Education Malaysia Indonesia

Education Malaysia Indonesia

Share

Education Malaysia Indonesia merupakan unit di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

EDUCATION MALAYSIA INDONESIA

Education Malaysia Indonesia (EM Indonesia) merupakan unit di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang beroperasi di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta. EM Indonesia bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pelajar Malaysia di Indonesia serta menguruskan promosi serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia di Indonesia.

---

10/05/2026

✨ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SELAMAT DATANG ✨

Seluruh warga Education Malaysia Indonesia merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim
atas pelantikan sebagai
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi

Semoga amanah yang diberikan ini dapat terus dipimpin dengan penuh kecemerlangan, kebijaksanaan dan integriti dalam memperkasa agenda pendidikan tinggi negara.
Semoga kepimpinan YBhg. Dato’ akan membawa Kementerian Pendidikan Tinggi ke arah pencapaian yang lebih gemilang serta terus memacu kecemerlangan pendidikan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Selamat menjalankan amanah dan selamat maju jaya dalam meneruskan legasi kepimpinan demi kemajuan pendidikan tinggi Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada
Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri
Pengarah dan seluruh warga
Education Malaysia Indonesia
Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta

Photos from Education Malaysia Indonesia's post 10/05/2026

βœ¨π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—˜π— π—œ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—œπ—‘π—¦π—§π—œπ—§π—¨π—¦π—œ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘ π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜ π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—”π—¦ π—žπ—₯π—œπ—¦π—§π—˜π—‘ π—£π—˜π—§π—₯π—”βœ¨

29 April 2026: Education Malaysia Indonesia (EMI) bersama institusi pendidikan tinggi Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Universitas Kristen Petra.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia, di samping membincangkan peluang kolaborasi dalam bidang pendidikan, penyelidikan serta mobiliti pelajar di peringkat serantau dan antarabangsa.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperluas jaringan kerjasama akademik serta membuka lebih banyak peluang pertukaran ilmu dan pengalaman antara kedua-dua negara.

Inisiatif ini diharapkan dapat mempererat hubungan pendidikan Malaysia–Indonesia serta membuka ruang kolaborasi strategik yang lebih luas pada masa hadapan.


Photos from Education Malaysia Indonesia's post 10/05/2026

βœ¨π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—˜π— π—œ π—žπ—˜ π—žπ—”π—‘π—§π—’π—₯ π—šπ—¨π—•π—˜π—₯𝗑𝗨π—₯ 𝗣π—₯π—’π—©π—œπ—‘π—¦π—œ π—žπ—”π—Ÿπ—œπ— π—”π—‘π—§π—”π—‘ 𝗕𝗔π—₯π—”π—§βœ¨

28 April 2026: Education Malaysia Indonesia (EMI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kantor Gubernur Provinsi Kalimantan Barat.

Kunjungan ini telah disambut oleh Gubernur Kalimantan Barat, Ria Norsan, sebagai sebahagian daripada usaha mempererat hubungan silaturahmi serta membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan antara Kalimantan Barat dan Malaysia.

Perbincangan dalam pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada peluang kolaborasi strategik dalam sektor pendidikan, khususnya dalam usaha memperkukuh pembangunan sumber daya manusia serta peningkatan Indeks Pembangunan Manusia (IPM) di wilayah Kalimantan Barat.

Gubernur Ria Norsan menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan sokongan terhadap usaha kerjasama yang dapat memberikan impak positif jangka panjang kepada pembangunan pendidikan dan masyarakat.

Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerjasama pendidikan antara Malaysia dan Indonesia serta membuka lebih banyak ruang kolaborasi pada masa hadapan.


Photos from Education Malaysia Indonesia's post 10/05/2026

βœ¨π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—˜π— π—œ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—œπ—‘π—¦π—§π—œπ—§π—¨π—¦π—œ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘ π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜ π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—”π—¦ π—£π—šπ—₯π—œ π—£π—’π—‘π—§π—œπ—”π—‘π—”π—žβœ¨

27 April 2026: Education Malaysia Indonesia (EMI) bersama institusi pendidikan tinggi Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Universitas PGRI Pontianak.

Kunjungan ini turut disertai dengan pelaksanaan program MyEduTalk Series yang berlangsung di Fakultas Ilmu Pendidikan dan Olahraga, Universitas PGRI Pontianak.

Sesi perkongsian dalam program MyEduTalk Series telah disampaikan oleh Pengarah Education Malaysia Indonesia (EMI), Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri, yang berkongsi pelbagai maklumat berkaitan peluang melanjutkan pengajian di Malaysia, pengalaman akademik serta pembangunan kemahiran di peringkat antarabangsa.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia, di samping membuka ruang perkongsian ilmu serta peluang pendidikan kepada para pelajar.

Inisiatif ini diharapkan dapat mempererat jaringan kerjasama pendidikan serta membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik antara kedua-dua negara.


Photos from Education Malaysia Indonesia's post 10/05/2026

βœ¨π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—˜π— π—œ π—žπ—˜ π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π—žπ—’π—‘π—¦π—¨π—Ÿπ—”π—§ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π——π—œ π—£π—’π—‘π—§π—œπ—”π—‘π—”π—žβœ¨

27 April 2026: Education Malaysia Indonesia (EMI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak untuk memperkukuh hubungan silaturahim.

Selain itu, kunjungan ini turut membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya melibatkan kolaborasi akademik, penyelidikan dan mobiliti pelajar di peringkat serantau dan antarabangsa.

Perbincangan juga menyentuh kepentingan program mobiliti pelajar sebagai platform untuk memperkaya pengetahuan dan pengalaman, di samping memberi pendedahan kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.

Inisiatif ini diharapkan dapat terus menjadi pemangkin kepada hubungan pendidikan yang lebih erat serta membuka lebih banyak peluang kepada akses pendidikan berkualiti tinggi.


09/05/2026

🌸 SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN SELAMAT BERSARA 🌸

YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim,
Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi

Setiap perjalanan yang hebat pasti meninggalkan jejak yang bermakna. Setelah sekian lama menabur khidmat dan bakti dalam perkhidmatan awam, YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim menamatkan satu perjalanan kerjaya yang penuh cemerlang, dedikasi dan inspirasi.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memperlihatkan kepimpinan yang berwibawa, komitmen yang tinggi serta semangat yang tidak pernah luntur dalam memartabatkan sektor pendidikan tinggi negara. Segala usaha, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

Terima kasih atas segala sumbangan dan bimbingan yang telah diberikan. Semoga hari-hari persaraan membawa lebih banyak kebahagiaan, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik dan masa indah bersama insan tersayang. πŸ’

Selamat Bersara,
Jasamu Akan Terus Dikenang
dan Budimu Sentiasa Disanjung.
Selamat Menyambut Ulang Tahun. πŸŽ‚

Ikhlas daripada
Dr. Hasnul Faizal Hushin Amir,
Pengarah serta seluruh warga
Education Malaysia Indonesia
Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta

Photos from Education Malaysia Indonesia's post 08/05/2026

βœ¨π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π——π—˜π—Ÿπ—˜π—šπ—”π—¦π—œ π—π—”π—žπ—”π—₯𝗧𝗔 π—•π—¨π—¦π—œπ—‘π—˜π—¦π—¦ π—¦π—–π—›π—’π—’π—Ÿβœ¨

Education Malaysia Indonesia (EMI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jakarta Business School yang diketuai oleh Komisaris, Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin Bin Kardi.

Pertemuan ini berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni serta menjadi platform bagi membincangkan aspek tadbir urus EMI, pengukuhan hubungan silaturahim, dan potensi kerjasama strategik dalam bidang pendidikan.

Dalam masa yang sama, EMI turut mencadangkan penubuhan satu perwakilan/cawangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Jakarta sebagai usaha memperkasakan jaringan dan kebajikan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Indonesia.

Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi yang bermanfaat pada masa hadapan.


Photos from Education Malaysia Indonesia's post 08/05/2026

βœ¨π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—˜π— π—œ π—žπ—˜ π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—”π—¦ π—”π—‘π——π—”π—Ÿπ—”π—¦ (𝗨𝗑𝗔𝗑𝗗)✨

4 Mei 2026: Education Malaysia Indonesia (EMI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Universitas Andalas (UNAND). Kunjungan ini disambut baik oleh Bapak Prof. Dr. Eng. Syukri Arief, M.Eng selaku Wakil Rektor III Bidang Kerja Sama.

Pertemuan ini menjadi wadah dalam mempererat hubungan antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia, di samping membuka ruang diskusi serta pertukaran informasi berkaitan peluang pendidikan, kolaborasi akademik, dan pengembangan kerja sama antarabangsa.

Diharapkan, inisiatif ini dapat terus memperkukuh jaringan kolaborasi strategik serta mewujudkan lebih banyak peluang kerjasama yang bermanfaat pada masa hadapan.


Photos from Education Malaysia Indonesia's post 08/05/2026

βœ¨π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—˜π— π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—¨π—¦π—œπ—  π—žπ—˜ π—œπ—¦π—§π—”π—‘π—” π—šπ—¨π—•π—˜π—₯𝗑𝗨π—₯ 𝗣π—₯π—’π—©π—œπ—‘π—¦π—œ π—¦π—¨π— π—”π—§π—˜π—₯𝗔 𝗕𝗔π—₯π—”π—§βœ¨

4 Mei 2026: Education Malaysia Indonesia (EMI) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Istana Gubernur Provinsi Sumatera Barat. Kunjungan ini disambut baik oleh Bapak Mahyeldi Ansharullah, S.P selaku Gubernur Provinsi Sumatera Barat serta Bapak Habibul Fuadi, S.Pd., M.Si selaku Kepala Dinas Pendidikan Provinsi Sumatera Barat.

Pertemuan ini menjadi platform penting dalam mempererat hubungan serta menjalin kolaborasi strategis antara institusi pendidikan Malaysia dan pihak pemerintah daerah di Indonesia. Selain itu, sesi ini turut membuka ruang diskusi dan pertukaran pandangan berkaitan peluang pendidikan, pengembangan akademik, dan kerja sama antarabangsa.

Diharapkan, hubungan baik ini dapat terus diperkukuhkan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif serta peluang kolaborasi pada masa akan datang.


Photos from Education Malaysia Indonesia's post 07/05/2026

βœ¨π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π——π—˜π—Ÿπ—˜π—šπ—”π—¦π—œ π— π—”π—œπ—ͺ𝗣 π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—¬βœ¨

6 Mei 2026: Education Malaysia Indonesia (EMI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi MAIWP University yang diwakili oleh Ts. Muhd Nasrol Jamal, Pengarah Globalisasi serta Encik Mohd Hakimi Ahmad Tajudin, Penolong Pengarah Globalisasi.

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan MAIWP University kepada pelajar antarabangsa, khususnya pelajar Indonesia, di samping membincangkan potensi kerjasama strategik bersama EMI dalam memperluaskan akses pendidikan tinggi berkualiti.

Dalam sesi perbincangan tersebut, EMI turut mencadangkan inisiatif kolaborasi seperti program co-funding dan edutourism bagi memperkukuh promosi pendidikan serta membuka lebih banyak peluang mobiliti dan pengalaman pembelajaran rentas negara kepada para pelajar.

Melalui usaha sama ini, kedua-dua pihak berharap dapat mempererat hubungan pendidikan Malaysia–Indonesia serta memperluaskan jaringan kerjasama akademik dan antarabangsa pada masa hadapan.


Photos from Education Malaysia Indonesia's post 06/05/2026

βœ¨π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—˜π— π—œ π—žπ—˜ π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—”π—¦ π— π—¨π—›π—”π— π— π—”π——π—œπ—¬π—”π—› 𝗕𝗔𝗑𝗝𝗔π—₯π— π—”π—¦π—œπ—‘ (𝗨𝗠𝗕)✨

30 April 2026: Education Malaysia Indonesia (EMI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Universitas Muhammadiyah Banjarmasin (UMB). Kunjungan ini diterima oleh Ibu Risya Mulyani, M.Sc. selaku Wakil Rektor I.

Pertemuan ini menjadi wadah untuk mempererat hubungan kerja sama antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia, sekaligus membuka ruang diskusi serta pertukaran informasi mengenai peluang pendidikan dan pengembangan akademik di tingkat internasional.

Diharapkan, inisiatif ini dapat terus memperkuat jaringan kolaborasi dan menghadirkan lebih banyak peluang strategis di masa depan.


Want your school to be the top-listed School/college in Jakarta?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Education Malaysia Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia, Jln. H. R Rasuna Said, Kav. X/6, No. 1-3
Jakarta
12950

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00