20/02/2026
Assalamualaikum WBT,
Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh warga Little Caliphs® serta muslimin muslimat di Malaysia dan di seluruh dunia. Jika kita masih diberi peluang untuk bertemu Ramadan pada tahun ini, maka bersyukurlah sebanyak-banyaknya kerana sesungguhnya ia adalah satu tawaran besar daripada Allah SWT.
Bagi mereka yang mengimani kehidupan akhirat, kita memahami bahawa dunia ini hanyalah medan ujian untuk mengumpulkan iman dan amal. Justeru, Ramadan adalah bulan keuntungan sebenar. Amalan dilipatgandakan pahalanya, doa-doa dimakbulkan, dan setiap ibadah menjadi pelaburan untuk kehidupan yang kekal abadi.
Marilah kita manfaatkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan Al-Quran, zikir, solat, sedekah, dakwah dan khidmat kepada manusia. Saya juga memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, serta mendoakan agar Allah SWT melimpahkan taufik dan hidayah kepada kita semua.
Semoga kita menjadi insan yang benar-benar beruntung di dunia dan di akhirat.
Ikhlas daripada,
YBHG DATUK HAJI ROSLAN BIN NORDIN
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Little Caliphs® International Sdn. Bhd.