Bahasa Dan Perpaduan -Kumpulan 8

Bahasa Dan Perpaduan -Kumpulan 8

Share

MPU1013 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (JA241) KUMPULAN 8 - BAHASA DAN PERPADUAN

12/07/2024

Hayuni Binti Zakaria
297005

🌸Pantun ialah puisi tradisional Melayu yang tertua di dalam budaya Melayu. Pelbagai jenis pantun mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, nasihat, agama, adat, serta memupuk semangat kerjasama, perpaduan rakyat Malaysia.🌸

Jadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan Satukan Masyarakat Malaysia – Dato’ Seri Mohd Najib | UKM News Portal 12/07/2024

Samsidar Binti Abdullah
296968

“Bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai bahasa perpaduan dalam menyatukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia” kata Mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Bagi memartabatkan lagi Bahasa Melayu ke suatu tempat kedudukan yang lebih tinggi pihak-pihak yang terlibat perlu bersama berganding bahu dengan memastikan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan seharian.

Jadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan Satukan Masyarakat Malaysia – Dato’ Seri Mohd Najib | UKM News Portal Oleh Asmahanim Amir Foto Abd Raai Osman dan Ikhwan Hashim BANGI, 19 April 2017 – Bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai bahasa perpaduan dalam menyatukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau berkata badan-badan yang diperta...

12/07/2024

Samsidar Binti Abdullah
296968

Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat. Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat.

Peribahasa



12/07/2024

Hayuni Binti Zakaria
297005

Indahnya Peribahasa

Sumber: Info UPU

Peribahasa Bukti Keintelektualan Bangsa 12/07/2024

Hayuni binti Zakaria
297005

🌸Fungsi Peribahasa🌸

Peribahasa mempunyai beberapa fungsi antaranya:

* memberikan nasihat
*pengamatan terhadap dunia dan keadaan
*memperindah bahasa percakapan atau perbualan
* tanda indentiti pembuka kata suatu kaum
* bukti keintelektuan Bangsa

Peribahasa Bukti Keintelektualan Bangsa Kuala Lumpur – Sejak lebih 800 tahun peribahasa kekal diungkapkan hingga ke hari ini dan kajian serta penyelidikan terus sahaja berlaku ke atas peribahasa

11/07/2024

Sharifah Shafira Binti Syed Abdul Hamid
296970

Sastera sejarah memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat patriotisme dan nasionalisme. Melalui penyampaian kisah-kisah kepahlawanan, warisan budaya, dan peristiwa sejarah yang penting, sastera ini tidak hanya memperkukuhkan identiti bangsa tetapi juga menginspirasi generasi muda untuk mencintai dan mempertahankan negara mereka. Pada zaman kini, peranan sastera sejarah tetap relevan, memastikan bahawa semangat patriotisme dan nasionalisme terus hidup dan berkembang dalam kalangan masyarakat.

Syarahan Keris Mas Kali Ke-3: Sastera Sejarah Pemangkin Semangat Patriotisme dan Nasionalisme anjuran Bahagian Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor pada 27 Jun 2024 (Khamis), di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.

11/07/2024

Hayatunnufus Binti Hasmar
296913

Pantun, sebagai salah satu bentuk puisi tradisional Melayu yang tidak hanya memelihara bahasa dan budaya kita, tetapi juga menyemai semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat. Pantun adalah medium yang indah dan berkesan untuk menyampaikan mesej yang positif dan membina, sekaligus memperkukuhkan identiti dan jati diri bangsa.

10/07/2024

Hayuni Binti Zakaria
297005

Peribahasa Setara
Peribahasa yang berkaitan atau mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.

Sumber: Perpustakaan Desa PNM, Sg Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang.

10/07/2024

Samsidar Binti Abdullah
296968

Kapsul bahasa

Ejaan sebenar perkataan bahasa melayu yang sering kali kita keliru

LAGU BAHASA JIWA BANGSA 10/07/2024

Samsidar Binti Abdullah
296968

Kesimpulan

Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa.

Slogan Bahasa Jiwa Bangsa ini dicipta pada tahun 1952, di Kuala Kangsar, Perak oleh 4 orang Ahli Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) iaitu, Encik Khalid Abas – Penolong Setiausaha LEPAS, Encik Omar Nordin – Setiausaha Penerbitan LEPAS, Encik Fadhil Khalik dan Encik Zulkifli Muhammad.

Lagu bertajuk “Bahasa Jiwa Bangsa” ciptaan Tan Sri Dol Ramli ini memberikan pengertian yang cukup besar, mendalam dan seharusnya dijadikan renungan untuk semua rakyat Malaysia.
Kita mengenali sesuatu bangsa menerusi bahasanya.
Hal ini diakui di serata dunia, tidak ada bangsa tanpa kewujudan bahasanya.

Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira darjat dan pangkat, keturunan dan agama untuk menggalas tugas meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan yang sepatutnya.
Percayalah, apabila kita memiliki jati diri dan semangat kebangsaan yang kuat, kita tidak akan ragu-ragu dengan apa-apa yang kita miliki. Maka itu, bahasa Melayu itu perlu ada dalam jiwa kita sebagai bangsa Malaysia, umpama bait-bait lagu di atas, yakinlah bahasa jiwa bangsa.

LAGU BAHASA JIWA BANGSA ---------------------------------------------------LAGU BAHASA JIWA BANGSALAGU/LIRIK : DOL RAMLI

Want your school to be the top-listed School/college in Thongwa?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Thongwa