05/12/2024
Pada 30.11.2024 sehingga 02.12.2024 telah berlangsungnya Program Khidmat Masyarakat 3.0 yang dilaksanakan di Kampung Tanjung Kling, Melaka dan telah berjaya menarik penyertaan ramai penduduk setempat dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, seperti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan percuma, serta merewang bersama penduduk kampung. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara penduduk dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti sosial yang memberi impak positif kepada kehidupan seharian mereka.
Terima kasih juga kepada Mohammad dan penduduk kampung yang telah memberi kerjasama bagi memeriahkan program khidmat masyarakat 3.0 ini.
02/08/2024
🔹Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi pertandingan mengemas & membersihkan rumah🔹
Gerak Kerja Komuniti ILKKM KL mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelatih-pelatih yang telah menjayakan pertandingan ini dan terima kasih atas usaha dan kesungguhan kepada para pemenang pertandingan
Kategori dipertandingkan:
Kategori *LELAKI*
🥇Rumah 23-18
🥈Rumah 20-17
🥉Rumah 23-13A
Kategori *PEREMPUAN*
🥇Rumah 19-01
🥈Rumah 19-17
🥉Rumah 19-07
08/04/2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri!✨ Semoga suasana kegembiraan ini menyatukan kita dalam kasih sayang dan kebahagiaan. Maaf zahir dan batin dari kami warga ILKKMKL. Sambutlah hari yang fitri dengan senyuman dan kegembiraan, sampaikan kasih sayang kepada yang tersayang.
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia,
Salah dan silap harap diterima.
27/03/2024
Selamat menyambut Nuzul Quran, mari kita banyakkan membaca Al Quran dan istiqamah mengamalkan ajarannya. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dan rujukan utama dalam kehidupan. Selamat Hari Nuzul Quran 2024✨