24/08/2026
Pulang daripada membeli barang dapur di Newbridge, fikiran saya mendesak saya mencari sebuah ruang berdamai. Jiwa saya berkecamuk, dan saya tidak pasti hujung pangkalnya. Masih bersedih dengan pemergian abang saya, yang selama ini setiap hari menyerang WhatsApp dengan pelbagai celotehnya. Dulu-dulu saya pening kepala. Hari ini saya rasa kosong, dan membaca semula mesej-mesejnya yang masih tersimpan.
Saya singgah di kedai buku favourite berdekatan. Woodbine Books di Kilcullen, adalah sebuah kedai buku kecil yang semangat membacanya jauh lebih besar daripada ruang kedai buku berkenaan. Saya tahu saya akan pulang dengan ceria walaupun tanpa membeli sebarang buku. Saya memang tidak merancang untuk membeli apa-apa.
Melangkah masuk, mata saya terpaku di rak pameran. Buku itu ada. The Truth Behind the Irish Famine 1845 - 1852. Buku yang saya dengar perbincangan mengenainya di zaman Covid, yang berkali-kali saya cari dan berkali-kali tidak berjumpa. Tinggal dua naskhah sahaja di situ.
Saya capai senaskhah.
Perkara pertama yang melintas di fikiran saya bukan harganya. Bukan beratnya. Bukan juga di mana hendak diselitkan di rak buku di rumah yang sudah sesak.
Yang melintas ialah, โnanti cerita dengan abangโ
Baru seminggu arwah pergi, saya ada rasa marah apabila merasakan dunia seperti sudah moved on seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan saya masih tercegat di tempat yang sama. Di daerah kehilangan.
Selama ini, setiap kali saya terjumpa buku yang menarik, mesej saya akan terus terbang kepadanya. Kemudian WhatsApp saya akan dibedil dengan balasan, soalan, cadangan bacaan lain yang tidak habis-habis. Hari ini telefon saya senyap.
Itulah bunyi yang paling sukar. Bunyi sebuah tiada.
Kalau saya masih boleh bercerita kepadanya, inilah yang akan saya ceritakan.
๐๐จ๐๐จ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ช๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ก๐
Penulis buku ini adalah Jerry Mulvihill anak kelahiran Kerry, membesar di Ballintcleave. Beliau bukan sejarawan akademik, dan beliau tidak pernah mendakwa menjadi sejarawan akademik. Karya pertamanya dahulu adalah buku kanak-kanak, ๐๐ฆ๐ตโ๐ด ๐๐ฆ๐ข๐ฅ ๐ข ๐๐ต๐ฐ๐ณ๐บ pada tahun 2011, diikuti dengan ๐๐ฉ๐ฆ ๐๐ช๐ด๐ฆ ๐๐ธ๐ญ ๐๐ต๐ฐ๐ณ๐บ๐ฃ๐ฐ๐ฐ๐ฌ pada tahun 2012. Beliau menjejakkan kaki ke genre sejarah menerusi ๐๐ฉ๐ฆ ๐๐ถ๐ค๐ฌ ๐๐ข๐ช๐ณ pada tahun 2014. Daripada situ lahirlah projek terbesarnya ini, hasil penyelidikan tiga tahun, diterbitkan sendiri pada tahun 2018, dan naskhah di tangan saya adalah edisi ketiga.
Yang membezakan buku ini daripada karya lain tentang ๐๐ฏ ๐๐ฐ๐ณ๐ต๐ข ๐๐ฐฬ๐ณ bukan hujahnya.
Tetapi gambarnya.
Mulvihill menempah tujuh puluh lapan lukisan asli daripada tujuh orang pelukis, antaranya Gerardine C. Sheridan, Rodney Charman, Danny Howes dan PJ Lynch. Setiap satu lukisan itu bukan rekaan bebas seorang seniman yang duduk membayangkan derita orang lain. Ia diangkat daripada catatan harian, laporan akhbar, dan kesaksian mereka yang benar-benar menyaksikannya dengan mata sendiri. Dalam buku ini terkumpul lebih empat ratus petikan saksi.
Alasan beliau mudah, dan mencengkam.
Ketika ๐๐ณ๐ช๐ด๐ฉ ๐๐ณ๐ฆ๐ข๐ต ๐๐ข๐ฎ๐ช๐ฏ๐ฆ itu berlaku, fotografi belum meluas di Ireland, dan pelukis Ireland pada zaman itu hidup bergantung kepada pelanggan Inggeris. Maka bencana kemanusiaan paling dahsyat pada abad kesembilan belas itu berlalu hampir tanpa wajah. Yang tinggal cuma ukiran kayu akhbar London, yang melakarkan orang Ireland dengan raut muka menyerupai binatang, penuh angkuh dan penghinaan.
Mulvihill menulis dalam The Irish Times bahawa apabila kita melangkah ke Louvre di Paris atau ke Borghese di Rom, berabad-abad sejarah bangsa mereka terpampang di dinding, termasuk yang gelap dan yang hodoh. Galeri di Ireland sunyi daripada zaman itu.
Maka beliau membina semula wajah yang hilang itu. Satu demi satu.
๐ฃ๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐๐จ๐ก, ๐จ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ง
Sambutan terhadap buku ini luar biasa.
Presiden Michael D. Higgins menyifatkannya sebagai buku yang luas penyelidikannya dan mengagumkan. Profesor Christine Kinealy, sejarawan Famine yang paling dihormati di Amerika hari ini, menyebutnya sebagai satu pencapaian besar yang menakjubkan dari segi visualnya. Ada nama Mary McAleese, Leo Varadkar, Ryan Tubridy, malah Putera Charles ketika itu.
Semua itu blurb. Ia bukan ulasan ilmiah.
Ulasan yang benar-benar ulasan ilmiah amat sedikit. Irish Famine Memorial di Sydney ada memberikan penilaian dan ia amat berhati-hati dalam pemilihan bahasanya. Sebuah buku bersaiz ini sesuai di meja kopi, memberi kesan mendalam emosi kerana disokong petikan saksi yang banyak. Bab penghijrahan orang Irish dibincang secara luas dan lebih tertumpu kepada Amerika, dan kesimpulan mereka, buku ini menyediakan pengenalan yang berbaloi kepada sejarah Famine.
breakingnews.ie memujinya. Sebuah akhbar komuniti Irish-American di Ohio juga memujinya, malah menggelar buku ini sebagai naratif Famine yang paling menyeluruh. The Irish Times turut menyediakan ruang rencana tulisan Mulvihill mengenai bukunya ini.
Setakat ini saya tidak menemui ulasan akademik dalam Irish Historical Studies mahupun รire-Ireland.
Ketiadaan itu bersebab.
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐จ
Mulvihill berpendirian tegas bahawa makanan terus dieksport keluar oleh Inggeris dari Ireland ketika rakyatnya mati kelaparan, Daripada premis itu beliau membuat kesimpulan bahawa Britain bertanggungjawab ke atas tragedi ini, yang bukan sekadar kebuluran akibat bencana alam, tetapi sebuah ๐๐๐ฃ๐ค๐๐๐๐.
Kebanyakan sejarawan akademik menolak istilah genocide, bukan kerana mereka mahu meringankan beban kesalahan Britain. Sebaliknya, sama seperti masalah semasa kita sekarang ini, istilah itu menuntut bukti niat yang tidak sepenuhnya terpikul oleh rekod yang ada. Kesukaran membuktikan niat menjadi latar belakang kita membuang masa bermain istilah semasa manusia benar-benar dimusnahkan dengan kejam oleh golongan tamak kuasa yang tidak berperikemanusiaan.
Kinealy dan Tim Pat Coogan berdiri lebih hampir kepada Mulvihill. Padraic Scanlan dalam Rot yang terbit tahun lalu memilih jalan yang lebih dingin dan lebih tajam, dengan meletakkan puncanya pada struktur empayar dan pemilikan tanah.
Buku ini bukan buku untuk berhujah. Ia buku kesaksian. Ia buku penting pada mengubah kefahaman kita bahawa The Irish Famine bukan kebuluran kesan bencana alam semulajadi, tetapi kesan langsung polisi Inggeris. Buku ini menongkah arus.
Untuk membawa seseorang berdiri betul-betul di hadapan wajah manusia yang kelaparan, buku ini menghimpunkan naratif visual yang tiada tandingannya. Akan tetapi, untuk memahami mengapa semua itu berlaku, secara akademik, karya oleh ร Grรกda dan Scanlan tetap perlu dibaca.
Kedua-duanya kita perlukan supaya satu masuk ke kepala dan satu lagi masuk ke dada.
Bangsa Irish ini memikul luka itu seratus lapan puluh tahun. Mereka membina memorial. Mereka menempah lukisan. Mereka mengutip empat ratus suara supaya mereka yang pergi itu tidak tinggal sekadar angka dalam rekod statistik.
Barangkali itulah yang cuba dibisikkan oleh buku ini kepada saya hari ini.
Bukan tentang Ireland.
Tetapi duka yang tidak berjadual.
Kesedihan tidak berjalan mengikut kalendar orang lain. Ia berjalan mengikut kalendarnya sendiri, dan ia tidak meminta izin daripada sesiapa. Jika kita berduka, berdukalah semasa sudah kembali kepada keadaan sediakala.
ุงูููุฐูููู ุฅูุฐูุง ุฃูุตูุงุจูุชูููู
ู
ููุตููุจูุฉู ููุงูููุง ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
โ๐๐ข๐ช๐ต๐ถ ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ-๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ข๐ฑ๐ข๐ฃ๐ช๐ญ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฅ๐ช๐ต๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ด๐ฆ๐ด๐ถ๐ข๐ต๐ถ ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ถ๐ด๐ข๐ฉ๐ข๐ฏ, ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ต๐ข: ๐๐ฆ๐ด๐ถ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ช ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐บ๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ซ๐ถ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ญ๐ช.โ
(Al-Baqarah 2: 156)
Kepunyaan Dia. Kembali kepada Dia.
Tinggal dua naskhah di rak itu. Saya ambil satu.
Biar pun Ireland hari ini sudah jauh berbeza dan seolah-olah sudah melupakan sejarahnya, setiap seorang mangsa era itu tetap manusia, pernah hidup lagi bernyawa, bersuara, dan bukan sekadar sebuah angka. Tidak seorang pun patut dilupa.
Saya turut mengenang perbualan-perbualan akhir kami tentang bangsa Melayu yang hari ini tanpa segan silu berbahasa genoside. Lupa diri, hilang perikemanusiaan.
Abang saya sebagai pembaca setia buku-buku saya, dan pengomen utama catatan-catatan saya tentang buku dan bacaan, tetap tersenyum dan hidup di dalam jiwa. Biar pun dia kini di Sana, kami sentiasa berlima, walaupun di mana jua setiap kami berada.
๐๐๐จ๐ง๐๐ฏ๐๐ก ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐
๐๐ข๐๐ก | ๐๐ง๐๐ก๐๐ฃ๐