MPP Kolej Islam Teknologi Antarabangsa

MPP Kolej Islam Teknologi Antarabangsa

Share

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π–π€πŠπˆπ‹π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang
"Membina Inovasi Intelektual Mahasiswa"

Hak Cipta Terpelihara Majlis Perwakilan Pelajar MPPKITAB 2010/2011

Photos from MPP Kolej Islam Teknologi Antarabangsa's post 26/04/2026

Kem Perdana Kepimpinan Sekolah Menengah Islam Al-Ikram telah berlangsung dengan jayanya pada 24 dan 25 April 2026

Program ini merupakan anjuran SMI Al-Ikram dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB

Pelaksanaan program ini telah dijalankan di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang serta beberapa lokasi terpilih seperti Bukit Bendera , bagi memberikan pengalaman kepimpinan yang lebih holistik dan berimpak kepada para peserta.

Sepanjang program, MPP KITAB telah diberi kepercayaan untuk berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan pelbagai pengisian dan aktiviti . Diharapkan segala modul yang dilaksanakan mampu menyemai nilai kepimpinan, memperkasa jati diri serta membentuk sahsiah unggul dalam kalangan peserta.

Melalui program ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni KITAB berusaha memperkukuh ekosistem ukhuwah islamiah, menggalakkan pertukaran ilmu dan pengalaman, serta mengeratkan hubungan antara institusi, sejajar dengan aspirasi APAI2030 ke arah pembangunan pendidikan yang holistik dan lestari.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini Semoga setiap usaha yang dicurahkan diberkati dan memberi impak yang berpanjangan.




Photos from MPP Kolej Islam Teknologi Antarabangsa's post 24/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan delegasi MPP KITAB dalam Wacana Mahasiswa Sunnah: Membentuk Generasi Nubuwwah. ✨

πŸ—“οΈ 23 April 2026 (Khamis)
πŸ“ Hotel Brasmana, Kuala Perlis

MPP KITAB telah diwakili oleh Yang Dipertua, Farhie bin Ahmad Fahmi sebagai panel jemputan 🎀, dengan pembentangan bertajuk β€œBiah Solehah Sebagai Kerangka Dalam Perhubungan Mahasiswa.”

Turut mengiringi sebagai barisan kepimpinan mahasiswa ialah:
🀝 Saudara Afnan selaku Exco Intelek,
🀝 Nazmi Lutfi selaku Exco Lestari,
🀝 Afieq Ikmal selaku Exco Sukan & Kebudayaan,

Program ini turut menghimpunkan panel-panel mahasiswa daripada pelbagai IPT seluruh negara πŸŽ“, sekali gus menjadi medan perkongsian idea, wacana ilmiah dan pemerkasaan pemikiran mahasiswa berteraskan manhaj sunnah.

Semoga penglibatan ini menjadi langkah berterusan dalam membina mahasiswa berfikrah 🧠, berakhlak 🀍 dan berteraskan manhaj nubuwwah.

22/04/2026

Bukan semua orang berani ke depan. Tapi perubahan… sentiasa bermula dengan seseorang yang berani.

Kini tiba masanya untuk anda melangkah.
Pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB sesi 2026/2027 telah dibuka β€” mencari mahasiswa yang bukan sekadar ada jawatan, tapi ada jiwa kepimpinan, integriti dan kesungguhan untuk berkhidmat.

Kalau anda:
✨ Ada suara yang ingin dibawa
✨ Ada idea yang ingin direalisasikan
✨ Ada keberanian untuk memimpin

Maka inilah platform anda.

MPP bukan sekadar organisasi β€” ia amanah untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa, menjadi jambatan antara pelajar dan pentadbiran, serta mencorak masa depan kampus.

πŸ“… Permohonan dibuka: 22 April 2026
πŸ“… Tarikh tutup: 29 April 2026

Jangan tunggu orang lain buat perubahan.
Kali ini, biar nama anda yang ke depan.

Yang Menjalankan Amanah,
Jawatankuasa Pilihan Raya (JPRK)
Sesi 2026


18/04/2026

Segulung TahniahπŸ‘πŸ» diucapkan kepada Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB iaitu Saudara Farhie bin Ahmad Fahmi kerana terpilih sebagai Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026βœ¨πŸ—£οΈ .

Ini bukan hanya sekadar satu pencapaian, tetapi ianya satu amanah yang besar untuk dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Semoga Yang Di-Pertua MPP diberi kekuatan menjalankan amanah ini dengan sebaiknya, memberi manfaat kepada masyarakat, serta menjadi suara kepada belia dengan penuh hikmah, berintegriti & terus istiqamah, tidak lupa tujuan sebenar serta sentiasa berada di jalan yang diredhai🀲🏻

Bukan satu perjalanan yang mudah, tetapi dengan doa yang hadir bersamanya akan sentiasa menyinari laluannya.
InsyaAllah.

Tahniah dan Syabas

Ikhlas daripada:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KITAB dan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar KITAB

17/04/2026

πŸ”₯ PANGGILAN BUAT MAHASISWA BERANI! πŸ”₯

Pilihan Raya Kampus bakal tiba, dan kami mencari barisan jawatankuasa terbaik untuk menjayakan PRK MPP sesi 2026/2027!

*Lebih menarik buat pertama kalinya mahasiswa diberi ruang untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan Pilihan Raya Kampus.*
Bukan sekadar jadi pemerhati, tapi jadi penggerak utama perubahan.

Selari dengan Teras 3: Kebajikan, Komuniti & Kelestarian, penglibatan ini membuka ruang kepada mahasiswa untuk:
✨ Menjaga kebajikan rakan kampus
✨ Membina komuniti yang aktif & sihat
✨ Salah satu kerangka Aktiviti kesukarelawanan

Kalau hang rasa:
βœ”οΈ Ada komitmen
βœ”οΈ Boleh kerja dalam team
βœ”οΈ Nak pengalaman sebenar urus PRK

πŸ‘‰ Inilah peluang hang!

Jangan tunggu orang lain kali ni giliran hang cipta impak.

πŸ“… Tarikh buka: 17 April 2026
πŸ“… Tarikh tutup: 20 April 2026

πŸ“² Scan QR code & daftar sekarang!

β€œBukan sekadar terlibat, tapi mencipta perubahan.”


16/04/2026

Tahniah kepada seluruh mahasiswa KITAB Pulau Pinang yang baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan semoga segala usaha diberkati dan membuahkan kejayaan 🌟

Seiring dengan itu, pelaksanaan Pilihan Raya Kampus (PRK) KITAB pada kali ini akan tampil dengan wajah baharu yang lebih telus, progresif dan menggalakkan budaya demokrasi dalam kepimpinan mahasiswa.✨

Antara pembaharuan utama adalah penubuhan Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus (JPRK) buat pertama kalinya, sebagai langkah memperkukuh sistem pemilihan yang lebih adil, tersusun dan berintegriti.

Inilah masanya untuk anda menjadi sebahagian daripada perubahan.Nantikan Poster Rasmi Pendaftaran sebagai Ahli JPRKπŸ’ͺπŸ”₯



15/04/2026

Semester Break Mode: ON

Selamat bercuti kepada seluruh mahasiswa Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang

Manfaatkan masa dengan sebaiknya, rehat dan kembali dengan semangat baharu.

Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar KITAB
Sesi 2025/2026

13/04/2026

✨ Selamat Maju Jaya ✨

Seluruh warga KITAB Pulau Pinang dengan penuh rasa bangga dan doa mengiringi saudari Nur Syifa Afiqah binti Sidek, mahasiswi Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran yang mewakili Negeri Pulau Pinang ke Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H / 2026M.

πŸ“– Kategori: Hafazan 1–30 Juzuk (P)
πŸ“… 14 April 2026 (Selasa) | Sesi Pagi l Giliran: 30

Semoga dikurniakan ketenangan, kekuatan hafazan, kelancaran bacaan serta kejayaan yang membanggakan. Moga setiap ayat yang dilantunkan menjadi asbab keberkatan dan kemenangan. 🀲🏻

Kami seluruh warga KITAB Pulau Pinang memohon doa daripada semua agar beliau diberikan kejayaan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.

Allahu maβ€˜akπŸ€²πŸΌπŸ˜‡




05/04/2026

✨ Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir ✨

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada seluruh mahasiswa Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.

Semoga segala usaha yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang cemerlang serta dipermudahkan dalam setiap urusan.

Teruskan dengan usaha, doa dan tawakal.

πŸ“– β€œRabbi zidni β€˜ilma”

Anda mampu lakukan yang terbaik! πŸ’ͺ

Ikhlas daripada,
MPP KITAB Sesi 2025/2026

31/03/2026

π‘»π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰ 𝑫𝒂𝒏 π‘Ίπ’šπ’‚π’ƒπ’‚π’”

Diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2025

"Semoga kejayaan ini menjadi pelonjak kepada masa hadapan yang gemilang".

Ikhlas Daripada,
Pengerusi & Lembaga Pengarah
Serta Seluruh Warga Kerja KITAB Pulau Pinang





30/03/2026

✨ Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji ✨

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB mengucapkan selamat menjalani minggu ulangkaji kepada seluruh mahasiswa Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.

Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya, susun strategi pembelajaran, dan fokus pada matlamat.

πŸ“– β€œRabbi zidni β€˜ilma”
(Wahai Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu)

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kefahaman yang jelas dalam menuntut ilmu.

Ikhlas daripada,
MPP KITAB Sesi 2025/2026

Want your school to be the top-listed School/college in Air Itam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

http://www.kitab.edu.my/

Address


Air Itam
11400