26/04/2026
Kem Perdana Kepimpinan Sekolah Menengah Islam Al-Ikram telah berlangsung dengan jayanya pada 24 dan 25 April 2026
Program ini merupakan anjuran SMI Al-Ikram dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB
Pelaksanaan program ini telah dijalankan di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang serta beberapa lokasi terpilih seperti Bukit Bendera , bagi memberikan pengalaman kepimpinan yang lebih holistik dan berimpak kepada para peserta.
Sepanjang program, MPP KITAB telah diberi kepercayaan untuk berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan pelbagai pengisian dan aktiviti . Diharapkan segala modul yang dilaksanakan mampu menyemai nilai kepimpinan, memperkasa jati diri serta membentuk sahsiah unggul dalam kalangan peserta.
Melalui program ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni KITAB berusaha memperkukuh ekosistem ukhuwah islamiah, menggalakkan pertukaran ilmu dan pengalaman, serta mengeratkan hubungan antara institusi, sejajar dengan aspirasi APAI2030 ke arah pembangunan pendidikan yang holistik dan lestari.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini Semoga setiap usaha yang dicurahkan diberkati dan memberi impak yang berpanjangan.
24/04/2026
Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan delegasi MPP KITAB dalam Wacana Mahasiswa Sunnah: Membentuk Generasi Nubuwwah. β¨
ποΈ 23 April 2026 (Khamis)
π Hotel Brasmana, Kuala Perlis
MPP KITAB telah diwakili oleh Yang Dipertua, Farhie bin Ahmad Fahmi sebagai panel jemputan π€, dengan pembentangan bertajuk βBiah Solehah Sebagai Kerangka Dalam Perhubungan Mahasiswa.β
Turut mengiringi sebagai barisan kepimpinan mahasiswa ialah:
π€ Saudara Afnan selaku Exco Intelek,
π€ Nazmi Lutfi selaku Exco Lestari,
π€ Afieq Ikmal selaku Exco Sukan & Kebudayaan,
Program ini turut menghimpunkan panel-panel mahasiswa daripada pelbagai IPT seluruh negara π, sekali gus menjadi medan perkongsian idea, wacana ilmiah dan pemerkasaan pemikiran mahasiswa berteraskan manhaj sunnah.
Semoga penglibatan ini menjadi langkah berterusan dalam membina mahasiswa berfikrah π§ , berakhlak π€ dan berteraskan manhaj nubuwwah.
22/04/2026
Bukan semua orang berani ke depan. Tapi perubahan⦠sentiasa bermula dengan seseorang yang berani.
Kini tiba masanya untuk anda melangkah.
Pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB sesi 2026/2027 telah dibuka β mencari mahasiswa yang bukan sekadar ada jawatan, tapi ada jiwa kepimpinan, integriti dan kesungguhan untuk berkhidmat.
Kalau anda:
β¨ Ada suara yang ingin dibawa
β¨ Ada idea yang ingin direalisasikan
β¨ Ada keberanian untuk memimpin
Maka inilah platform anda.
MPP bukan sekadar organisasi β ia amanah untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa, menjadi jambatan antara pelajar dan pentadbiran, serta mencorak masa depan kampus.
π
Permohonan dibuka: 22 April 2026
π
Tarikh tutup: 29 April 2026
Jangan tunggu orang lain buat perubahan.
Kali ini, biar nama anda yang ke depan.
Yang Menjalankan Amanah,
Jawatankuasa Pilihan Raya (JPRK)
Sesi 2026
18/04/2026
Segulung Tahniahππ» diucapkan kepada Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB iaitu Saudara Farhie bin Ahmad Fahmi kerana terpilih sebagai Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026β¨π£οΈ .
Ini bukan hanya sekadar satu pencapaian, tetapi ianya satu amanah yang besar untuk dipikul dengan penuh tanggungjawab.
Semoga Yang Di-Pertua MPP diberi kekuatan menjalankan amanah ini dengan sebaiknya, memberi manfaat kepada masyarakat, serta menjadi suara kepada belia dengan penuh hikmah, berintegriti & terus istiqamah, tidak lupa tujuan sebenar serta sentiasa berada di jalan yang diredhaiπ€²π»
Bukan satu perjalanan yang mudah, tetapi dengan doa yang hadir bersamanya akan sentiasa menyinari laluannya.
InsyaAllah.
Tahniah dan Syabas
Ikhlas daripada:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KITAB dan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar KITAB
17/04/2026
π₯ PANGGILAN BUAT MAHASISWA BERANI! π₯
Pilihan Raya Kampus bakal tiba, dan kami mencari barisan jawatankuasa terbaik untuk menjayakan PRK MPP sesi 2026/2027!
*Lebih menarik buat pertama kalinya mahasiswa diberi ruang untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan Pilihan Raya Kampus.*
Bukan sekadar jadi pemerhati, tapi jadi penggerak utama perubahan.
Selari dengan Teras 3: Kebajikan, Komuniti & Kelestarian, penglibatan ini membuka ruang kepada mahasiswa untuk:
β¨ Menjaga kebajikan rakan kampus
β¨ Membina komuniti yang aktif & sihat
β¨ Salah satu kerangka Aktiviti kesukarelawanan
Kalau hang rasa:
βοΈ Ada komitmen
βοΈ Boleh kerja dalam team
βοΈ Nak pengalaman sebenar urus PRK
π Inilah peluang hang!
Jangan tunggu orang lain kali ni giliran hang cipta impak.
π
Tarikh buka: 17 April 2026
π
Tarikh tutup: 20 April 2026
π² Scan QR code & daftar sekarang!
βBukan sekadar terlibat, tapi mencipta perubahan.β
15/04/2026
Semester Break Mode: ON
Selamat bercuti kepada seluruh mahasiswa Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang
Manfaatkan masa dengan sebaiknya, rehat dan kembali dengan semangat baharu.
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar KITAB
Sesi 2025/2026
13/04/2026
β¨ Selamat Maju Jaya β¨
Seluruh warga KITAB Pulau Pinang dengan penuh rasa bangga dan doa mengiringi saudari Nur Syifa Afiqah binti Sidek, mahasiswi Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran yang mewakili Negeri Pulau Pinang ke Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H / 2026M.
π Kategori: Hafazan 1β30 Juzuk (P)
π
14 April 2026 (Selasa) | Sesi Pagi l Giliran: 30
Semoga dikurniakan ketenangan, kekuatan hafazan, kelancaran bacaan serta kejayaan yang membanggakan. Moga setiap ayat yang dilantunkan menjadi asbab keberkatan dan kemenangan. π€²π»
Kami seluruh warga KITAB Pulau Pinang memohon doa daripada semua agar beliau diberikan kejayaan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.
Allahu maβakπ€²πΌπ
05/04/2026
β¨ Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir β¨
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada seluruh mahasiswa Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.
Semoga segala usaha yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang cemerlang serta dipermudahkan dalam setiap urusan.
Teruskan dengan usaha, doa dan tawakal.
π βRabbi zidni βilmaβ
Anda mampu lakukan yang terbaik! πͺ
Ikhlas daripada,
MPP KITAB Sesi 2025/2026
31/03/2026
π»ππππππ π«ππ πΊπππππ
Diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2025
"Semoga kejayaan ini menjadi pelonjak kepada masa hadapan yang gemilang".
Ikhlas Daripada,
Pengerusi & Lembaga Pengarah
Serta Seluruh Warga Kerja KITAB Pulau Pinang
30/03/2026
β¨ Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji β¨
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB mengucapkan selamat menjalani minggu ulangkaji kepada seluruh mahasiswa Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.
Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya, susun strategi pembelajaran, dan fokus pada matlamat.
π βRabbi zidni βilmaβ
(Wahai Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu)
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kefahaman yang jelas dalam menuntut ilmu.
Ikhlas daripada,
MPP KITAB Sesi 2025/2026