Kelab UMNO Irbid

Kelab UMNO Irbid

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab UMNO Irbid, Irbid.

Photos 07/07/2020

Sapa2 nak join boleh pm

Hello Everything!
Sekolah dah nak naik ni.
And it looks like everyone is adapting to the new norms very well! but lets not forget how it all started.
Virus masih ada ye and there is still no vaccine.

Oleh itu, BNYVKL bersama2 BNYVSelangor akan membantu cikgu2 dan ibubapa di Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya untuk pembersihan covid-19 🧽🧼🧹

However there are few things that we need to get this done. If you happen to have extra of the necessary items listed above and wanted to donate or give away!
GIVE US A CALL ♥️

Or better yet! Nothing to do on weekends? Jom join kami hari sabtu ni, Call je number yg tertera dan kita jumpa di sana 🤙🏻 the more the merrier!

Lets help make the school’s environment clean and safe for the kids



Photos 06/07/2020

Jangan lupa malam ini live di page BNYV Kuala Lumpur dan Instagram BNYV Kuala Lumpur

Coming up on Monday, 6th July!
There will be knowledge sharing session by one of our exco from Biro Pendidikan, touching on issues as mentioned above.


Alot of his references and case studies will be based on the books that he have read, nak tahu buku-buku apa yang dia nak bedah tu? 📖

Join lah live dia nanti on this coming monday!

He will go live both on BNYVKL Facebook and Instagram page, 🎙 so mark your schedule and also! head over to our ig stories as we will open up IG Questions.

This will be Nabil’s first of his many series of bedah buku tau, So to keep this up! Let us know what current issues you want Nabil to touch on and ask away any questions and we will let him know 😎 👩🏻‍💻



06/07/2020
05/06/2020

[SYKES- PICOT, MINYAK DAN KUASA IMPERIALIS]

16 Mei, genap 100 tahun perjanjian Kuasa Imperialis. 16 Mei 1916 adalah merupakan tarikh keramat buat Timur Tengah dan membentuk situasi Timur Tengah moden sekarang. Perjanjian Sykes - Picot merupakan sebuah perjanjian rahsia antara British dan Perancis semasa Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini adalah perjanjian pembuatan sempadan di Timur Tengah yang membahagikan Timur Tengah kepada dua bahagian iaitu bahagian yang berada di bawah British dan bahagian kedua diletakkan di bawah pegaruh Perancis. Sykes – Picot yang diambil bersempena dua orang diplomat yang berunding dalam perjanjian ini iaitu Mark Sykes wakil bagi British dan Francois George – Picot mewakili Perancis.

Walaupun perhatian yang besar diberikan kepada Sykes dan Picot, akan tetapi antara pemain utama didalam perjanjian ini dan yang mendapat saham didalam sumber tenaga di Timur Tengah adalah seorang lelaki yang diberikan samaran sebagai ‘Mr Five Percent’ iaitu Calouste Gulbenkian. Gulbenkian bukan sahaja sebagai seorang broker minyak di Iraq akan tetapi juga merupakan punca kepada kelahiran syarikat utama minyak didunia.

Gulbenkian dilahirkan pada tahun 1869 dari keluarga Armenia di Uskudar, merupakan bandar yang terletak dibahagian Turki Asia. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang kejuruteraan di King’s London College dan seterusnya pada tahun 1887 beliau berpindah ke Baku, yang merupakan sebahagian dari Empayar Rusia di zaman Tsar ketika itu.

Gulbenkian menjadi hab kepada perkembangan industri minyak, dimana keluarga Noble yang menaja Noble Prize dan keluarga Rothschild mempunyai nasib yang cerah oleh kerana Gulbenkian.

Ianya juga di mana pemula kepada sebuah revolusi yang memperjuangkan nasib pekerja yang ditindas yang bermula didalam industri minyak. Gerakan revolusi yang diasaskan oleh seorang warga Georgia, Ioseb Jughashvili ataupun beliau dikenali dengan nama Joseph Stalin.

Semasa Gulbenkian di Baku beliau menulis artikel mengenai Petroleum yang menarik minat pegawai pegawai Uthmaniyyah. Beliau telah bekerja dibawah Uthmaniyyah bagi mengesan simpanan sumber minyak yang berada didalam wilayah kuasa Uthmaniyyah ketika itu.

Syarikat Eropah juga telah mendekati Gulbenkian oleh kerana kepakaran beliau dalam kebolehan teknikal, pengetahuan mengenai budaya Empayar Uthmaniyyah dan hubungan baik beliau dengan pegawai pegawai Uthmaniyyah.

Tidak dinyatakan secara jawatan rasmi peranan beliau semasa bekerja bersama Uthmaniyyah. Akan tetapi, secara dasarnya Gulbenkian merupakan ‘oil fixer’ , seorang broker dan pembuat perjanjian minyak yang pertama didunia, walaupun beliau membantah semua syarat syarat ini, akan tetapi beliau lebih s**a dilihat sebagai seorang ‘arkitek’ didalam eksploitasi petroleum.

Pada tahun 1912, Gulbenkian menjadi broker keada sebuah syarikat antarabangsa yang dikenali sebagai Turkish Petroleum Company (TPC), yang berperanan untu meneroka dan mengeksploitasi sumber minyak didalam wilayah Empayar Uthmaniyyah. Walaupun nama syarikat tersebut adalah Turkish Petroleum akan tetapi peranan Turki dalam mengaturkan dan mencorakkan syarikat ini sangatlah kecil dan minimal.

Hasil Gulbenkian menjadi broker kepada TPC, beliau telah diberikan 5 peratus ‘non – voting share’ didalam syarikat tersebut. Dari situ beliau mendapat jolokan ‘ Mr Five Percent’. Selain itu, syarikat minyak terbesar iaitu Royal Dutch Shell sekarang dipanggil sebagai Shell memperolehi 22.5 peratus pemilikan saham didalam Turkish Petroleum Company.

Sebuah syarikat minyak yang sebahagian adalah milik United Kingdom iaitu Anglo- Persian Oil Company ( APOC) yang kini dikenali sebagai syarikat minyak BP telah membeli 47.5 peratus daripada saham TPC. Menjadikan APOC sebagai pemegang saham terbesar didalam TPC.

Walaubagaimanapun, semasa Uthmaniyyah berpihak kepada Jerman didalam Perang Dunia Pertama, British sudahpun banyak melaburkan didalam syarikat minyak yang berada didalam kawasan musuh ( Uthmaniyyah).

Didalam perjanjian rahsia Sykes- Picot antara British dan Perancis , Iraq dan Basrah yang merupakan bekas tanah wilayah Uthmaniyyah ditetapkan diletak bawah pengaruh British.

Maka, Basrah, yang kita lihat pada hari ini yang terletak di Selatan Iraq, merupakan kawasan yang berpotensi mempunyai sumber minyak yang banyak yang bakal dieksploitasi di masa hadapan. Secara dasarnya, perjanjian Sykes – Picot adalah merupakan draf perjanjian kawalan penjajahan didalam Timur Tengah.

Selain itu, dengan kelahiran Mandat Iraq dibawah British, Turkish Petroleum Company (TPC) telah diberi penjenamaan semula sebagai Iraq Petroleum Company (IPC) bagi mengeksploit sumber minyak daripada Kirkuk yang terletak di utara Iraq sehinggalah Basrah, di selatan Iraq.

Seterusnya, pemilikan saham oleh syarikat APOC didalam syarikat minyak baru IPC dimana berkurang kepada 23.75 peratus memberi ruang kepada syarikat minyak ‘Compagnie Francaise des Petroles’ yang kini diberi nama Total. Ianya adalah sebagai tukaran oleh British kepada Perancis untuk melepaskan kawasan sumber minyak disekitar Mosul yang telah termetrai didalam perjanjian Sykes – Picot tersebut. Syarikat IPC yang telah dibina oleh Gulbenkian telah memberikan laluan kepada Perancis dalam mengeksploit telaga minyak yang berada didalam kawasan British.

Walaupun sedemikian, Gulbenkian tetap menjadi orang penting didalam eksplotasi minyak didalam Syarikat IPC beliau yang mana tetap mendapat 5 peratus dari hasil minyak. Pada tahun kematian beliau tahun 1955, jumlah keuntungan yang beliau perolehi adalah sebanyak 840 Juta Dollar.

Beberapa perkara yang kita dapat lihat hasil daripada Perjanjian Sykes- Picot adalah, perjanjian Sykes- Picot bukanlah perjanjian yang meletakkan kepentingan bangsa Arab akan tetapi lakaran sempadan untuk ketamakan kepentingan syarikat minyak dan kuasa besar sebagai contoh kerajaan Iraq dan rakyat Iraq hanya mempunyai manfaat kecil daripada syarikat minyak yang seharusnya hasil dalam negara dipulangkan kembali kepada rakyat Iraq. Ini tidak, keuntungan minyak tersebut adalah untuk kepentingan penjajah.

Pada hari ini, krisis di Timur Tengah berterusan oleh kerana kepentingan kepentingan pihak tertentu didalam mengeksploitasi sumber minyak yang banyak yang terdapat di Timur Tengah. Ditambah dengan masalah ketidakstabilan politik dalaman yang diambil kesempatan bagi meneruskan hegemoni kuasa besar di Timur Tengah dan juga kepentingan keselamatan Israel

Sekian.

08/05/2018

[SELAMAT MEMILIH]

Kelab UMNO Irbid mengucapkan selamat turun mengundi kepada seluruh rakyat Malaysia yang bakal menunaikan tanggungjawab memilih ketua dan kerajaan Malaysia yang akan datang.

Gunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin, agar kita mampu melihat Malaysia yang maju tidak kira parti mana yang menerajui tampuk pimpinan kerajaan.

Gunakan kuasa anda di atas kertas undi pada hari esok!

: Ke Arah Islah Yang Lebih Baik :.


07/05/2018

[DIALOG SANTAI]

Assalamualaikum WBT.

Bersempena Pilihanraya Umum ke 14 yang bakal menjelma tidak lama lagi, Kelab UMNO Irbid bakal mengadakan sebuah dialog santai bersama mahasiswa dan mahasiswi di Irbid.

Dialog ini bakal membincangkan manifesto dan pembawaan blok Barisan Nasional, dalam PRU-14 ini.

Semua mahasiswa dan mahasiswa dijemput untuk hadir bersama-sama memeriahkan dialog pada malam esok.

Butiran program tertera pada poster.

: Ke Arah Islah Yang Lebih Baik :.

PENCARIAN AHLI MAJLIS EKSEKUTIF KELAB UMNO IRBID SESI 17/18 08/04/2018

[ PENCARIAN AHLI MAJLIS EKSEKUTIF KULN IRBID SESI 17/18 ]

Assalamualaikum WBT ,

Kelab UMNO Irbid sesi 2017/2018 sedang mencari beberapa bakat baru dalam bidang kepemimpinan untuk meneruskan legasi Kelab UMNO Irbid bagi sesi akan datang. Beberapa jawatan yang bakal diisi adalah seperti berikut :

1. Exco Kebajikan
2. Exco Multimedia & Publisiti
3. Exco Belia & Rekreasi
4. Exco Ekonomi & Keusahawanan

Pihak KULN Irbid amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua untuk mengisi butiran yang disediakan dalam bentuk spreadsheet seperti yang telah kami lampirkan di bawah .

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan spreadsheet ini , boleh terus berhubung di page rasmi KULN Irbid.

Terima kasih.

: Ke Arah Islah Yang Lebih Baik :.

PENCARIAN AHLI MAJLIS EKSEKUTIF KELAB UMNO IRBID SESI 17/18

MAJLIS MALAM APRESIASI KELAB UMNO IRBID 07/04/2018

Telah berlangsung Majlis Malam Apresiasi Kelab UMNO Luar Negara Irbid yang telah diadakan di Solah Petra pada 5 April 2018 yang lalu.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran rakan-rakan pimpinan di peringkat persatuan induk dan persatuan zon, serta pimpinan kelab-kelab di Irbid.

Seramai 100 orang ahli KUI telah hadir pada malam tersebut, dan 50 orang ahli yang bakal bergraduasi telah menerima cenderamata kenang-kenangan daripada pihak KUI, atas kejayaan mereka menamatkan pengajian di universiti masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada semua dif-dif kehormat kerana sanggup meluangkan masa menghadiri program ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli KUI atas partisipasi setiap program yang dianjurkan oleh KUI.

Sekalung apresiasi diucapkan kepada AJK Pelaksana program atas kelancaran majlis pada malam tersebut. Semog Allah membalas jasa kalian semua.

: Ke Arah Islah Yang Lebih Baik :.

Want your school to be the top-listed School/college in Irbid?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Irbid