22/10/2022
Kadangkala, kita memerlukan seseorang yang bisa mengerti diri kita, bukanlah hanya sekadar mendengar.
Laman Facebook Rasmi
Badan Kebajikan dan Kerohanian (BADAR) PKPMI Medan, Indonesia. "Insan Berdedikasi, Minda Berkualiti"
22/10/2022
Kadangkala, kita memerlukan seseorang yang bisa mengerti diri kita, bukanlah hanya sekadar mendengar.
12/10/2022
Adakah engkau tahu, akan perkara yang pertama sekali yang akan dilakukan oleh seseorang yang buta itu, apabila dia dapat kembali melihat semula?
Dia akan terus melepaskan tongkat yang dulunya, merupakan satu2 nya tempat dia berpaut.
(Sungguh mendalam)
27/07/2022
Janganlah bersedih. Allah maha mengerti akan segala hal dan urusan dirimu.
19/07/2022
Wahai orang yang meninggalkan solat.
Bayangkan apabila engkau tidur pada waktu malam, kemudian besoknya engkau tidak lagi terjaga dari tidurmu?
Suatu perkara yang menakutkan lagi menggetarkan segenap ruang jasad!
Wahai umat Muhammad صلى الله عليه وسلم, kembalilah kalian kepada Allah!
20/06/2022
Kalaulah bukan kerana Allah yang telah menutup segala aibmu, pasti tidak akan ada siapapun yang akan menyukai dan menyayangimu!
.
19/04/2022
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam. Sempena hari Nuzul Al-Quran ini, marilah kita menghayati peristiwa di mana Al-Quran diturunkan kepada umat manusia. Semoga kita terus istiqamah menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, InsyaAllah..
02/04/2022
[1 HARI LAGI – MENUJU RAMADHAN]
Assalamualaikum wbt.
Satu tahun tidak terasa ramadhan telah kembali mengunjungi kita. Semoga yang dilalui dan dilakukan menjadikan kebaikan di bulan suci ini. Marhaban ya ramadan. Mohon maaf lahir dan batin.
Berikut merupakan lafaz niat puasa ramadhan :
1) Lafaz niat puasa harian
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ
السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
2) Lafaz niat puasa sebulan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
“Generasi Intelek, Generasi Sillah”
BADAR PKPMI Medan Sesi 2022
01/04/2022
[2 HARI LAGI – MENUJU RAMADHAN]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
“Jika kamu hidup sebagai Hamba ALLAH di dunia, kamu akan hidup sebagai Raja di Jannah.”
[Syeikh Sayyid Afeefuddin Al-Jailani]
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Artinya: “Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.” (HR Ahmad dari Anas bin Malik).
“Generasi Intelek, Generasi Sillah”
BADAR PKPMI Medan Sesi 2022
31/03/2022
[3 HARI LAGI – MENUJU RAMADHAN]
Assalamualaikum wbt.
“Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nuur: 22)
Sebagaimana kita ingin Allah mengampunkan kita, kita juga perlu berusaha memaafkan orang lain. Marilah kita memaafkan mereka yang telah melakukan kesalahan atau kejahatan kepada kita dengan berlapang dada dan ikhlas agar dapat menghadapi bulan Ramadhan dengan hati yang terbuka dari dendam dan perasaan sakit hati.
“Generasi Intelek, Generasi Sillah”
BADAR PKPMI Medan Sesi 2022
22/03/2022
[PENDAFTARAN TADARUS RAMADHAN 2022]✨
Assalamualaikum wbt.
Pendaftaran Tadarus Ramadhan 2022 KINI DIBUKA!
Rindu tak dengan program Badar yang best kaw kaw🤓
Nak tak kita sama sama buat bacaan Tadarus macam sebelum sebelum ni🥳
Jadi, bersempena dengan bulan Ramadhan pada tahun ini, BADAR PKPMI Medan dengan kerjasama PKPMI Medan akan mengadakan Program Tadarus Ramadhan 2022 secara atas talian yang akan bermula pada 3 April 2022.
Program ini terbuka kepada semua.
Tarikh Pendaftaran :
18 Mac 2022 – 1 April 2022
📌 Sijil penyertaan disediakan
Pautan pendaftaran Tadarus Ramadhan 2022:
https://forms.gle/twNNf5BJtR8d3zkY9
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Saudari Nur Farah Hana
http://www.wasap.my/+60134532894
Saudari Nur Fatinie
http://www.wasap.my/+601110179291
Sekian, terima kasih.
"Generasi Intelek, Generasi Sillah"
BADAR PKPMI Medan Sesi 2022
21/03/2022
[KPO2022: PENDAFTARAN TELAH DIBUKA]
Baru masuk persatuan?
Nervous? Takut? Apa nak kena buat?
Ayuh, sertai Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2022 anjuran PKPMI Medan dengan kerjasama BADAR PKPMI Medan.
Bukan hanya membawakan pemateri yang berpengalaman dalam pengurusan organisasi, KPO 2022 juga diisi dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain.
Daftarkan diri anda dengan klik pautan di bawah
http://tiny.cc/KPO2022
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi
Abdul Rahman
http://www.wasap.my/601113217651
Athirah Amirah Nabilah
http://www.wasap.my/6281262431879
Lily Khalidatussofina
http://www.wasap.my/60133552526
Penyertaan adalah wajib bagi semua exco PKPMI Medan dan BADAR PKPMI Medan.
Sekian, terima kasih.
"Bersatu Menyantuni Mahasiswa Intelektual"
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Medan
Sesi 2022
21/03/2022
[KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO) 2022]
Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) dibawakan khas oleh PKPMI Medan dengan kerjasama BADAR PKPMI Medan.
Program ini diadakan sebagai inisiatif organisasi dalam mempersiapkan semua exco supaya dapat berorganisasi dengan lebih baik dan efisien.
Tarikh : 26 Mac 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Nantikan perkembangan terkini program KPO di semua laman sosial rasmi PKPMI Medan.
Sekian, terima kasih.
“Bersatu Menyantuni Mahasiswa Intelektual”
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Medan
Sesi 2022