14/04/2026
SERUAN MENYERTAI IBADAH KORBAN & INFAQ
DI MADRASAH AL-DINIYAH EMARDIY 1447H / 2026M
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallahu alaihi wa sallam, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat yang istiqamah mengikut sunnah Baginda hingga ke akhir zaman.
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Ketibaan Zulhijjah membawa seruan ibadah yang agung – ibadah qurban – yang menjadi lambang ketaatan dan kecintaan kita kepada Allah SWT.
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah sallahu alaihi wa sallam bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi]
Dengan penuh rendah hati, kami dari Madrasah Al-Diniyah Emardiy Phum Khnik Jum mengajak Yang Berhormat, Tan Sri, Dato’/Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan Muslimin & Muslimat untuk bersama menyemarakkan ibadah korban pada tahun ini. Penyertaan Tuan-tuan bukan sekadar penyertaan fizikal, bahkan satu bentuk infaq dan jihad fi sabilillah dalam menyokong kelangsungan pendidikan al-Quran dan dakwah di bumi Allah khususnya di madrasah kami.
Maklumat korban 1447H / 2026M:
1. Tarikh Penyertaan Dibuka:
Bermula sekarang hingga 23 May 2026
⚠️Tempahan awal amat digalakkan⚠️
2. Hari Penyembelihan:
Lembu: Hari Raya Aidiladha Pertama hingga Ketiga
Kambing & Biri-Biri: Aidiladha Pertama sahaja
3. Harga Penyertaan:
Lembu (1 bahagian): RM400
Kambing (seekor):
RM650
4. Kategori Korban :
✅Korban atas nama sendiri
✅Korban yang diinfaq sepenuhnya kepada Madrasah – sangat digalakkan sebagai saham akhirat.
5. Urusan Tempahan & Pertanyaan:
Sila hubungi En Mohd Roslan Daut Korban melalui WhatsApp:
https://wa.me/+6012-3269266
Akhirul kalam, kami mendoakan Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita semua dan menjadikannya sebagai wasilah kita ke syurga-Nya kelak.
Marilah kita hidupkan sunnah Nabi Ibrahim AS dan Rasulullah sallahu alaihi wa sallam ini dengan penuh keikhlasan dan pengharapan kepada redha-Nya.