Profesional Istiqamah

Profesional Istiqamah

Share

Bersama PAS ke arah Malaysia Sejahtera! Tujuan kami adalah untuk membina Negara Malaysia yang sejahtera berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Kami, sekumpulan profesional muda graduan pelbagai universiti United Kingdom dan Ireland telah memulakan inisiatif untuk mengadakan kempen Profesional Istiqamah ini dengan tujuan untuk menyatakan solidariti dan kebersamaan kami bersama PAS. Halaman ini diwujudkan khusus sebagai salah satu daripada medium penyampaian kami untuk memperkenal dan mempromosikan idea-idea segar untuk dimatangkan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi halaman rasmi kami http://profesionalistiqamah.com.

01/08/2026

GELOMBANG KEMENANGAN SEDANG MENGGULUNG, TERUSKAN ISTIQAMAH

Sun Tzu dalam The Art of War mengingatkan kita: “Kenalilah musuhmu dan kenalilah dirimu sendiri, maka engkau mampu menghadapi seratus pertempuran tanpa bencana.” Prinsip ini menekankan kepentingan memahami keadaan yang kita hadapi, mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta memahami pihak-pihak yang berada di sekeliling kita.

Dalam setiap perjuangan, kita perlu mengetahui siapa yang benar-benar bersama kita dan siapa yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Arah dan tujuan bagi setiap tindakan yang diambil hanya akan menjadi jelas serta terjamin sekiranya kita mempunyai keupayaan untuk membezakan antara sahabat dan seteru.

Pada masa yang sama, perbezaan pandangan tidak seharusnya menyebabkan perpecahan. Kita perlu membina kerjasama berdasarkan kepercayaan, disiplin dan keikhlasan. Kejayaan hanya dapat dicapai apabila setiap pihak mempunyai niat yang baik dan komited terhadap matlamat yang dipersetujui.

Di hadapan kita terbentang misi besar untuk membawa kebaikan kepada masyarakat. Pihak yang terdesak mungkin cuba mengalihkan perhatian melalui pelbagai bentuk tipu daya. Kekalkan tumpuan dan tepislah ganguan mereka.

Berpegang teguh kepada kebenaran, bekerjasama dengan tulus, dan bergerak dengan langkah seiring akan membawa kita lebih dekat kepada tujuan sebenar.

Misi ini memerlukan kesatuan, disiplin dan kesungguhan. Kita mampu lakukannya sekiranya kita ikhlas berjuang untuk masa depan ummah.

Gelombang kemenangan akan berkembang ke seluruh negara!

Oleh:
Fawwaz Mohamad
Gombak

30/07/2026

🔴((LIVE)) CERAMAH MEGA BIRU-KAN PORT DICKSON

Tarikh: 30 Julai 2026 (Khamis)

Masa:
9.00 Malam (Ceramah)

Tempat: Dewan DJ The Grandis Wedding & Event Hall, Batu 8, Teluk Kemang. (Berhadapan Ancasa Hotel)

Penceramah:
- YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
- YB DS Hamzah Zainuddin
- Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad
- Dato' Seri Mukhriz bin Tun Mahadhir
- Punithan a/l Paramsiven
- Ustaz Fatah Zakaria
- Dato' Faizal Ramli

Jom hadir beramai-ramai birukan Port Dickson

29/07/2026

APA GUNANYA HIDUP SEKADAR BIDAK DI PAPAN CATUR?

Di atas papan catur, seketul bidak tidak pernah dinilai kerana dirinya, ia dinilai kerana kegunaannya. Selagi ia memberikan manfaat, ia akan digerakkan. Apabila kedudukannya tidak lagi diperlukan, ia boleh ditinggalkan atau dikorbankan.

Demikian juga dalam pentas kehidupan. Seseorang mungkin mempunyai niat yang baik, keyakinan yang tinggi dan merasakan dirinya sedang berjuang untuk suatu tujuan yang mulia. Namun, keikhlasan dalam perjuangan tidak semestinya menjadikan seseorang bebas daripada manip**asi.

Boleh jadi seseorang itu bersungguh-sungguh memperjuangkan sesuatu yang diyakininya benar, tetapi pada masa yang sama tindakannya sedang dimanfaatkan untuk mencapai tujuan pihak lain.

Di sinilah pentingnya seorang Muslim memiliki pemikiran siasah. Tidak cukup sekadar mengetahui siapa yang berada di hadapan kita. Kita juga perlu belajar melihat siapa yang berada di belakang sesuatu percaturan.

Tidak cukup sekadar bertanya, "Siapa yang sedang aku lawan?" Sebaliknya, perlu juga ditanyakan: "Siapa yang mendapat manfaat daripada perlawanan ini?", "Siapa yang sedang menggerakkan keadaan?", dan "Ke manakah arah permainan ini akhirnya membawa umat?"

Kerana seseorang yang tidak mampu membaca percaturan yang lebih besar mungkin akan menyangka dirinya sedang memilih jalan perjuangan, sedangkan langkahnya telah menjadi sebahagian daripada permainan pihak lain.

Ramai yang hidup sekadar menjadi bidak tanpa menyedarinya. Mereka marah apabila disuruh marah. Mereka membenci apabila disuruh membenci. Mereka menyokong apabila disuruh menyokong. Berkawan dan bermusuh mengikut arahan orang lain, tanpa pernah berhenti sejenak untuk bertanya sama ada tindakan itu benar atau sekadar tindak balas yang ditanam oleh pihak lain.

Renungan ini bukan untuk menghina sesiapa, ia sekadar satu soalan jujur yang wajar dibisik kepada diri sendiri: apakah gunanya sebuah kehidupan, jika ia sekadar menjadi alat kepada agenda orang lain?

Maka, sebelum kita bertanya siapakah musuh yang sedang kita lawan, mungkin kita perlu bertanya terlebih dahulu: adakah kita sedang bermain, atau sebenarnya sedang dimainkan?

Oleh:
Fawwaz Mohamad
Gombak

27/07/2026

PERPADUAN ATAU PUTAR BELIT: HALUAN YANG MENENTUKAN MASA DEPAN

Setiap kata yang kita ucapkan dan setiap tindakan yang kita lakukan membawa kesan kepada masyarakat. Ada yang memilih jalan perpaduan, menyatukan hati walaupun berbeza pendapat. Ada p**a yang memilih jalan putar belit, memutar fakta demi kepentingan sendiri sehingga menimbulkan syak wasangka dan perpecahan.

Perpaduan ibarat benih yang ditanam di tanah yang subur. Apabila disiram dengan kejujuran, rasa hormat dan saling memahami, benih itu tumbuh menjadi sebuah bumi harmoni. Dalam suasana seperti ini, masyarakat lebih mudah bekerjasama, menyelesaikan masalah secara matang dan membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Sebaliknya, putar belit umpama percikan api di padang yang kering. Pada mulanya ia kelihatan kecil, tetapi apabila dibiarkan, api itu merebak menjadi kebakaran yang memusnahkan segala-galanya. Fitnah, hasutan dan pembohongan mungkin memberi keuntungan sementara kepada segelintir pihak, namun akhirnya seluruh masyarakat menanggung akibatnya. Yang tinggal hanyalah bumi hangus – dipenuhi rasa tidak percaya, kebencian dan perpecahan.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak tamadun runtuh bukan kerana kekurangan kekayaan atau teknologi, tetapi kerana rakyatnya hilang kepercayaan antara satu sama lain. Sebaliknya, masyarakat yang bersatu mampu bangkit semula walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Haluan sentiasa berada di tangan kita. Adakah kita mahu menjadi insan yang menyatukan, atau insan yang memecah-belahkan? Adakah kita mahu meninggalkan warisan sebuah bumi harmoni, atau mewariskan bumi hangus kepada generasi seterusnya?

Mereka yang sukakan perpaduan sedang membina masa depan.
Mereka yang sukakan putar belit sedang membakar masa depan.

16/07/2026

🔴((LIVE)) PENGISYTIHARAN CALON PERIKATAN NASIONAL PRN NEGERI SEMBILAN

📅16 Julai 2026 | Khamis
🏣KOMPAS Kampung Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan

08/07/2026

Seminggu ini dua Lebuhraya Pantai Timur (LPT) jadi highlight di Parlimen.

Satu, berkenaan LPT2 yang menghubungkan negeri Pahang dan Terengganu, ikutkan rekod Kerajaan Persekutuan masih berhutang RM 1.4 bilion dengan Kerajaan Negeri.

Jika menurut undang-undang, lebuhraya ini dibawah tanggungjawab persekutuan. Jika bila digunakan duit negeri untuk buat lebuhraya, sewajarnya dibayar semula.

Tapi gilanya, Anwar kata mereka tak nak bayar.

Kedua, LPT3 yang menghubungkan Terengganu dan Kelantan. Hari ini mentari jawab sebagaimana biasa, tiada duit.

Sedangkan Pulau Pinang dapat pelbagai kemewahan pengangkutan. Tapi bagi negeri pantai timur nak dapatkan lebuhraya pun sukar.

Perangai hudoh.

kredit: Ahmad Fahmi Mokhtar.

24/06/2026

KESIBUKAN BUKAN ALASAN UNTUK MENCARI MAKANAN SEGERA

Sebahagian masyarakat kita kadangkala menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk mengambil mee segera. Umpamanya ketika sibuk mengulang kaji untuk peperiksaan, menyiapkan tugasan komputer, atau bekerja sehingga lewat malam sehingga dirasakan tiada masa untuk keluar mencari makanan atau memasak.

Memang tidak dinafikan, mee segera sangat mudah disediakan. Hanya beberapa minit diperlukan sebelum ia sedia untuk dimakan.

Namun, kita perlu menyedari bahawa mee segera mengandungi kandungan garam yang tinggi, terutamanya dalam serbuk perencahnya.

Pengambilan garam yang berlebihan secara berterusan boleh memberi tekanan kepada buah pinggang. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini boleh meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang serta pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Ditambah p**a dengan tabiat kurang minum air kosong, pengambilan garam yang tinggi boleh membebankan tubuh, khususnya buah pinggang yang berfungsi menapis bahan buangan dalam badan setiap hari.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa makan mee segera sekali-sekala tidak mendatangkan mudarat. Memang benar. Pengambilan sekali-sekala lazimnya tidak membawa masalah yang serius.

Namun, "sekali-sekala" ini kadangkala boleh bertukar menjadi tabiat. Apa yang bermula dengan semangkuk mee ketika sibuk belajar atau bekerja akhirnya boleh menjadi amalan harian tanpa disedari.

Oleh itu, usahakan untuk mencari alternatif makanan yang lebih sihat.

Antara pilihan yang mudah ialah telur bersama nasi atau roti. Oat segera juga merupakan pilihan yang baik kerana mudah disediakan, mengenyangkan dan lebih berkhasiat. Selain itu, sandwic telur, bubur, buah-buahan, atau makanan ringkas yang dimasak sendiri juga boleh dipertimbangkan.

Mungkin rasanya tidak sesedap kuah mee segera.

Namun, perlu diingat bahawa keenakan kuah tersebut banyak berpunca daripada kandungan garam dan bahan perasa yang tinggi. Jika diambil secara berlebihan dan berterusan, ia boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan.

Bijak belajar, bijak bekerja, dan bijak memilih makanan yang berkhasiat.

Kesihatan merupakan aset yang perlu dijaga sepanjang hayat.

Diolah berdasarkan fakta dari sumber https://www.thestar.com.my/news/true-or-not/2026/04/29/quickcheck-can-eating-too-much-instant-noodles-cause-kidney-damage

21/06/2026

🔴((LIVE)) Ceramah Umum "Nismilan Kito Tawan" dan Pelancaran LOGO PRN PAS Nismilan

Penceramah Jemputan : YB Datuk Ustaz Idris Ahmad ( Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bagan Serai )

Tarikh : 21hb Jun 2026
Hari : Ahad
Masa : 7.00 mlm
Tempat : KOMPAS, Ampangan

15/06/2026

PIALA DUNIA 2026: TEKNOLOGI YANG MEMINGGIRKAN NILAI SEJAGAT

PIALA Dunia FIFA 2026 kini memperlihatkan bagaimana kapitalisme moden sedang mengubah jiwa sebenar sukan global.

Perubahan ini bermula melalui penggunaan sistem ‘dynamic ticket pricing’ atau penetapan harga tiket dinamik.

Tidak seperti jualan tiket tradisional yang menggunakan harga tetap, sistem ini menggunakan algoritma elektronik untuk mengubah harga tiket secara berterusan berdasarkan permintaan pasaran, jumlah tiket yang tinggal dan aktiviti pembelian pengguna.

Apabila permintaan meningkat, harga tiket akan naik secara automatik. Jika permintaan menurun, harga mungkin turun.

Sistem ini menyerupai kaedah harga tiket penerbangan, hotel dan aplikasi pengangkutan yang berubah-ubah mengikut keadaan pasaran.

Piala Dunia 2026 menjadi kejohanan pertama FIFA yang menggunakan sistem sedemikian secara besar-besaran.

Dari sudut perniagaan, sistem ini memberi kelebihan besar kepada penganjur. Dengan membenarkan algoritma menentukan harga maksimum yang sanggup dibayar pengguna, FIFA mampu menjana pendapatan jauh lebih tinggi berbanding sistem harga tetap biasa.

Penganjur berhujah bahawa sistem harga dinamik dapat mengurangkan kegiatan scalper atau penjual tiket haram.

Dalam sistem lama, pihak ketiga membeli tiket murah dan menjualnya semula pada harga tinggi.

Kini, FIFA sendiri mampu menyerap keuntungan tersebut terus ke dalam sistem mereka.

Penyokong sistem ini mengatakan harga tiket kini lebih cekap kerana benar-benar mencerminkan permintaan pasaran semasa.

Namun logik ini mencerminkan prinsip asas kapitalisme moden iaitu setiap produk harus dijual pada harga tertinggi yang sanggup dibayar pengguna.

Dalam dunia perniagaan biasa, pemikiran seperti ini mungkin dianggap normal. Tetapi pengkritik berpendapat bahawa bola sepak bukan produk komersial biasa.

Perlawanan Piala Dunia tidak sama seperti menempah hotel mewah atau membeli saham di pasaran kewangan.

Bola sepak membawa nilai budaya, emosi dan sosial yang jauh lebih besar daripada nilai wang semata-mata.

Pengkritik strategi harga FIFA mendakwa Piala Dunia semakin berubah daripada festival global rakyat kepada produk hiburan premium yang hanya mampu dinikmati golongan kaya.

Laporan mengenai harga tiket final yang mencecah puluhan ribu dolar, malah ada yang dijual semula sehingga jutaan dolar, meningkatkan kebimbangan bahawa penyokong biasa sedang dipinggirkan daripada stadium.

Seorang bekas ketua pegawai eksekutif pasukan bola menyifatkan keadaan ini sebagai ‘dystopian’ dan memberi amaran bahawa tiket kini berubah menjadi ‘aset dagangan’ berbanding pas masuk untuk penyokong sebenar.

Kritikan beliau menyentuh satu isu penting iaitu apabila tiket menjadi komoditi pelaburan, golongan spekulator dan sistem automatik bot mula menguasai pasaran.

Daripada membeli tiket untuk menyokong negara masing-masing, ramai pihak membeli tiket semata-mata untuk menjualnya semula pada harga lebih tinggi apabila permintaan meningkat menjelang hari perlawanan.

Dalam keadaan ini, penyokong bola sepak mula berfungsi seperti pedagang kewangan dan bukannya komuniti penyokong sukan.

Selama ini, keajaiban Piala Dunia datang daripada kehadiran penyokong biasa dari seluruh dunia.

Paluan gendang penyokong Brazil, tarian penyokong Afrika, sorakan Argentina dan semangat jutaan penyokong yang sanggup mengembara jauh mencipta suasana yang sukar dihasilkan secara buatan.

Piala Dunia menjadi acara global yang menghimpunkan pelbagai bangsa, budaya dan latar belakang ekonomi di stadium yang sama.

Namun apabila harga tiket meningkat sehingga ribuan dolar, ramai penyokong tradisional tidak lagi mampu hadir.

Stadium akhirnya berisiko dipenuhi pelanggan korporat, pelancong kaya dan golongan elit berbanding penyokong sejati yang membina budaya bola sepak selama ini.

Pengkritik bimbang suasana autentik bola sepak akan digantikan dengan pengalaman hiburan eksklusif untuk golongan berada.

Fenomena ini sering digambarkan sebagai ‘gentrifikasi sukan’. Seperti kawasan bandar yang berubah apabila harga meningkat sehingga penduduk asal terpaksa keluar, bola sepak juga berisiko terpisah daripada masyarakat yang membentuk identitinya sejak dahulu.

Secara tradisi, Piala Dunia dianggap sebagai festival budaya antarabangsa. Penyokong menyimpan wang bertahun-tahun untuk mengembara dan menyokong negara mereka.

Beban kewangan menjadi lebih berat apabila dicampur dengan kos penerbangan, hotel, pengangkutan dan visa.

Bagi penyokong dari negara membangun, jumlah kos keseluruhan mungkin mustahil untuk ditanggung.

Di samping itu, pengkritik juga mempersoalkan sama ada Amerika Syarikat sendiri benar-benar menghayati semangat universal sukan global.

Laporan mengenai sekatan visa dan halangan perjalanan terhadap rakyat dari beberapa negara peserta menambahkan lagi persoalan sama ada kejohanan ini benar-benar terbuka kepada seluruh dunia.

Berlaku percanggahan besar di sini. Di satu pihak, Piala Dunia dipasarkan sebagai sambutan perpaduan manusia sejagat.

Namun pada masa yang sama, halangan ekonomi menyingkirkan penyokong biasa, manakala halangan politik p**a boleh menghalang sesetengah komuniti negara daripada hadir sama sekali.

Gabungan kedua-dua faktor ini menyebabkan ramai melihat kejohanan tersebut semakin dipengaruhi kepentingan komersial dan geopolitik berbanding idealisme sukan sebenar.

Apabila logik kapitalisme semakin mendalam menguasai bola sepak, satu persoalan besar mula muncul iaitu untuk siapakah sebenarnya Piala Dunia ini?

https://harakahdaily.net/2026/06/15/teknologi-yang-meminggirkan-nilai-sejagat/

06/06/2026

MISI MEMBINA SUPERKOMPUTER DI ANGKASA LEPAS
SYARIKAT teknologi kini mula memikirkan sesuatu yang jauh lebih besar dan luar biasa iaitu membina pusat data di angkasa lepas. Google dilaporkan sedang meneroka satu projek yang dikenali sebagai ‘Project Suncatcher’, iaitu usaha membangunkan sistem pengkomputeran menggunakan satelit berkuasa solar di orbit bumi. Dalam masa yang sama, SpaceX disebut sebagai antara rakan strategik yang berpotensi memainkan peranan penting dalam menjayakan projek tersebut.

Jika projek ini berjaya direalisasikan, ia mungkin menjadi permulaan kepada era baharu pengkomputeran global, di mana sebahagian kuasa pengkomputeran dunia tidak lagi berada di atas tanah tetapi terapung di orbit mengelilingi bumi.

Perkembangan AI masa kini menjadi faktor utama mengapa idea ini mula dipandang serius. Model AI generatif memerlukan kuasa pengkomputeran yang sangat besar. Semakin canggih model generatif dibangunkan, semakin tinggi penggunaan elektrik yang diperlukan. Sehinggakan sesebuah pusat data kini menggunakan tenaga dalam skala yang sangat besar setanding sebuah bandar kecil.

Selain penggunaan elektrik yang tinggi, pusat data AI juga menghasilkan haba yang sangat banyak.

Oleh itu, syarikat teknologi perlu membina sistem penyejukan yang kompleks menggunakan air dan tenaga tambahan bagi memastikan perkakasan komputer tidak rosak akibat kepanasan melampau.

Dalam keadaan ini, angkasa lepas mula dilihat sebagai satu alternatif jangka panjang yang menarik.

Melalui dokumen penyelidikan rasmi Google mengenai ‘Project Suncatcher’, syarikat itu menjelaskan bahawa projek tersebut merupakan satu inisiatif penyelidikan bagi meneroka sistem AI berskala besar menggunakan satelit di orbit rendah Bumi. Sistem ini dicadangkan menggunakan panel solar untuk menjana tenaga manakala komunikasi antara satelit p**a dilakukan menggunakan sambungan laser optik berkelajuan tinggi.

Konsep ini akan mewujudkan rangkaian satelit yang akan berfungsi seperti pusat data terapung yang saling berhubungan antara satu sama lain.

Salah satu sebab utama idea ini menarik perhatian ialah kerana tenaga solar di orbit jauh lebih konsisten berbanding di permukaan bumi. Dalam kedudukan tertentu, satelit boleh menerima cahaya matahari hampir sepanjang masa tanpa gangguan awan, hujan atau waktu malam. Ini membolehkan sistem AI beroperasi dengan lebih stabil.

Selain itu, penggunaan tenaga solar di orbit juga berpotensi mengurangkan tekanan terhadap grid elektrik di Bumi. Ketika dunia semakin bergantung kepada AI, permintaan terhadap elektrik dijangka terus meningkat dengan mendadak. Jika sebahagian operasi AI dapat dipindahkan ke orbit, ia mungkin membantu mengurangkan keperluan terhadap infrastruktur tenaga di daratan.

Google turut dilaporkan sedang menguji ketahanan cip TPU generasi ‘Trillium’ bagi memastikan ia mampu bertahan dalam keadaan radiasi tinggi di angkasa. Berdasarkan laporan teknikal syarikat tersebut, cip berkenaan berjaya bertahan dalam simulasi persekitaran orbit untuk tempoh beberapa tahun tanpa kerosakan kritikal.

Walau bagaimanapun, projek seperti ini bukan sesuatu yang mudah.

Antara cabaran terbesar ialah kos pelancaran perkakasan ke orbit. Walaupun kos pelancaran roket semakin murah berbanding dahulu, penghantaran ribuan unit perkakasan komputer ke angkasa masih memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.

Hal ini memerlukan penglibatan SpaceX. SpaceX merupakan antara syarikat yang berjaya mengurangkan kos pelancaran melalui penggunaan semula roket secara berulang. Teknologi tersebut membuka peluang kepada projek-projek besar di orbit yang sebelum ini dianggap terlalu mahal untuk dilaksanakan.

Satu lagi cabaran besar bagi pembinaan superkomputer di angkasa ialah pengurusan haba daripada cip pemprosesan AI. Berbeza dengan pusat data di bumi yang menggunakan kipas, pendingin hawa dan sistem penyejukan air, komputer di angkasa tidak boleh bergantung kepada aliran udara kerana ruang angkasa hampir tiada atmosfera.

Sebaliknya, sistem superkomputer orbital perlu menggunakan teknologi seperti ‘liquid cooling loops’, ‘heat pipes’ dan ‘panel radiator’ gergasi untuk membuang haba keluar dalam bentuk radiasi inframerah ke angkasa lepas.

Selain isu kos, penyelenggaraan perkakasan di orbit juga menjadi cabaran besar. Jika pusat data di bumi mengalami kerosakan, jurutera hanya perlu menggantikan perkakasan secara fizikal. Namun di angkasa, proses pembaikan jauh lebih rumit dan mahal.

Tambahan p**a, satelit di orbit terdedah kepada radiasi kosmik dan ancaman serpihan angkasa atau ‘space debris’. Perlanggaran kecil sekalipun boleh menyebabkan kerosakan serius terhadap sistem pengkomputeran tersebut.

Walaupun idea ini masih di peringkat awal, konsep superkomputer di angkasa menunjukkan bagaimana industri teknologi kini mula memikirkan penyelesaian berskala global untuk menyokong pertumbuhan AI masa hadapan.

Jika dahulu perlumbaan teknologi tertumpu kepada telefon pintar dan media sosial, kini persaingan mula bergerak kepada penguasaan infrastruktur AI dan tenaga pengkomputeran dunia.

Menariknya, projek ini juga memperlihatkan perubahan hubungan dalam industri teknologi. Elon Musk sebelum ini sering mengkritik dominasi AI Google dan pernah membantu menubuhkan OpenAI sebagai alternatif kepada pengaruh Google dalam pembangunan AI. Namun kini, syarikat berkaitan Musk dan Google dilihat mungkin bekerjasama dalam projek infrastruktur AI generasi baharu.

Keadaan ini menunjukkan bahawa pembangunan AI moden semakin mahal dan kompleks sehingga syarikat teknologi besar mungkin perlu bekerjasama walaupun pernah bersaing antara satu sama lain.

https://harakahdaily.net/2026/05/31/misi-membina-superkomputer-di-angkasa-lepas/

Want your school to be the top-listed School/college in Thongwa?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Thongwa