07/09/2022
Pertandingan Cabaran Kadet Bomba Daerah Kunak
PERTANDINGAN CABARAN KADET BOMBA PERINGKAT DAERAH KUNAK 2022
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Kunak telah menjadi juara keseluruhan dan akan memikul tanggungjawab mewakili daerah ke peringkat negeri Sabah.
12/12/2021
2 hari sebelum holiday… AJK Nilam masih bertungkus lumus… sokongan rakan guru yang luar biasa… Alhamdulillah pelajar tahu apa yg hendak d capai… beralih bahan bacaan fizikal kepada bahan bacaan digital ~ E-NILAM 📲
03/12/2021
Tempahan PSS
22-25/11/2021
Ujian Lisan Pendidikan Islam
01/12/2021
D'sebalik tabir Bulan PSS... Tulang belakang pelaksanaan Bulan PSS secara dalam talian... Tq tentera2 cg AKA Pengawas PSS 2021. Mudah2an pengalaman menguruskan aktiviti dapat membina keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran diri u all 🥰... Terima kasih diucapkan.
01/12/2021
Tahniah kepada semua peserta dan pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan sepanjang Bulan PSS. Anda memang HEBAT!!! Terus istiqomah ya pelajar2 SMK Kunak menimbah ilmu dan mengasah bakat kreatif.
maaf gambar yang tidak t'upload
01/12/2021
Syukur alhamdulillah di atas kesempatan dan kudrat yang diberikan oleh Allah SWT kepada AJK Pelaksana Bulan PSS / Guru PSS dan Pengawas PSS. Terima kasih atas sokongan padu pihak pentadbir, guru-guru, AKP, ibu bapa pelajar, pelajar2 dan komuniti SMK kunak. Mudah2an udaha ini memberi manfaat buat pelajar2 SMK Kunak mengasah bakat kreatif dan tampil lebih cemerlang samada dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah teladan yang boleh dicontohi. Tahniah!!!
Majlis Perasmian Penutupan Bulan PSS Seri Wacana SMK Kunak Secara Dalam Talian
Jutaan terima kasih di atas sokongan pihak pentadbiran SMK Sekolah, AJK guru dan pengawas PSS, semua guru dan pelajar SMK Kunak di atas sokongan padu. Syuku...
03/10/2021
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...
Bulan PSS (OKTOBER) SMK Kunak menjelang tiba... bermula 01 sehingga 31 Oktober 2021. Sehubungan itu, beberapa aktiviti / pertandingan dianjurkan bagi mencari dan mencungkil bakat2 kreatif murid-murid SMK Kunak
Serlahkan Bakat Kreatifmu
01/10/2021
Tahniah diucapkan kpd adik pelajar:-
1. Nur Mash*tah Binti Mohd Hamzah
Johan Tokoh Nilam Kategori BI
Peringkat Negeri
2. Nur Azila Binti Sudin
Tempat Ketiga Tokoh Nilam Kategori BM
Peringkat Negeri
Doa guru2 SMK Kunak mengiringi kehidupan kamu Insyallah... Guru2 hanya org tengah yg mendidik... Kehebatan diri adalah kehebatan Allah swt yg dipinjamkan sementara... Maka, gunakan sebaiknya.
11/09/2021
D' sebalik tabir.... Pertandingan NILAM Peringkat Kebangsaan.
Jutaan terima kasih individu2 hebat di sebalik tabir yang turut membantu menjaya dan mempersiapkan penyertaan wakil SMK KUNAK iaitu NUR MASH*TAH BINTI MOHD HAMZAH. Hampir 6 bulan persediaannya bermula di peringkat sekolah - daerah - negeri hingga kebangsaan. Termasuklah penyediaan skrip, rekod nilam (compile), rakaman video, penyediaan dan penghantaran folio, candidate's form dan sesion discussion setiap minggu. Terima kasih Allah kerana hadirkan individu2 ini bagi melancarkan segalanya. Kerjasama dan support semua pihak kepada Unit PSS Seri Wacana SMK Kunak amat dihargai.
Thanks to Pentadbir SMK Kunak, PPD Kunak, JPN Sabah, AJK (Guru) PSS SMK Kunak 2021, Ketua Bidang Bahasa SMK Kunak (Sir Low See Hon), Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Kunak (Pn. Herlina Hashim), Tn. Junaidi Adam, Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pn. Haslinda Abd Ghaffar, USTP, PPD Kunak, Encik Muhidin Ado Bin Ali Senen, Pegawai Teknikal ICT, PPD Kunak, Pn. Nariah Sahdua (Editor Folio), Madam Carmella Darus (NILAM English Teacher), Pn. Rabiatul Adawiyah Brahim (NILAM Coordinator), Saudara Wafi (ex-student SMK Kunak), ibu bapa dan family Nur Mash*tah serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak. Tq
11/09/2021
Alhamdulilah... sekalung Terima Kasih dan Tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Mash*tah Binti Mohd Hamzah (SMK Kunak) di atas penyertaan dalam Pertandingan Tokoh NILAM (SMBI) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 6 - 9 September 2021. Didoakan peroleh kejayaan yang akan diumumkan pada Oktober 2021. Semoga penglibatan ini menjadi pendorong kepada murid-murid yang lain agar terus menggilap kemahiran dan kebolehan diri samada dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahisah. KUNAK HEBAT!