๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐€๐ ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ค (๐Œ๐ˆ๐ˆ๐’๐Œ๐€๐) ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh

Alhamdulillah, wakil murid SMTDR Batang Padang telah melakar kejayaan membanggakan dalam beberapa acara yang dipertandingkan setakat ini:

Khat: ๐Ÿฅ‡Johan (89%)
Damia Afrina Binti Mohd Faisal

Kalam Jamaie: ๐Ÿฅ‡Johan (90%)
Kumpulan Raudhatul Firdaus

Bahas Ala Parlimen (Saringan): ยฝ๐Ÿ†Peringkat Separuh Akhir

Beberapa acara lain akan berlangsung pada minggu hadapan. Mohon doa daripada semua agar SMTDR Batang Padang terus beroleh kejayaan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ibu bapa, guru pembimbing, serta para pelajar yang komited, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Selamat berusaha dengan lebih gigih menuju ke peringkat kebangsaan. Semoga kejayaan menjadi milik kita!

ูŠุณูŠุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุฌุงุญ
Menjana Ke Arah Kecemerlangan.

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia SPM Tahun 2025 atas pencapaian yang memban...
31/03/2026

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia SPM Tahun 2025 atas pencapaian yang membanggakan.

Justeru, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Puan Pengetua, barisan guru serta ibu bapa yang telah bersama-sama memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

Mudah-mudahan pencapaian yang diperoleh menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus melangkah dengan lebih yakin dalam menempuh cabaran pada masa hadapan, demi mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang.

Tahniah diucapkan kepada semua.

Assalamualaikum wbt.๐‘ด๐’‚๐’‹๐’๐’Š๐’” ๐‘ฒ๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’Ž ๐’‚๐’-๐‘ธ๐’–๐’“๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’  ๐‘ท๐’†๐’๐’š๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ฐ๐’‰๐’š๐’‚ ๐‘น๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…๐’‚๐’.Tarikh : 17 Mac 2026Hari : SelasaMasa : ...
20/03/2026

Assalamualaikum wbt.

๐‘ด๐’‚๐’‹๐’๐’Š๐’” ๐‘ฒ๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’Ž ๐’‚๐’-๐‘ธ๐’–๐’“๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’š๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ฐ๐’‰๐’š๐’‚ ๐‘น๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…๐’‚๐’.

Tarikh : 17 Mac 2026
Hari : Selasa
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Surau Raudhatul Huffaz

Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat. Minal 'Aidin wal-Faizinโœจ

ูŠุณูŠุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุฌุงุญ
Menjana Ke Arah Kecemerlangan.

Assalamualaikum wbt.๐‘ญ๐’๐’“๐’–๐’Ž ๐‘ต๐’–๐’›๐’–๐’ ๐‘จ๐’-๐‘ธ๐’–๐’“๐’‚๐’ & ๐‘ฐ๐’‡๐’•๐’‚๐’“ ๐‘ฑ๐’‚๐’Ž๐’‚๐’Š๐’† Tarikh : 6 Mac 2026Hari : JumaatMasa : 3.00 PetangTempat : Surau...
11/03/2026

Assalamualaikum wbt.

๐‘ญ๐’๐’“๐’–๐’Ž ๐‘ต๐’–๐’›๐’–๐’ ๐‘จ๐’-๐‘ธ๐’–๐’“๐’‚๐’ & ๐‘ฐ๐’‡๐’•๐’‚๐’“ ๐‘ฑ๐’‚๐’Ž๐’‚๐’Š๐’†

Tarikh : 6 Mac 2026
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Surau Raudhatul Huffaz

ูŠุณูŠุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุฌุงุญ
Menjana Ke Arah Kecemerlangan.

๐ŸŒ™ ๐‘ป๐‘จ๐’๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต: ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ผ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐ŸŒ™Tarikh : 2 Mac 2026Hari : IsninMasa : 10.00 PagiTempat : Surau Raudhatul Huf...
02/03/2026

๐ŸŒ™ ๐‘ป๐‘จ๐’๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต: ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ผ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘น๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐ŸŒ™

Tarikh : 2 Mac 2026
Hari : Isnin
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Surau Raudhatul Huffaz

Kini kita berada di fasa kedua Ramadan iaitu fasa Maghfirah (Keampunan). Inilah waktu terbaik untuk kita memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan daripada-Nya. Jangan lepaskan peluang iniโœจ

ูŠุณูŠุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุฌุงุญ
Menjana Ke Arah Kecemerlangan.

๐Ÿ•Š๏ธ SELAMAT BERSARA CIKGU EMMI ๐Ÿ•Š๏ธ2 Januari 2015 - 8 Februari 2026Buat Cikgu Emmi, nama dan jasa cikgu akan sentiasa terpa...
10/02/2026

๐Ÿ•Š๏ธ SELAMAT BERSARA CIKGU EMMI ๐Ÿ•Š๏ธ
2 Januari 2015 - 8 Februari 2026

Buat Cikgu Emmi, nama dan jasa cikgu akan sentiasa terpahat di dalam memori dan doa kami di sini. Terima kasih atas segala pengorbanan yang tidak terhingga sepanjang 11 tahun berkhidmat.

Semoga persaraan ini menjadi fasa baru yang penuh ketenangan dan kebahagiaan buat Cikgu Emmi sekeluarga.

Selamat bersara, Cikgu Emmi. Jasamu dikenang, budimu takkan kami lupakan. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah โค๏ธ๐Ÿคฒ

Alhamdulillah, syabas diucapkan kepada atlet catur sekolah atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Catur MSSD Batang P...
06/02/2026

Alhamdulillah, syabas diucapkan kepada atlet catur sekolah atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Catur MSSD Batang Padang 2026 (Kategori U18) pada 5 Februari 2026.

Berikut adalah keputusan penuh pusingan akhir:
๐Ÿ† Nadhrah Nurjannah binti Mohd Kamarudi (T4) - Tempat ke-4 (Layak mewakili daerah Batang Padang ke peringkat Negeri - MSSPk)
๐Ÿ† Muna binti Mohd Kamal (T5) - Tempat ke-14

Tahniah juga buat guru pembimbing atas usaha gigih ini. Semoga terus sukses di peringkat seterusnya! ๐ŸŒŸ

ูŠุณูŠุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุฌุงุญ
Menjana Ke Arah Kecemerlangan.

19 Januari 2026 / IsninProgram : Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Tahun 2026 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang P...
19/01/2026

19 Januari 2026 / Isnin

Program : Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Tahun 2026 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Asrama Sekolah

Selamat datang dan tahniah kepada semua murid Tingkatan 1 yang telah berjaya mendaftar hari ini. Kemasukan anda ke alam tahfiz bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi membawa amanah besar untuk menjaga, memahami dan menghayati al-Quran.

Semoga kalian menjadi murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan cemerlang dalam akademik serta sahsiah. Jadikan al-Quran sebagai panduan hidup dan sumber kekuatan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. ๐ŸŒ™๐Ÿ“–

24/12/2025

24 Disember 2025 / Rabu

Suasana sekitar Program S.M.A.R.T ๐Ÿ”ฌ๐Ÿงช๐Ÿ”ญ Semoga menjadi wadah bagi melahirkan Huffaz Profesional.

23 Disember 2025 / SelasaProgram : S.M.A.R.T (Science Math Achivement Reasoning Tahfiz) Penglibatan : Semua murid Tingka...
23/12/2025

23 Disember 2025 / Selasa

Program : S.M.A.R.T (Science Math Achivement Reasoning Tahfiz)
Penglibatan : Semua murid Tingkatan 1-4
Tarikh :
๐Ÿ“† 11 & 12 Disember 2025
๐Ÿ“† 15-18 Disember 2025
Anjuran :
โœ… Bidang Sains & Matematik
โœ… Bidang Tahfiz

Address

Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang, Kampung Sungai Lesong
Air Kuning
31920

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category