26/07/2026
PENGHARGAAN
ALHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kemudahan dan kelancaran untuk Program Liga Geng Ngaji Main Bola 2026.
Tahniah kepada semua pasukan yang telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan ukhuwah persahabatan.
Kepada semua pasukan @all
1. Pasukan Ustaz Yunus
2. Pasukan Ustaz Fadzil
3. Pasukan Ustaz Abu Mubarak
4. Pasukan Ustaz Fauzan
5. Pasukan Dr. Fadlan
6. Pasukan Dr. Azzahari
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua asatizah yang sudi mengetuai pasukan dan turun bersama para peserta yang bertanding.
Jazakumullahu khayran kepada Dr. Fadlan, Dr. Azzahari, Ustaz Yunus, Ustaz Fadil, Ustaz Abu Mubarak, Ustaz Fauzan serta semua asatizah yang hadir memberikan sokongan dan komitmen sepanjang program ini.
Ucapan terima kasih juga kepada para ikhwah dari seluruh Malaysia 🇲🇾, Singapura 🇸🇬 serta negara-negara lain, penyokong, ahli keluarga, para pengadil, urus setia, penaja serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan *GNMB 2026*.
Kami juga memohon jutaan kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang penganjuran program ini.
Segala yang baik datang daripada Allah ﷻ, manakala segala kekurangan adalah daripada kelemahan kami sendiri yang kerdil ini.
_Daripada Muaz bin Jabal, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:_ _"Allah Tabaraka wa Taala berfirman: Orang-orang yang saling berkasih sayang kerana Aku, orang yang duduk bersama kerana Aku, orang yang saling menziarahi kerana Aku dan orang yang saling berkorban kerana Aku, wajib mendapat kasih sayang-Ku."_
Status Hadis: Sahih. Riwayat Malik (16).
https://semakhadis.com/empat-amalan-wajib-kasih-sayang-allah
Semoga Allah menerima segala amal kita, mengeratkan ukhuwah sesama Ahlus Sunnah, dan mempertemukan kita lagi dalam program-program yang akan datang, insya-Allah.
Hayyakumullah!
*_Pengurusan GNMB 2026_*