Persatuan Mahasiswa Terengganu Indonesia Medan - PMTI

Persatuan Mahasiswa Terengganu Indonesia Medan - PMTI Mahasiswa/wi Terengganu yang berada di Medan Indonesia

Perginya Permata yang tiada gantinya...Perginya dibulan yang muliaSalam Takziah Buat Seluruh Keluarga Almarhum...
07/05/2020

Perginya Permata yang tiada gantinya...Perginya dibulan yang mulia
Salam Takziah Buat Seluruh Keluarga Almarhum...

[17 Mac 2020, Jam19:30 - Istana Koki, Medan, Indonesia]Alhamdulillah wa syukurillah ke hadrat Ilahi.Telah selesai acara ...
18/03/2020

[17 Mac 2020, Jam19:30 - Istana Koki, Medan, Indonesia]

Alhamdulillah wa syukurillah ke hadrat Ilahi.

Telah selesai acara makan malam dan perjumpaan di Istana Koki, bagi menjalinkan hubungan dan beramah mesra antara mahasiswa anak Terengganu dan YB Ustaz Maliaman Kassim serta Delegasi Yayasan Islam Terengganu (YIT).

Semoga dengan peluang dan rezeki yang kami dapat ini mendapat manfaat dan hubungan yang lebih terjalin lagi berkah.3

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

"Terengganu Maju Berkat Sejahtera"


[17  Mac 2020, Jam 14:30 - Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, Indonesia]Menyambut kedatangan YB Ustaz Maliaman Bin Kassi...
17/03/2020

[17 Mac 2020, Jam 14:30 - Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, Indonesia]

Menyambut kedatangan YB Ustaz Maliaman Bin Kassim (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah Pendidikan Pengajian Tinggi Terengganu Darul Iman) dan turut bersama Delegasi Yayasan Islam Terengganu (YIT).

Kami amat mengalu-alukan sebesar-besarnya atas kunjungan hormat dari pihak mereka ke Sumatera Utara, Medan Indonesia.

Semoga kunjungan hormat ini mendapat berkah dan redha Ilahi. Aamiin.

"Terengganu Maju Berkat Sejahtera"


[17-18 Mac 2020 - Medan, Indonesia]Kami dari Persatuan Mahasiswa Terengganu Indonesia (PMTI) ingin mengucapkan SELAMAT D...
17/03/2020

[17-18 Mac 2020 - Medan, Indonesia]

Kami dari Persatuan Mahasiswa Terengganu Indonesia (PMTI) ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada YB Ustaz Satiful Bahari Bin Mamat selaku memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah Pendidikan Pengajian Tinggi Terengganu Darul Iman. Dan turut bersama YB Ustaz Maliaman Bin Kassim selaku memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah Pendidikan Pengajian Tinggi Terengganu Darul Iman. Tidak lupa juga bahawa Delegasi Yayasan Islam Terengganu (YIT) turut terlibat dalam kunjungan hormat ini.

Kami amat mengalu-alukan sebesar-besarnya atas kunjungan hormat dari pihak mereka ke Medan, Sumatera Utara, Indonesia selama 2 hari yang bermula pada hari ini 17 hingga 18 Mac 2020.

Malah kami juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih sebanyak-banyak atas kunjungan hormat ini yang secara langsung memberi kami peluang untuk bersua muka dengan pihak-pihak yang terhormat ini.

Semoga kunjungan hormat ini mendapat berkah dan redha Ilahi. Aamiin.

"Terengganu Maju Berkat Sejahtera"


[9-12 Disember 2019 - Ayam Penyet Cindelaras, Medan, Indonesia]Kunjungan  hormat daripada Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor ...
18/02/2020

[9-12 Disember 2019 - Ayam Penyet Cindelaras, Medan, Indonesia]

Kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah, Al-Fadhil Ustaz Haji Ramlan Bin Haji Mahmood, Ustaz Kamaruzaman Abdullah serta legasi-legasi mereka yang turut bersama-sama berkunjung ke Medan, Indonesia.

Kami dari Persatuan Mahasiswa Terengganu Indonesia Medan - PMTI mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah & Penerangan (ADUN Bukit Payung), Al-Fadhil Ustaz Haji Ramlan Bin Haji Mahmood, Ustaz Kamaruzaman Abdullah serta legasi-legasi mereka yang turut meluangkan masa diatas kunjungan hormat ke Medan Indonesia pada 9 hingga 12 Disember 2019.

Tidak ketinggalan juga bahawa ketika itu telah berlangsung juga diantara mahasiswa dan mahasiswi Terengganu dengan pihak mereka sesi beramah mesra, sesi suai kenal atau taaruf serta menjamu makan malam bersama-sama di Restoran Ayam Penyet Cindelaras. Malah pihak mereka tidak terlepas peluang juga untuk berkunjung di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU).

Semoga kunjungan hormat ini mendapat berkah dan redha Ilahi. Aamiin.

"Terengganu Maju Berkat Sejahtera"


18/02/2020

Assalamualaikum. Dimaklumkan bahawa page fb ini terkait dengan hal-hal dan aktiviti yang dijalankan bagi mahasiswa terengganu yang berada di Medan Indonesia. Dibawah naungan Persatuan Mahasiswa Terengganu Indonesia Medan - PMTI. Berkuatkuasa hari ini secara serta merta. Mohon support kami dengan like, komen dan share dari anda. Terima kasih 🌺

"Terengganu Maju Berkat Sejahtera"


Address

Medan
20371

Telephone

+60139191018

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Terengganu Indonesia Medan - PMTI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Persatuan Mahasiswa Terengganu Indonesia Medan - PMTI:

Shortcuts

Share

Category