Hi-Edu MARA

Hi-Edu MARA

Share

Bahagian Pendidikan Tinggi MARA

03/06/2026

πŸ“’ PROGRAM BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL: KLINIK MYeHALAL

Ingin memohon Pensijilan Halal Malaysia tetapi tidak pasti cara menyediakan dokumen dan menggunakan Sistem MYeHALAL?

βœ… Bimbingan penyediaan dokumen permohonan halal
βœ… Latihan hands-on penggunaan Sistem MYeHALAL
βœ… Sijil penyertaan disediakan

πŸ“… 11 Jun 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Perpustakaan KPM Bandar Melaka
πŸ’° Yuran: RM50 sahaja

🎯 Siapa yang sesuai menyertai program ini?
βœ”οΈ Usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)
βœ”οΈ Pemilik premis makanan dan minuman
βœ”οΈ Pengusaha produk kosmetik, farmaseutikal dan barangan pengguna
βœ”οΈ Individu yang ingin memohon Pensijilan Halal Malaysia

πŸ“² Tempat adalah terhad!
Daftar segera dengan mengimbas kod QR pada poster atau tekan link berikut : https://forms.gle/hVdpNkJ2Wprf7PwC8

Sebarang pertanyan hubungi:

πŸ“ž Cik Nur Najwa 017-5689040

Ayuh mudahkan proses permohonan halal anda bersama KLINIK MYeHALAL!







01/06/2026

Bahagian Pendidikan Tinggi MARA merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Tahun 2026.








Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Tahun 2026.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga MARA.








31/05/2026

Menjunjung kasih atas kepimpinan dan naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memacu kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat. Semoga Malaysia terus kekal aman, makmur dan bersatu di bawah payung naungan Tuanku.








Photos from MAJLIS AMANAH RAKYAT's post 31/05/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—₯π—”π—¦π— π—œπ—”π—‘ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨ π—¦π—¬π—˜π—— π—¦π—œπ—₯π—”π—π—¨π——π——π—œπ—‘ 𝗙π—₯π—˜π—˜ π—–π—’π— π— π—˜π—₯π—–π—œπ—”π—Ÿ π—­π—’π—‘π—˜, π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—œπ—¦ π—œπ—‘π—Ÿπ—”π—‘π—— 𝗣𝗒π—₯𝗧

PERLIS, 31 Mei 2026 - Timbalan Ketua Pengarah MARA, Ir. Dr. Mahzan telah menghadiri Majlis Perasmian Tuanku Syed Sirajuddin Free Commercial Zone, Perlis Inland Port, satu langkah proaktif yang dijangka memperkukuh sektor logistik, perdagangan dan pelaburan negara.

Majlis ini telah disempurnakan semalam dengan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, serta turut dihadiri oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, YB Loke Siew F**k, Menteri Pengangkutan Malaysia, YAB Menteri Besar Perlis, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

MARA menyambut baik pembangunan ini dan berharap ia membuka lebih banyak peluang kerjasama antara industri dan institusi pendidikan, sekali gus memperkasa pembangunan modal insan serta meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor logistik dan perdagangan yang semakin berkembang.








30/05/2026

Terima kasih diucapkan cikgu Abdul Muiez dan semua yang telah meluangkan masa menyertai sesi Live Sembang Lepas SPM bersama Kolej Profesional MARA Seri Iskandar dan Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka

Semoga perkongsian yang diberikan dapat membantu calon lepasan SPM mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan peluang melanjutkan pengajian di Kolej Profesional MARA.

Terima kasih juga kepada semua yang aktif bertanya dan memberi maklum balas sepanjang sesi berlangsung. Semoga usaha kecil ini menjadi panduan dalam membuat pilihan terbaik untuk masa depan.

Teruskan bersama KPM β€” langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cemerlang.







29/05/2026

🚨MAKLUMAN SEMAKAN & SETUJU TERIMA PROGRAM MATRIKULASI

Calon jaya yang telah ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Kolej MARA dimohon untuk membuat semakan dan pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Tarikh akhir semakan adalah pada 29 Mei 2026, sebelum jam 5 petang.

Pastikan semakan dibuat sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Terima kasih.







28/05/2026

Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA dengan penuh rasa bangga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon Peperiksaan Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK) bagi Sesi April 2026 atas pencapaian yang telah direkodkan.

Melalui dedikasi tinggi dan usaha tanpa jemu, sebanyak 93% orang calon telah berjaya lulus dengan cemerlang!

Pencapaian membanggakan ini membuktikan keupayaan dan komitmen pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) dalam menguasai Bahasa Mandarin di peringkat antarabangsa, sekali gus membuka peluang yang lebih luas dalam pasaran kerjaya global yang kompetitif.

Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah dan seluruh warga KPM atas sokongan serta bimbingan yang berterusan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memahat kegemilangan di masa hadapan!







27/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM APLIKASI MARA

Untuk makluman semua, Sistem Aplikasi MARA (e-Perkhidmatan) akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem.

Walau bagaimanapun, sistem SISPAA dan MARAeps masih boleh diakses seperti biasa.

Sistem dijangka beroperasi semula pada:

28 Mei 2026 (Khamis)
Jam 4.00 petang

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.







Want your school to be the top-listed School/college in Thongwa?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Thongwa
50609

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00